Monday, February 23, 2009

Tanda part 1


Pada 29 Jun. Tahun lepas. Bersamaan hari Ahad. Jam 6 petang. Kira-kira. Aku bersama En. Farid singgah di stesen minyak Petronas. Lokasi. Muadzam Shah.

Kedudukannya amat strategik. Terletak di tepi jalan antara Kuantan ke Segamat. Telah menjadikannya begitu sesak. Saban hari. Namun. Aku dan En. Farid terpaksa berhenti juga. Kerna ingin melaksanakan tanggungjawab yang belum selesai. Menunaikan solat. Secara jamak dan qasar.

Sebenarnya. Kami dalam perjalanan pulang ke Keratong. Dari Kuantan. Sementelah cuti hujung minggu. Di rumah orang tuaku. Hal ini sangat diperlukan. Maklum sajalah. Penat menguasai diri. Penat dek ketekunan mendidik anak bangsa. Saban minggu.

Sesampainya di situ. Langsung sahaja. Kami terus mencari surau. Kedudukan. Terletak di bahagian belakang bangunan tersebut. Tiada sebarang pertumpahan darah. Mahupun jiwa yang terkorban. Dalam mencari surau yang dijanjikan.

Namun begitu. Sebelum melangkah masuk. Ke dalam surau. Maka terlihatlah oleh kami. Satu sign yang dilekatkan di pintu masuk. Bunyinya begini. 'Sila tanggalkan kasut sebelum masuk surau. Terima kasih.' Jadi. Hal ini telah membingungkan kami.

Terdetik suatu persoalan. Apakah kasut sahaja yang tidak boleh dibawa masuk? Apakah terompah, kasut tumit tinggi, selipar Jepun, kasut getah kuning kepunyaan En. Pua Chu Kang mahupun but bola dibenarkan? Kah kah kah juga. Pelik bukan? Sepatutnya. Istilah yang lebih tepat adalah alas kaki. Padat. Tumpat. Bulat. Sendat. Ketat. Selamat. Lebih manis. Lebih sopan. Tiada sebarang keraguan...

8 comments:

mrblind said...

kalau dah namanya cikgu..hahaha

Kikuri said...

Tapi, bagi aku.. kira understoodlaa... Secara logik..

addyaholix said...

kalau nak tulis semua mungkin makan space nanti. belanja jugak makin tinggi bro. haha!

Izzah Abd Malik said...

kalau benti kat ctu suke beli waffle jek.ngan konon2 nak cucuk duit.haha:D

kecik said...

hehe.
phua chu kang masuk surau? wuhu

denanz said...

kat pej aku dulu nk masuk kena buka kasut. jadi kami tulis kat pintu mcm ni:

SILA TANGGALKAN:

KASUT
BAJU
BAJU KECIL
SELUAR
SELUAR KECIL
(SILA PILIH SATU YG BRKENAAN SHJ)

haha. o.k tak?

dari jalan telawi ke jalan kopi said...

sengal. papan tanda mengelirukan. patutlah saya sentiasa sesat di kuala lumpur kerana papan tanda tidak mengkut bahasa dengan betul.

inilah bahana penggunaan sains dan math di dalam bahasa inggeris.

kahkahkah.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