Friday, January 2, 2009

Cilakak punya Sweeney Todd..!!


Sweeney Todd : The Demon Barber of Fleet Street.

Minggu lepas. Aku ke kedai gunting. Lokasi. Di Stadium Darul Makmur. Gambaran. Kecil. Tapi berhawa dingin.

Kedai ni memang sering menjadi pilihan hati. Kerana kehendak aku difahami dan dituruti. Cakap saja style apa. Pasti termakbul. Walhal tukang guntingnya sudah berumur lebih separuh abad. Aku rasa lingkungan 60-an juga. Confirm. Level datuk. Tak pun. Pakcik yang sangat tua.

Bila tiba giliran. Aku dengan steadynya. Melabuhkan punggung di atas kerusi yang tidak berapa empuk itu. Tidak berapa empuk dek spannya yang sudah tenggelam. Orang lama. Kerusi lama juga. Namun aku tak kisah. Asalkan hasrat tercapai.

Selesai saja membalut batang tubuhku dengan kain putih. Pakcik barber ni terus menjalankan tugas dan amanahnya. Dengan tekun lagi bersungguh-sungguh. Dari menggunting hinggalah membedak. Dari menyikat hinggalah mencermin. Memang terlentok aku dibuatnya. Selesa yang amat. Sukar digambarkan.

Namun apabila tiba sahaja bahagian bercukur. Aku berasa cuak. Ya. Cuak yang amat! Tidak semena-mena. Persoalan yang tak masuk akal menjengah ke benak pikiranku. Apakah beliau ingin menyembelih leher ku yang ramping ini? Mungkin juga. Atas dasar apa? Jealous lah tu.

Terus terngiang adegan Sweeney Todd mengelar leher pelanggannya. Dengan pisau cukur lipat. Tajam berkilat. Lalu memancut darah keluar dari tekak yang sudah terbelah. Nasib baik pakcik ni masih waras. Huh! Selamatlah leher dan tengkuk ku. Kali ini. Cilakak punya Sweeney Todd..!!

P/s : Papahal pon, citer ni memang gua layan beb! Kena plak Johnny Depp hero. First time gua tengok citer muzikal. Tak sangka plak pergi die lain macam. Dah. Pasni gua nak carik lagi cite bergenre begini. Ada sesapa tahu?

32 comments:

pjoe said...

try tgk high school musical
horror tgk budak lelaki cantik
hahaha

lama tak nampak lu beb
mana ilang!?

selamat tahun baru!

ikan emas said...

tinggi betul imaginasi kau
hahaaa

*i.am.me.for.myself* said...

try corpse bride..

johnny depp gak tu

Kikuri said...

Wuyoo! melampaunya imaginasi! kesian uncle tu... tsk..tsk..tsk

FarhanaLicious said...

kesian kat pakcik yang sangat tua tu. dah la tua, lu bayangkan dia pengelar leher pulak.

*pakcik yang sangat tua, jangan berkecil hati ya?

;p

artsoul said...

lu buat entry pagi2 buta...sure memanjang dpn pc ni...

Did said...

kahkahkah...
filem yg memberi impak besar kepada diri anda! cadangan aku, ko tgk plak antoo fighter...pasti ko ngeri dan maki2 nnt! kahkahkah!!

alif-mikail said...

Musical?

Puteri Gunung Ledang The Musical!

Tak pun kelas Musik Cikgu Faisal... hahaha

razor said...

moulin rouge.

teater2 muzikal pgl dan impak maksima.

mamma mia.

corpse bride? bole la.

tapi xdapet la lu nak cari yg johnny depp beb. lu minat johnny depp ke muzikal tu sbnrnya? kalau johnny baik cari edward scissor hand. haha..aku la johnny depp sbnrnya.

p/s: teringat terminal bas kuantan.

Dzulkarnain Mohamad said...

kalau johny depp punya lakonan takleh celen dlm twenty one jump street..

hajime said...

citer tu mmg layan...
johny depp weh...
ko ngk a nightmare before christmas...
lagi...
corpse bride...
johny depp gok!

darkk25 said...

aku tak pernah lagi tgk cite bunuh2 neh. seram kew?

tasikmerah said...

gua layan puaka niyang rapik jer... ha ha.

yoshz said...

weh aku suker citer ni. lagi best masa dia sparring ngan pitrelli tu. haha. klasiks...

Izzah Abd Malik said...

aku cadangkan tengok cry baby..cite lame..johnny depp juge:)layan gile:)neway citer ni memang seram..tak suke betul part2 kelar leher..terase kat leher sendiri

kecik said...

edward scissorhand.haha.lol.

sarloamd said...

try sound of music. legend tu. haha

kotak-katik said...

filem muzikal?

bollywood!!!

terbaeeekk punye muzikal. hahaha.

zairi said...

citer musical?baik gua layan ong-bak-2.dah nak kluar dah tu.kat m'sia je belum sampai2 lagi.

BudAk hijAu said...

Sweeney Todd~aku pegi tngk sb johnny depp jew...klu x...jgn harap!!wakakakak..

ryurisora said...

ko tengok tak citer hari jumaat lepas? tajuk frailty. bes tu. bunuh2 kijam. "wargh!!! makan budak!"

Suka Bebel said...

aku dulu kecik kecik memang gunting rambut ngan pakcuk tua, pakai pisau tu la.gile meremang bulu tengkuk aku bila tengok pisau tu.huhu...

best ke cerita tu?banyak cerita aku tak sempat tengok lagi lah.hehe

sAfFiYaHnAjLah said...

wah..
lama menghilang..
tetiba lak. kan..
selamat tahun baru..

tu petanda umo ko panjang ag..huahua..
tp pas tgk citer neh..
aku dah phobia ngn cietr bunuh2 pakai alatan tajam..
giler kentang argh jhonny deep tu..
tp dia nmpk chumel lam Edward Scissor hand..

Just Me said...

emmm....kesian

mrblind said...

ceh..lu pesen mudah terpengaruh ni..

billy smoke said...

wow..ini penangan tgk movie nih

yanhashim said...

johny deep my bf. ahaks ahaks
i like it ahaks ahaks
tim burton's movie best kan?
sangat lah best kot!

CAHAYA said...

yep. I loike that movie too. :) Pastu okeh tak tengkuk tu?

@t00neY r00neY® said...

ade pie dr daging orang x?

tgk cahrlie n the choclate factory la...syiok gak..

tgk la director die..

man_helang said...

ape hal layan muzikal...nak sgt layan muzik2 laaa...

biskutrajin said...

mamma mia la jawabnye..hahaha

djambu puadovich said...

try tgk EVITA, madonna berlakon.

salam menyinggah :)