Monday, February 23, 2009

Tanda part 1


Pada 29 Jun. Tahun lepas. Bersamaan hari Ahad. Jam 6 petang. Kira-kira. Aku bersama En. Farid singgah di stesen minyak Petronas. Lokasi. Muadzam Shah.

Kedudukannya amat strategik. Terletak di tepi jalan antara Kuantan ke Segamat. Telah menjadikannya begitu sesak. Saban hari. Namun. Aku dan En. Farid terpaksa berhenti juga. Kerna ingin melaksanakan tanggungjawab yang belum selesai. Menunaikan solat. Secara jamak dan qasar.

Sebenarnya. Kami dalam perjalanan pulang ke Keratong. Dari Kuantan. Sementelah cuti hujung minggu. Di rumah orang tuaku. Hal ini sangat diperlukan. Maklum sajalah. Penat menguasai diri. Penat dek ketekunan mendidik anak bangsa. Saban minggu.

Sesampainya di situ. Langsung sahaja. Kami terus mencari surau. Kedudukan. Terletak di bahagian belakang bangunan tersebut. Tiada sebarang pertumpahan darah. Mahupun jiwa yang terkorban. Dalam mencari surau yang dijanjikan.

Namun begitu. Sebelum melangkah masuk. Ke dalam surau. Maka terlihatlah oleh kami. Satu sign yang dilekatkan di pintu masuk. Bunyinya begini. 'Sila tanggalkan kasut sebelum masuk surau. Terima kasih.' Jadi. Hal ini telah membingungkan kami.

Terdetik suatu persoalan. Apakah kasut sahaja yang tidak boleh dibawa masuk? Apakah terompah, kasut tumit tinggi, selipar Jepun, kasut getah kuning kepunyaan En. Pua Chu Kang mahupun but bola dibenarkan? Kah kah kah juga. Pelik bukan? Sepatutnya. Istilah yang lebih tepat adalah alas kaki. Padat. Tumpat. Bulat. Sendat. Ketat. Selamat. Lebih manis. Lebih sopan. Tiada sebarang keraguan...

Wednesday, February 18, 2009

Penceramah bebas

Maghrib tadi. Aku dijemput untuk menyampaikan tazkirah. Bertempat di surau sekolah. Tajuk. Faedah bersukan. Maklum sajalah. Aku kan guru sukan yang dihormati.

Pada mulanya. Aku rasa cool dan steady. Tapi apabila pengerusi majlis mula berkata-kata. Mula menabur janji manis. Mula memaklumkan kepada hadirin. Aku terus berasa cuak. Kenapa? Apa tidaknya. Aku digembar-gemburkan sebagai seorang yang bukan calang-calang. Seorang penceramah bebas.

Walhal. Hadirin hanyalah pelajar-pelajarku. Walhal lagi. Bilangannya cuma mencecah kurang lebih seratus orang. Tak ramai mana..

Sebaik saja aku memulakan bicara. Perasaan gementar tadi semakin berkurang. Berkurang bersama waktu yang berlalu. Pendek kata. Aku berjaya melangsaikan amanah sehingga ke akhir rancangan. Respon yang aku terima. Sebaik sahaja selesai solat Isyak. Berinformasi. Menghiburkan. Menyeronokkan. Maknanya? Aku memang berbakat...

P/s : Gua terus terang ni brader..!! Ni bukan cobaan lagi. Gua memang busy tahap dewa skang ni. Sibuk dengan urusan duniawi yang dipanggil PRAKTIKUM. Tak tau? Tanyalah kepada encik-encik pendidik yang berhampiran. Jangan bertanya di rumah urut sudah...