Sunday, January 11, 2009

Malindo

Tengah hari tadi. Aku ke kedai runcit. Hajat di hati. Hendak membeli bahan mentah untuk simpanan beberapa hari. Ikan pelaling masak pedas dan sayur sawi masak air. Sebagai hidangan makan tengah hari. Sudah terbayang di kepala.

Sesampainya di sana. Kedai yang diberi nama Malindo. Catchy bukan? Ringkasan bagi Malaysia dan Indonesia. Sebabnya? Pemilik kedai tersebut berasal dari tanah seberang. Tetapi sudah memiliki kad pengenalan biru yang sah.

Di felda aku bermastautin ini. Memang ramai balak Indon. Maklum sajalah ladang-ladang kelapa sawit di sini memang sudah sebati dengan mereka. Bilangannya mencecah ratusan juga. Faktor tambahan yang memungkinkan kedai tersebut diberi nama sedemikain rupa. Di samping ingin meraih populariti di kalangan mereka. Mungkin juga.

Setelah itu. Aku terus menghampiri seorang pemuda. Iaitu anak tauke kedai. Aku terus bertanyakan perihal ikan pelaling. Tiada. Itu jawapannya. Aku beralih arah kepada ikan selar. Terngiang jawapan yang sama.

Secara tidak sengaja. Aku ternampak selonggok ikan yang bersaiz agak besar. Yang diletakkan di dalam besen. Aku tergerak untuk mencuba. Lalu aku minta setengah kilo. Sambil-sambil. Aku minta pendapatnya mengenai ikan tersebut.

"Ni ikan apa?", tanya aku.
"Ikan selayang...", jawabnya ringkas.
"Ok ke ikan ni buat goreng? Tak biasalah masak ikan ni.", tanya aku lagi.
"Ok bang. Mamat-mamat kongsi selalu beli ikan ni buat goreng...", jawabnya tenang tetapi penuh yakin.
"ZzZzZzZzZzZ", aku blur.

Aku rasakan duniaku ini menjadi gelap gulita. Secara tiba-tiba. Apakah muka aku yang handsome ni ada mirip-mirip balak Indon? Atau mungkinkah muka aku ada iras-iras Ariel Peter Pan? Kah kah kah juga...

P/s : Malam ni gua terpaksa sokong The Blues. Gua memang anti Man U brader..!! Liverpool ngan MU mana ngam. Nak sebut MU pun gua dah rasa meluat. Ni gua taip huruf M dan U ni pun dah rasa sengal-sengal lutut. Hahaha. Jangan marah ahh..

Friday, January 2, 2009

Cilakak punya Sweeney Todd..!!


Sweeney Todd : The Demon Barber of Fleet Street.

Minggu lepas. Aku ke kedai gunting. Lokasi. Di Stadium Darul Makmur. Gambaran. Kecil. Tapi berhawa dingin.

Kedai ni memang sering menjadi pilihan hati. Kerana kehendak aku difahami dan dituruti. Cakap saja style apa. Pasti termakbul. Walhal tukang guntingnya sudah berumur lebih separuh abad. Aku rasa lingkungan 60-an juga. Confirm. Level datuk. Tak pun. Pakcik yang sangat tua.

Bila tiba giliran. Aku dengan steadynya. Melabuhkan punggung di atas kerusi yang tidak berapa empuk itu. Tidak berapa empuk dek spannya yang sudah tenggelam. Orang lama. Kerusi lama juga. Namun aku tak kisah. Asalkan hasrat tercapai.

Selesai saja membalut batang tubuhku dengan kain putih. Pakcik barber ni terus menjalankan tugas dan amanahnya. Dengan tekun lagi bersungguh-sungguh. Dari menggunting hinggalah membedak. Dari menyikat hinggalah mencermin. Memang terlentok aku dibuatnya. Selesa yang amat. Sukar digambarkan.

Namun apabila tiba sahaja bahagian bercukur. Aku berasa cuak. Ya. Cuak yang amat! Tidak semena-mena. Persoalan yang tak masuk akal menjengah ke benak pikiranku. Apakah beliau ingin menyembelih leher ku yang ramping ini? Mungkin juga. Atas dasar apa? Jealous lah tu.

Terus terngiang adegan Sweeney Todd mengelar leher pelanggannya. Dengan pisau cukur lipat. Tajam berkilat. Lalu memancut darah keluar dari tekak yang sudah terbelah. Nasib baik pakcik ni masih waras. Huh! Selamatlah leher dan tengkuk ku. Kali ini. Cilakak punya Sweeney Todd..!!

P/s : Papahal pon, citer ni memang gua layan beb! Kena plak Johnny Depp hero. First time gua tengok citer muzikal. Tak sangka plak pergi die lain macam. Dah. Pasni gua nak carik lagi cite bergenre begini. Ada sesapa tahu?