Friday, May 29, 2009

Inspirasi


Minggu lepas. Aku mengenakan baju kemeja putih berbelang. Seluar hitam berbelang. Juga. Tapi bukan iras-iras kuda belang. Itu sudah pasti. Bertali leher hitam. Seperti kebiasaan.

Jadi. Apa yang peliknya? Aku memakai kasut kulit putih. Ini pertama kali. Aku tidak pernah membuat kerja gila. Sebelum ini. Entah bagaimana aku boleh tergerak hati. Sebenarnya. Kasut putih itu bukan kepunyaan aku. Aku mendapat inspirasi daripada bapa ku. Sementelah kasut itu kepunyaannya.

Akan tetapi. Situasi di sekolah amat berbeza sekali. Bertentangan dengan naluri jantan ku. Tiada siapa berani dan pernah mencuba. Maka. Akulah orang pertama. Pioneer. Mungkin juga. Pengetua tidak pernah walau sekali. Guru penolong kanan juga tidak pernah walau sekali. Tukang kebun jauh sekali.

Walaubagaimanapun. Pelbagai reaksi yang aku terima. Sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah. Ada guru yang menyatakan bahawa mereka segan untuk berjalan seiring dengan ku. Gurau mereka saja. Tidak kurang juga yang memuji dan menghargai. Sungguh molek bentuk dan warnanya. Kata mereka. Sungguh cocok dengan ku. Tambah mereka lagi. Aku cuma tersenyum.

Ada juga pelajar yang berani meluahkankan respon spontan mereka. Mereka mengatakan gerak-geri ku persis seperti Michael Jackson. Saling tak tumpah. Serius. Tidak semena-mena. Aku terasa ingin saja membackhand mereka. Tatkala mendengarnya. Aku melawak saja. Mereka kan pelajar ku. Aku mengerti. Mereka kagum dengan cikgu kesayangan mereka. Sebenarnya.

Namun begitu. Aku tetap cool. Biarkan mereka dengan pandangan mereka. Aku tetap aku. Keselesaan diutamakan. Kekemasan didahulukan. Keyakinan ditekankan. Pada perkiraan aku. Itu yang penting. Akhir kata. Selamat bercuti semua.

P/s : Esok cuti sekolah akan bermula. Budak-budak sekolah memang gembira tak ingat. Gua pula akan ke maktab hari Ahad ni. Biasalah. Gua tiap kali cuti sekolah memang kena ke maktab. Gua kan cikgu terbaik. Jadi. Gua yakin yang gua akan sibuk sepanjang tempoh tu. Pendek cerita. Lu orang jangan teringatkan gua sangat. Nanti mak gua marah. Kan susah...

Friday, May 22, 2009

Apasal tiap kali Jumaat gua akan cari selipar yang paling buruk dalam simpanan..??


Jumaat menjelma lagi. Apabila tiba penghulu segala hari. Semua kaum lelaki akan ke masjid. Bagi yang tahu dan mahu menunaikan tanggungjawabnya kepada Yang Satu. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan. Bagi menunaikan solat Jumaat. Takkan untuk memenuhi jemputan majlis mengacau dodol dan asidah peringkat blok pula.

Sila jangan buat leceh. Aku mohon kamu semua mengerti hal yang satu ini saja. Buat masa ini.

Sesungguhnya. Banyak kelebihan hari Jumaat. Banyak perkara sunat boleh dilakukan. Banyak pahala dapat dikumpul. Sekiranya benar-benar mahu. Daripada mandi sunat sebelum Jumaat. Hinggalah memakai wangi-wangian pada pakaian. Itu belum cerita hal di dalam masjid nanti. Pelbagai ibadat sunat boleh dikerjakan dan diusahakan. Paling tidak.

Akan tetapi. Suatu persoalan sering menerjah ke benak pikiran ku. Kenapakah setiap kali Jumaat aku akan mencari selipar yang paling buruk dalam simpanan? Kah kah kah juga. Ya. Selipar jepun yang bukan berasal dari Jepun itu. Lebih tepat lagi. Selipar jepun yang murah dan sudah buruk. Juga sudah hampir putus. Juga berwarna jingga terang.

Sebenarnya. Aku bukan sengaja. Tetapi keadaan yang memaksa. Dalam erti kata lain. Sejarah lalu telah menjadikan aku lebih berhati-hati. Manakan tidak. Sebelum ini. Sudah berkali-kali selipar ku dirembat kejam oleh lahabau-lahabau yang tak sudah-sudah bersahabat dengan binatang. Tanpa belas ihsan. Lalu. Aku sering pulang ke rumah berkaki ayam.

Sementelah. Hendak merembat selipar orang lain. Tidak sampai hati. Hendak mencilok selipar orang lain. Takut dipukul dan dihenyak oleh orang kampung. Aku kan cikgu. Mana nak letak muka dan maruah pendidik aku nanti. Cuma satu. Sebagai renungan kita bersama. Adalah sunat untuk kita memakai pakaian yang cantik-cantik untuk menunaikan solat Jumaat.

Jadi. Apa kejadahnya aku berkopiah putih, berbaju Melayu baru dan berkain pelikat cap Gajah Duduk tetapi masih berselipar buruk? Ini mesti kesan pengaruh yang kuat daripada lahabau-lahabau bertangan panjang. Syak aku di dalam hati.

