Wednesday, September 2, 2009

Dulu dan Kini part 2

video

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Notakaki : Bila sebut pasal kemerdekaan mahupun hari kebangsaan, gua memang tak sah kalau tak teringatkan lagu old-school ni. Sebelum ni mana gua pernah ambil port pasal lagu-lagu berunsurkan patriotisme ni brader! Mana kena dengan jiwa muda remaja gua. Tapi semua itu sudah berubah. Kini gua lebih megerti dan menghargai. Betapa indahnya bumi bertuah ini. Salam kemerdekaan yang ke-52 Malaysia...

Tuesday, September 1, 2009

Dulu dan Kini part 1

video

Keranamu Hati Ku Malaysia

Kaulah wiraku yang berbakti untuk negara yang tercinta ini
Kamilah generasi baru yang akan menerajui perjuangan impian yang pasti

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Kaulah wiraku yang berbakti untuk negara yang tercinta ini
Kamilah generasi baru yang akan menerajui perjuangan impian yang pasti

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Dan kini kau menjadi lagenda hidupku
Berjanji kami bersatu padu
Agar sentiasa mengharumkan namamu

Oh Malaysia tanah airku yang tercinta
Rela kami korbankan segalanya
Jiwa raga dan juga harta benda
Keranamu hatiku Oh Malaysia
Tanah airku yang tercinta
Berikan kami kekuatan untuk
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang
Manuju puncak gemilang
Menuju puncak terbilang

Notakaki : Ini adalah antara lagu patriotik bertemakan kemerdekaan masa kini yang paling gua berkenan. Lagu dia tak berapa ganas tak berapa meleleh. Lagu dia tak berapa rancak tak berapa slow. Pendek kata yang sedang-sedang saja. Memang cocok dan molek. Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-52 Malaysia. Tanah air ku yang tercinta...

Monday, August 10, 2009

Gua berkenan sungguh...

video

Dirgahayu Tanahair Ku

Kau...
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera puteri mu tersenyum riang ria
Tegas bebas sejahtera makmur maju jaya
Dibawah naungan payung mahkota

Ohh...
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusaku tercinta

Tumpuan...
Pelancong dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku berbakti mesti terkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh tanahairku

Notakaki : Ini cerita betul brader!Dalam banyak-banyak lagu patriotik yang gua nyanyi semasa Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) tempoh hari, lagu ni lah yang paling gua berkenan.Memang dalam dia punya makna.Dia punya rancak dan mendayu sama kencang saja.Kalau lagu ni naik gua mesti nyanyi dengan penuh semangat...

Friday, August 7, 2009

Salah konsep


Setiap kali hari Jumaat. Kita sebagai warga yang bertanggungjawab akan menunaikan tuntutan fardhu iaitulah solat Jumaat. Begitu juga saya.

Saya tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengimmarahkan masjid. Mengimmarahkan rumah Tuhan. Mengimmarahkan rumah Allah. Pada hari yang cukup mulia. Penghulu segala hari. Kita digalakkan untuk melakukan perkara-perkara sunat sepanjang tempoh tersebut.

Saya akur. Saya juga tidak terlepas untuk sama-sama melaksanakannya. Maklum sajalah. Saya bukannya tekun sangat. Jadi bila ada peluang sebegini pasti akan saya rebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Mahukan pahala, begitulah. Saya akui. Bukan susah hendak melakukannya. Yang penting ada keinginan.

Setelah siap sedia. Saya akan terus menuju ke masjid berdekatan bagi mendengar khutbah. Di sini kita boleh berjumpa dengan segala macam orang. Segala macam manusia. Kita pasti akan duduk bersebelahan dengan seseorang. Pasti keadaaannya agak sempit dan sesak. Itulah kebiasaannya.

Namun itu tidak mengapa. Adatlah berjemaah. Kalau tidak boleh bersesak langsung tak payah hidup bermasyarakat! Pergi ke hutan simpan Sepilok sana. Boleh berkawan dengan orang utan saja. Seronok bukan? Kahkahkah. Sebenarnya. Bukan hal yang ini ingin saya perkatakan. Saya ingin menceritakan perihal insan yang ingin melakukan perkara sunat. Tetapi dalam masa yang sama tidak memikirkan hati dan perasaan insan yang lain.

Kerap kali jemaah mengenakan wangi-wangian seperti minyak attar untuk mendapat pahala sunat. Akan tetapi terdapat segelintir yang melaksanakannya secara membuta tuli saja. Habis dicurahkan sebotol minyak attar ke baju Melayu untuk mendapatkan bau yang paling menusuk kalbu. Apa kau ingat ini perfume One Drop kah? Kahkahkah juga. Pemikiran kepala bana apa begini? Siapa yang ajar begini?

Bagi mendapatkan pahala sunat cukuplah sekadar mencalitkan sedikit saja minyak attar ke baju. Tidak perlulah berlebih-lebihan. Islam kan menganjurkan kesederhanaan. Kalau terlebih sehingga melakukan pembaziran boleh jatuh hukum haram pula. Bukankah begitu? Ini baru permulaan saja. Masalah yang sebenar masih belum timbul.

