Sunday, March 29, 2009

Hei lahabau, sudah-sudah lah bersahabat dengan binatang..!!


Aku geli. Aku benci. Aku tak mengerti. Baik secara melata. Baik yang terbang. Baik yang terkulai. Semuanya sama. Pada pandangan ku. Itulah lipas.

Namun tidak pula Papa Roach. Muziknya rancak. Lagunya aku layan. Dress-up boleh tahan. Sudah. Aku melawak saja.

Ngerinya sukar digambarkan. Serius. Apakah seperti dikejar polong? Mungkin juga. Apakah seperti dihambat anjing gila? Mungkin juga. Apakah seperti terjatuh dari bangunan tingkat empat puluh lima? Kah kah kah juga.

Kelakian aku sering diuji. Apabila terserempak dengan makhluk berwarna coklat-hitam ini. Manakan tidak. Aku sering menjerit. Aku sering melompat. Aku sering berlari ketakutan. Apabila disapa oleh haiwan berkaki enam yang berbulu itu. Maruah jantan ku sering terkorban begitu saja.

Apapun. Satu yang pasti. Hasil pengamatan ku. Perilaku lipas. Apabila disembur Ridsect. Pasti menggelupur mencari udara. Kemudian terbalik seluruh badan. Kaki menggelupur semuanya. Sehingga tiada berdaya.

Kalaulah aku seorang pak menteri. Kalaulah aku seorang datuk bandar. Kalaulah aku seorang Mawi. Aku teringin benar nak melancarkan kempen 'Belia Benci Lipas'. Tempoh kempen? Sepanjang tahun. Ini betul-betul. Bukan cobaan.

P/s : Ni pun gua buat-buat berani saja letak gambar makhluk tu kat atas brader! Walhal. Dah abes kembang tekak gua ni. Bulu roma gua pun dah naik mencanak. Gua paling benci lipas terbang. Sumpah. Dia punya susah nak elak tuhan saja yang tahu...

Sunday, March 15, 2009

Hari Gumbira


Malam tadi. Apakah aku orang yang paling gumbira di dalam dunia? Kah kah kah juga. Itu sudah pasti.

Mana tidaknya. Pasukan bola sepak kegemaran ku sejak darjah tiga. Sejak Bruce Grobbelaar kental menjaga gawang gol. Sejak Ian Rush tenang menyudahkan umpanan di depan gol. Liverpool telah berjaya mengalahkan sekaligus memalukan pasukan seteru di Old Trafford. Bitter rivals.

Ini memang kenyataan. Ya. Ini bukan chutia. The Reds 4-1 Manchester United. Anda masih meraguinya? Sila hantukkan kepala anda bertubi-tubi ke bucu meja. Tanpa segan-silu. Nampaknya si setan merah ini boleh dikalahkan juga. Biar pun bulan ini bukan bulan puasa.

Lebih manis. Semua rekod telah berjaya dileburkan. Malam tadi juga. MU tidak pernah bolos empat gol sejak tahun 1992 di Old Trafford. MU tidak pernah kalah dalam 49 perlawanan di tempat sendiri jika Pak Do (merujuk kepada Ronaldo) menjaringkan gol. MU juga sudah menang 12 perlawanan berturut-turut sebelum dihenyak dan dihentam semalam.

Akhir kata. Terima kasih semua..!!

P/s : Gua kesian kat Vidic sebenarnya brader! Gua rasa dia ni kalau sir Alex Ferguson ganti dengan Norhafiz Zamani Misbah pun cun juga ni. Sebaliknya. Fernando Torres memang solid malam tadi. Mamat ni kalau fit memang datang dia punya seh. Well. Gua nak kata apa lagi. You'll Never Walk Alone...

Monday, March 9, 2009

Tanda finale


Setelah selesai berwudhuk. Langsung sahaja. Aku menunaikan solat asar. Secara qasar. Kerana jaraknya melebihi 2 marhalah. Iaitu 3 hari 3 malam perjalanan. Jika menunggang unta. Kurang lebih. Aku melawak saja.

