Monday, July 27, 2009

Gua yakin, inilah keputusan gua yang muktamad!

Laluan utama ke Sitiawan, Perak.

Sejujurnya. Saya tidak bersetuju pengkhianat Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air. Kembali ke Sitiawan. Kembali ke Perak. Hatta ke mana-mana ceruk negara sekalipun. Orang sebegini tiada tempat langsung di hati saya. Biarlah dia terus bermastautin di selatan Thai sana. Di situ lebih cocok buat manusia sepertinya.

Untuk apa dia kembali? Atas alasan kemanusiaan. Kemanusiaan kepala bana apa. Jangan buat saya ketawa besar sehingga terasa ingin berguling-guling seperti tenggiling di atas Jalan Makbar!Kahkahkah. Masih adakah kosa kata kemanusiaan dalam kamus hidup seorang keparat yang berhatikan binatang?

Atas alasan kemanusiaan kah dia membakar kampung-kampung? Atas alasan kemanusiaan kah dia membunuh orang-orang yang tidak berdosa? Atas alasan kemanusiaan kah juga keparat ini membuat huru-hara di Tanah Melayu? Kahkahkah juga. Kebinatangan? Apa? Ini bukan Sg. Kinabatangan di Sabah sana. Sila jangan buat-buat sengal.

Memang benar. Umurnya sudah menjangkau 80-an. Betul. Mana mungkin dia boleh membunuh orang sesuka hatinya lagi. Tetapi ideologi dan semangat komunisme yang dibawanya itu boleh mengancam keamanan sejagat. Pasti nanti ideologi komunisme berkembang biak seperti biaknya berudu di kala musim hujan. Anda kurang percaya? Janganlah begitu. Cuba bayangkan jika Pele dan Maradona masih solid dan boleh beraksi seperti zaman kegemilangannya tatkala ini.

Pasti ramai anak muda dan gadis cun bergetah yang ghairah dan memiliki semangat menggunung ingin mengikut jejak langkahnya. Sekaligus memujanya. Hatta di Argentina sana terdapat agama Maradona! Siapakah yang berkepala batu dan dungu yang menciptanya? Saya kurang periksa. Maafkanlah kekanda. Itulah analoginya. Sekarang bagaimana? Anda semakin jelas tentang situasi dan senarionya bukan? Mengaku sajalah.

Hakikatnya. Lahanat inilah yang membunuh orang Melayu dan orang Cina yang tidak menyokong perjuangannya. Ketika zaman darurat dahulu. Pendek kata sesiapa sahaja yang menghalang perjuangannya. Bagaimana saya mengenalinya? Saya mengenali orang ini melalui sejarah. Sejarah apa? Sejarah hitam negara umumnya. Sejarah hitam anak bangsa khususnya.

Saya bukan orang 'keris'. Tapi saya orang Melayu. Saya orang Islam. Jadi saya sedar betapa sengsaranya anak bangsa nenek moyang kita ketika zaman sebelum merdeka. Bagaimana? Sudah tentu melalui sejarah. Tanpa sejarah mana mungkin kita mengenali diri kita. Tanpa sejarah mana mungkin kita mengetahui asal-usul kita. Tanpa sejarah juga mana mungkin kita memiliki sebuah negara. Ya. Sebuah negara yang berdaulat!

P/s : Gua nak taruk gambar lahanat ni pun gua tak sanggup brader..!! Gua memang tak boleh nak bayang bagaimana sengsaranya anak bangsa ketika itu. Sejujurnya gua mana minat politik. Bola gua minat lah. Ini cuma rintihan seorang anak muda yang sayangkan negara, agama dan bangsanya. Itu saja.

Wednesday, July 8, 2009

Sudah tukar ka?

Soalan yang sering menjengah ke benak fikiran kalian semua...

Kenapakah aku menukar tajuk utama blog? Secara tiba-tiba. Secara tidak semena-semena. Secara bersahaja-sahaja. Daripada Aku Orang Kecil kepada Aku Bukan Boneka. Kah kah kah juga.

Apakah aku tidak lagi tunduk kecil seperti sebelum ini? Apakah aku sudah menjadi bongkak dan besar? Mungkin tidak.

Apakah aku kini sering menjadi bahan celaan pihak atasan? Apakah aku dijadikan boneka yang pantas untuk dibuat apa saja dan semahunya? Tidak juga.

Ini jawabnya...



Rabak mata ku
Pena menari
Tinta berdarah

Rabak mata ku
Pena menari-nari
Tinta berdarah
Kata membara-bara

Masanya ku bernafas
Ini terakhir kali
Puas sudah ku sesak
Dalam dunia sempit

Dulu tersungkur
Kini berdiri
Kau bermain api
Kini ku bakari
Dulu menunduk
Kini ku celik
Kau bermain api

Engkau mahu sempurna
Engkau jadi sempurna
Biar aku bahagia dengan cela ku
Engkau mahu malaikat
Turun dari kayangan
Biar aku bahagia dengan cela ku

Mengapa...
Tidak engkau cermin saja
Diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Mengapa...
Tidak kau bercinta saja
Dengan diri mu yang sempurna, mempesona
Ku bahagia dengan cela

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

Siapa yang mampu mencapai mahu mu
Bilamana kau juga seorang manusia?

P/s : Gua bukan apa brader..!! Gua memang minat gila dengan lagu ni. Dari nama band sampailah ke tajuk lagu. Memang gua berkenan habis. Pendek kata memang cocok dan molek. Cuba lu hayati lirik lagunya. Dah sah-sah makan dalam. Tercegat apa lagi. Layan...