Apabila minyak attar yang digunakan terlalu banyak. Maka bau yang terhasil adalah sangat kuat. Sehingga mencucuk hidung. Sehingga mampu membuatkan orang di sebelah terbersin. Pendek kata ramai yang ting-tong. Saya tidak berbohong saudara. Saya sendiri kerap kali mengalaminya saban minggu. Apabila hendak memulakan sembahyang mulalah tidak keruan jadinya. Boleh hilang kosentrasi. Boleh hilang khusyuk.

Jadi janganlah dek kerana hendak melakukan perkara yang sunat sehingga melakukan perkara yang haram pula. Sehingga mengguris perasaan orang lain. Dalam masa yang sama. Dalam keadaan sedar mahupun tidak. Dalam keadaan sengaja ataupun tidak. Perkara yang sunat jika ditinggalkan tidak mengapa. Fikirlah dahulu sebelum bertindak. Ingatlah orang yang tersayang...

Notakaki : Gua ni cuma nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan saja. Tak lebih dari itu. Gua pun bukan hebat sangat bab-bab agama ni brader. Sekadar nak berkongsi apa yang gua tahu saja. Lepas ni janganlah jumpa gua panggil ustaz pula! Malu la gua. Gua ni kan standard kutu berahak saja.

Monday, July 27, 2009

Gua yakin, inilah keputusan gua yang muktamad!

Laluan utama ke Sitiawan, Perak.

Sejujurnya. Saya tidak bersetuju pengkhianat Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air. Kembali ke Sitiawan. Kembali ke Perak. Hatta ke mana-mana ceruk negara sekalipun. Orang sebegini tiada tempat langsung di hati saya. Biarlah dia terus bermastautin di selatan Thai sana. Di situ lebih cocok buat manusia sepertinya.

Untuk apa dia kembali? Atas alasan kemanusiaan. Kemanusiaan kepala bana apa. Jangan buat saya ketawa besar sehingga terasa ingin berguling-guling seperti tenggiling di atas Jalan Makbar!Kahkahkah. Masih adakah kosa kata kemanusiaan dalam kamus hidup seorang keparat yang berhatikan binatang?

Atas alasan kemanusiaan kah dia membakar kampung-kampung? Atas alasan kemanusiaan kah dia membunuh orang-orang yang tidak berdosa? Atas alasan kemanusiaan kah juga keparat ini membuat huru-hara di Tanah Melayu? Kahkahkah juga. Kebinatangan? Apa? Ini bukan Sg. Kinabatangan di Sabah sana. Sila jangan buat-buat sengal.

Memang benar. Umurnya sudah menjangkau 80-an. Betul. Mana mungkin dia boleh membunuh orang sesuka hatinya lagi. Tetapi ideologi dan semangat komunisme yang dibawanya itu boleh mengancam keamanan sejagat. Pasti nanti ideologi komunisme berkembang biak seperti biaknya berudu di kala musim hujan. Anda kurang percaya? Janganlah begitu. Cuba bayangkan jika Pele dan Maradona masih solid dan boleh beraksi seperti zaman kegemilangannya tatkala ini.

Pasti ramai anak muda dan gadis cun bergetah yang ghairah dan memiliki semangat menggunung ingin mengikut jejak langkahnya. Sekaligus memujanya. Hatta di Argentina sana terdapat agama Maradona! Siapakah yang berkepala batu dan dungu yang menciptanya? Saya kurang periksa. Maafkanlah kekanda. Itulah analoginya. Sekarang bagaimana? Anda semakin jelas tentang situasi dan senarionya bukan? Mengaku sajalah.

Hakikatnya. Lahanat inilah yang membunuh orang Melayu dan orang Cina yang tidak menyokong perjuangannya. Ketika zaman darurat dahulu. Pendek kata sesiapa sahaja yang menghalang perjuangannya. Bagaimana saya mengenalinya? Saya mengenali orang ini melalui sejarah. Sejarah apa? Sejarah hitam negara umumnya. Sejarah hitam anak bangsa khususnya.

Saya bukan orang 'keris'. Tapi saya orang Melayu. Saya orang Islam. Jadi saya sedar betapa sengsaranya anak bangsa nenek moyang kita ketika zaman sebelum merdeka. Bagaimana? Sudah tentu melalui sejarah. Tanpa sejarah mana mungkin kita mengenali diri kita. Tanpa sejarah mana mungkin kita mengetahui asal-usul kita. Tanpa sejarah juga mana mungkin kita memiliki sebuah negara. Ya. Sebuah negara yang berdaulat!

P/s : Gua nak taruk gambar lahanat ni pun gua tak sanggup brader..!! Gua memang tak boleh nak bayang bagaimana sengsaranya anak bangsa ketika itu. Sejujurnya gua mana minat politik. Bola gua minat lah. Ini cuma rintihan seorang anak muda yang sayangkan negara, agama dan bangsanya. Itu saja.