P/s : Lu orang jangan pelik pula. Ini cerita benar. Bukan chutia. Gambar yang gua tepek kat atas tu adalah selipar jepun yang akan gua pakai setiap kali Jumaat. Time jalan-jalan memang gua takde feel langsung nak sarung selipar tu. Mana ade makwe nak pandang gua nanti. Tapi asal Jumaat saja, ranking dia terus naik mencanak. Apa cerita bai?

Monday, May 18, 2009

Muridku tersayang...

Jumaat lepas. 15hb Mei. Sekolah ku menyambut sambutan Hari Guru. Tema. Guru Pembina Negara Bangsa. Aku cuak sebenarnya. Apa tidaknya. Tema tersebut terlalu berat. Seberat tanggungjawab seorang guru.

Kenapakah tidak yang ringan-ringan saja? Kah kah kah juga. 'Selipar jepun ku dibibir mu' atau 'Hendak message kredit tiada'. Lebih telus dan tulus. Aku melawak saja. Sementelah. Semuanya indah. Semuanya molek. Semuanya berjalan lancar...

Seperti kebiasaannya. Setiap kelas membuat persembahan. Bermula dari pelajar tingkatan 1. Sehinggalah pelajar tingkatan 5. Setiap kelas memberikan persembahan yang bertenaga. Namun begitu. Persembahan daripada pelajar tingkatan 5 paling menambat hati.

Bob dan Aminah mendendangkan lagu yang belum pernah terdengar dek halua telinga kami. Lagunya sungguh comel. Secomel tuan empunya diri. Tetapi cukup bermakna. Suara mereka juga lunak merdu. Memang terhibur. Tidak kurang juga rasa tersentuh.

Kami pula. Para guru. Seperti biasa menyanyikan lagu keramat. Saban tahun. Kami Guru Malaysia. Memang berkecamuk hati. Bercampur-baur. Rasa bangga. Rasa terharu. Rasa tidak percaya juga ada. Kerna aku tidak pernah meletakkan cita-cita ku sebagai seorang guru. Tetapi aku redha.

Aku pula. Seperti biasa. Membuat persembahan bersama En. Farid. Maklum sajalah. Kami sudah mempunyai peminat. Mana boleh tidak menyanyi. Nanti merusuh pula mereka. Nama kumpulan. The Sibling Chef. Sudah dua tahun kami bertapak. Kami menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu. Memang itu sahaja yang kami mampu. Serius.

SELAMAT HARI GURU...



Pagiku cerah ku matahari bersinar
Ku gendong tas merah ku di pundak
'Selamat pagi semua', ku nantikan dirimu
Di depan kelas ku menantikan kami

Guruku tersayang, guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal
Guruku, terima kasih ku

Nakalnya diriku kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan...

P/s : Sebenarnya, sekolah gua buat sambutan Hari Guru Jumaat lepas. Kira awal sehari la. Sekolah lain semuanya buat hari ni. Lu tengok. Hebatkan sekolah gua? Mana taknya. Cikgu dia pun hebat. Sama naik saja. Lagi satu. Lagu ni lah yang Bob dan Aminah nyanyi. Lu dengar pastu baru lu tau...

Thursday, May 7, 2009

Inilah akibatnya apabila subjek Bahasa Melayu diberikan kepada cikgu Matematik..!!

Mengapakah bangsa Melayu sering dikaitkan dengan najis dadah? Mengapakah bangsa Melayu sering terjebak dengan gejala rempit? Mengapakah bangsa Melayu agak lemah dalam bidang akademik? Kah kah kah juga.

Ini jawabannya...

Kata kuncinya terletak pada perkataan Melayu itu sendiri. Melayu merupakan suatu term yang memberi makna yang sempurna. Imbuhan me dan layu digabungkan. Ia membawa maksud yang kurang menyenangkan. Sebagai contoh. Bunga itu melayu setelah tidak disiram selama beberapa hari.

Anda masih meraguinya? Cuba kita lihat beberapa contoh lain. Emak memasak di dapur bersama kakak. Anda mahu lagi? Adik memakan nasi dengan lahapnya. Kesemuanya mempunyai imbuhan me dan kata dasar masak dan makan. Ianya satu ayat yang lengkap dan memberi maksud yang jelas.

Ini bukan fakta. Tapi bukan juga chutia. Pada perkiraan aku saja. Jadi. Apabila disebut setiap hari. Maka ianya seolah-olah menjadi doa. Basah lidah. Sekiranya disebut secara beramai-ramai. Sekiranya disebut secara pukal. Ianya akan makbul. Menjadi kenyataan.

Sepatutnya. Gunakan istilah yang lebih manis dan cocok maksudnya. Seperti Menyegar. Aku melawak saja. Apa-apa pun. Aku tetap bersyukur. Aku berbangsa Melayu. Jika anda menghadapi sebarang kesulitan dalam memahami intipati isu ini. Sila rujuk ahli falsafah yang berkenaan. Paling tidak. Sila rujuk guru Sejarah berdekatan. Sungguh.

P/s : Ini cuma pendapat gua saja. Lu orang jangan pikir yang bukan-bukan pula. Gua bukan Melayu celup. Pan-Asia jauh sekali. Takkan lu orang nak suruh gua cium keris dulu baru nak percaya. Entri ni pun gua saja buat pendek. Malas nak ulas panjang-panjang. Takut nanti ada yang salah paham. Nanti mula la cari gua nak cedok perut gua pula. Senak beb kalau kena.