Thursday, September 11, 2008

Selamat menjilat

Hari ini 11 Ramadhan 1429. Lagi 19 hari nak raya. Suka lah tu? Tak kisah. Janji puasa cukup...

Hari ini cuaca mendung-mendung saja. Ntah. Seperasan aku sepanjang Ramadhan ini cuaca agak mendung dan kekadang hujan. Tak boleh nak duga. Berkat Ramadhan agaknya. Tapi hari Jumaat tetap panas terik terutamanya bila nak solat Jumaat. Betul tak kawan-kawan?

Hari ini aku akan berbuka dengan lauk-pauk yang tak kurang mantapnya. Ikan keli yang dulunya aku geli nak makan masak pedas, udang goreng begitu sahaja, sayur sawi layu kekuningan masak air dan air wap. Amacam. Ada berani? Masak sendiri lagi. Segar dari ladang. Maklum sajalah bajet ciput. Aku kopak. Takpe. Janji perut diisi. Syukur.

Waktu berbuka semakin hampir. Tak sabar rasa hati. Selamat berbuka puasa. Selamat penuh mulut. Selamat menjilat.

"Jilat! jilat! Mari semua menjilat. Jilat! jilat! Jilat sampai berkilat..."
Petikan lagu 'Mari Nyanyi Menjilat' oleh Carburator Dung.

P/s : Jilat merujuk kepada perbuatan mengeluarkan lidah dengan setting nafsu yang tidak berlebihan untuk menikmati juadah yang disediakan dan mengelakkan pembaziran (sebagai contoh, menjilat kuah yang mengalir ke siku ketika asyik mencekik). Itu saja. Jangan pikir yang bukan-bukan. Ini bulan puasa. Bulan mulia.

17 comments:

Farid Abu Talib said...

kahkahkah woit caburator dung ini menjilat nampak boxer. jgn encik padel kopak menjilat ikan keli sambil nampak boxer pulak. tak lalu saya makan lauk pauk yg menggiurkan itu.kahkahkah. dh siap pack barang ke belum? kata esk berlepas ke taiwan? kahkahkah

hafiz said...

hahaha jilat sampai berkilat!!! bila kilat baru laku hahahaha hidop alaq!

Redz da Tsar said...

Jilat makanan ni sunnah nabi, kan?

l.i.f.e said...

ikan keli masak pedas?
tak goreng dulu ke?

siap nak jilat siku tu :))

Anonymous said...

emm ikan keli geli aku nak makan...

S.YanaZ said...

Tahap ikan keli biasa sgt jilat-menjilat nihhh...

kalo belut kaa...belalang kunyit kaa...lipan bara kaa...baru Carburator Dung, beb!
:P

CoOkiE MoNSter said...

alahai...goreng pon sodap ikan keli tu..ahaha.. dulu ak fanatik ngan ikan keli. tp skang alergik, xleh mkn g. sadis..

Hanggokan said...

boxer, ikan keli dan geli?
hehehe...

Rahimin Idris said...

jilat biasa la deme weh. KFC tu jilat2..

redzwan, nabi jilat hujung jari je...tu pun ustaz cakap kat aku dulu2..hihi

Anonymous said...

hai saya dah masukan blog awk sebagai member saya

Yana Ismail said...

mmm..yana tak makan ikan geli..ats sebab2 tertentu..hehe

salam ziarah:)

farah, s. said...

kalau jilat smpai ke siku tu dh melampau..hahaha...

btw dulu xsuke mkn ikan keli ke? mcm mana leh mkn lak skang?

Anonymous said...

Weh, ikan keli masyuk wo.

Apsal x jilat smpai ketiak?

hafiz said...

jilat sampai ketiak mendatangkan ghairah tak keruan!hahaha

fadzil hafiz said...

farid,
apa barang nampak boxer!!org nampak celabon la...hehe...sy melawak saja...

hafiz,
apa tu alaq??sejenis cekedih ke??

redzwan,
yup...jilat jari ketika mkn sunnah nabi.tp awas bkn jilat siku k...

life,
aih...x yah goreng dah!!mana sedap...org pas tangkap dlm paya tuh terus makan!!

generasi,
jgn la geli...klu ko geli aku lg lah geli...

s.yanaz,
sori, aku x sudi menjilat belalang ke lipan ke...yg aku nak skang adalah membentes kaki lembu!!

cookie monster,
alah siannya!!rugila ko da xleh mkn...sedap woooo...xpe g berubat dulu..

did,
nasib baek tak belut, kalut n makan lutut!!sakit wooo...

rahimin,
a'ah mmg dah biasa jilat menjilat nih!!tp jilat siku or lutut aku x rajin la...

generasi,
k thanx...u're more than welcome...

liyana,
asal x mkn??geli ek mkn ikan sungai??xpe...salam ziarah juge!!

farah,
tp lg melampau klu jilat lutut!!jatuh cinta setelah termakan ikan keli msk pedas...

suparjo,
mcm mana nk jilat....ketiak x shave lg!!huhu...x sanggup!!eeeeee...

hafiz,
bukan ghairah x keruan dah....naik kembang tekak!!!rase cm nk muntah gileeeee....

Anonymous said...

bro xde post baru ke..

fadzil hafiz said...

generasi,
lu tungguuuuuuu....esok gua janji ade entri baru!!!!tq...