Selesai semuanya. Aku meninggalkan surau tersebut. Dengan sign-signnya yang sungguh pelik itu. Baru tidak sampai 10 langkah. Aku berjalan dari surau itu. Terlihat pula. Suatu sign yang dilekatkan pada pintu sebuah bilik. Bilik misteri. Sungguh misteri semisteri Misteri Nusantara. Kedudukan. Bersebelahan surau tersebut.

Terpampang. 'Dilarang masuk. Bahaya.' Pada sign tersebut. Siap dengan simbol kilat. Petir sabung-menyabung. Pada perkiraan aku. Bilik tersebut dijadikan pusat latihan. Bagi melahirkan ‘orang letrik’ yang mampu menahan sebarang jenis renjatan elektrik. Pada kadar voltan yang tinggi. Mungkin tidak.

Sekali lagi. Suatu persoalan telah menusuk di benak pikiran ku. Apakah jika tiada sign tersebut maka orang ramai akan berpusu-pusu masuk ke bilik itu untuk bergurau senda? Atau sebagai port untuk melepaskan gian merokok? Atau mungkin sebagai lokasi yang sangat strategik untuk bertemu gadis jombang? Mahupun sebagai tempat untuk mengasingkan diri dari hiruk-pikuk kota? Kah kah kah juga. Ntah. Dunia nak kiamat agaknya.

Golongan yang segelintir ini. Boleh tahan juga sengalnya..

Setelah melepaskan hela nafas yang panjang. Aku terus mendapatkan kereta. Aku dapati kereta ku tiada apa-apa. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian. Bersama-sama dengan En. Farid. Hasrat kami. Menuju terus ke Felda Keratong yang tercinta.

Apa pula kejutan-kejutan yang akan ku terima selepas ini? Aku pun tidak tahu. Renung-renungkan dan selamat beramal..!!

P/s : Amacam? Lu orang rasa gua ada chemistry tak dengan sign-sign ni? Dalam satu petang saja gua dapat kesan tiga sign yang mantap. Bikin hati gua dikocok-kocok saja. Siap boleh buat trilogy lagi. Dah serupa itu Lord of The Ring pula...

Sunday, March 1, 2009

Tanda part 2


Yang lebih menyedihkan. Kenapa kah sign tersebut perlu dilekatkan di pintu masuk sebuah surau in the first place? Kah kah kah juga. Apa kah jika tidak dilekatkan, maka akan berlaku suatu malapetaka yang dasyat? Kah kah kah juga.

Sebenarnya. Mungkin juga. Kerna mentaliti orang kita memang mentaliti kelas tiga. Bukan semua. Tetapi ramai juga. Mereka ini memang spesis yang tidak reti bahasa. Seraya berkata. "Woi, kau apa kesah! Mati nanti kubur lain-lain..."

Inilah kata-kata kesat yang mungkin kedengaran. Jika kita menasihati mereka. Jadi. Sekiranya tiada sign tersebut. Maka. Kemungkinan besar mereka akan membawa masuk alas kaki. Sewenang-wenangnya. Sampai ke dalam surau.

Ada yang akan meletakkan alas kaki di hujung sejadah. Ntah-ntah. Walhal. Alas kaki tersebut telah merewang ke segenap pelusuk dunia. Including tandas. Pada perkiraan aku juga. Sadis. Memang sadis.

Setelah itu. Aku pun masuk ke dalam surau. Untuk mengambil wudhuk. Namun begitu. Sekali lagi. Aku dikejutkan oleh suatu sign yang menimbulkan seribu satu persoalan. Yang menusuk kalbu. Aduh. Apa tidaknya. Tertulis. 'Untuk mengambil air sembahyang sahaja'. Di dinding tempat mengambil wudhuk.

Apa kejadah semuanya ini? Apa kah jika tidak ditampal sign sebegitu, warga akan berpesta muda-mudi? Maybe. Pasti ada yang tergamak. Menjadikan tempat tersebut sebagai tempat membuang air besar atau kecil, memuntahkan isi perut, membuat air sirap, membuang kahak hijau pekat mahupun mandi hadas. Pengotor sungguh warga kita ini. Yang mengaku sungguh bertamadun. Kononnya...

P/s : Gua tengah frust menonggeng ni brader..!! Mana taknya. Liverpool kalah lagi. Kali ni di tangan Middlesbrough plak. Memang payah dah skang ni nak hambat si setan merah tu. Sah...