Tuesday, September 30, 2008

Dam dam dum

Hari ini 30 Ramadhan. Esok Aidilitri menjelang tiba. Esok umat Islam bergembira. Yeah...yeah...esok raya!!

Tengah aku asyik melepak. Tiba-tiba kedengaran, "kaboom...!!". Terkejut beruk aku. Lalu aku teringat... "Dam dam dum bunyi mercun, kanak-kanak segera datang berduyun. Dam dam dum mercun berdentum, semaraklah hari raya ini tahun". Sedutan lagu 'Selamat Hari Raya' oleh Saloma.

Pesanan aku. Jangan main mercun di malam hari. Aku nak tido. Orang lain nak tido. Nanti putus jari. Nanti putus kaki. Nanti putus hati. Itu yang pasti. Kalau nak bakar mercun juga. Silalah tunggu di kala hening subuh. Dialu-alukan.

Di samping kita bergembira. Jangan dilupakan yang tiada. Dalam perjalanan pulang ke kampung. Dalam perjalanan ke destinasi yang dituju. Berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai. Semoga bertemu yang tersayang.

Aku gembira. Aku syahdu. Gembira kerana bakal merayakan kemenangan melawan nafsu selama sebulan. Syahdu kerana bakal meninggalkan bulan mulia yang belum pasti aku ketemu lagi.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...

P/s : "Dam dam dum...bunyi mercun...". Ei mana ada mercun bunyi macam tu daa!! Tapi lagu ni memang aku suka. Nostalgia dan meriah. Teringat zaman kanak-kanak.

9 comments:

Did said...

kahkahkah...adakah anda pasti bahawa anda telah berjaya menang dlm sebulan ini? bukan 2 minggu aje? atau 3 minggu? kalau benar sebulan, tahniah! sama la kita.
bagaimana dgn ceramah mlm td? kata prit, ia sgt menarik!

FiNa SoPHie said...

selamat hari raya encik
moge beroleh keberkatan d syawal ini :)

ah tok said...

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

t.a.t.a said...

anak buah aku main bunga api malam raya, mak abah mike semua dalam rumah, dengan selamba aku berkata, "Ni la contoh mak bapak tak prihatin. anak² kecil dibiarkan bermain bunga api tanpa pengawasan." terdiam mike semua nya.

aku makcik yg baik. maka jadi la aku pemerhati mereka di samping menjadi rakan sepermainan bunga api mereka juga.

padelkopak said...

did,
aku yakin mmg sebulan...
saya kunci lirik ituuuuuu!!!!

adusss...mmg menarik bangat!!!
cuma terlalu lama....tepu beb!!

fina sophie,
thanx alot!!selamat hari raya jugee..

ah tok,
sama2 lah kite...
slamat hari raya...

tata,
aku setuju!!kau mmg makcik yg baik lagi bijaksana...menyelam sambil minum air...

poyotito's said...

selamat hari raya..

utopia said...

hai salam kenal
selamat hari raya maaf zahir dan batin

farah sr said...

bunyi mercun..
piuuu...kebomm!!
pong!! pong!!

:D

padelkopak said...

poyotito's,
selamat hari raya jugeee...duit raya xde ke??

utopia,
xpe...aku da lama maafkan ko!!!len kali jgn wat lagi tau...

farah sr,
tebabom....kebabom....

uwwekkkk....eh ade ke cmtu??