Friday, May 22, 2009

Apasal tiap kali Jumaat gua akan cari selipar yang paling buruk dalam simpanan..??


Jumaat menjelma lagi. Apabila tiba penghulu segala hari. Semua kaum lelaki akan ke masjid. Bagi yang tahu dan mahu menunaikan tanggungjawabnya kepada Yang Satu. Untuk apa? Tidak lain dan tidak bukan. Bagi menunaikan solat Jumaat. Takkan untuk memenuhi jemputan majlis mengacau dodol dan asidah peringkat blok pula.

Sila jangan buat leceh. Aku mohon kamu semua mengerti hal yang satu ini saja. Buat masa ini.

Sesungguhnya. Banyak kelebihan hari Jumaat. Banyak perkara sunat boleh dilakukan. Banyak pahala dapat dikumpul. Sekiranya benar-benar mahu. Daripada mandi sunat sebelum Jumaat. Hinggalah memakai wangi-wangian pada pakaian. Itu belum cerita hal di dalam masjid nanti. Pelbagai ibadat sunat boleh dikerjakan dan diusahakan. Paling tidak.

Akan tetapi. Suatu persoalan sering menerjah ke benak pikiran ku. Kenapakah setiap kali Jumaat aku akan mencari selipar yang paling buruk dalam simpanan? Kah kah kah juga. Ya. Selipar jepun yang bukan berasal dari Jepun itu. Lebih tepat lagi. Selipar jepun yang murah dan sudah buruk. Juga sudah hampir putus. Juga berwarna jingga terang.

Sebenarnya. Aku bukan sengaja. Tetapi keadaan yang memaksa. Dalam erti kata lain. Sejarah lalu telah menjadikan aku lebih berhati-hati. Manakan tidak. Sebelum ini. Sudah berkali-kali selipar ku dirembat kejam oleh lahabau-lahabau yang tak sudah-sudah bersahabat dengan binatang. Tanpa belas ihsan. Lalu. Aku sering pulang ke rumah berkaki ayam.

Sementelah. Hendak merembat selipar orang lain. Tidak sampai hati. Hendak mencilok selipar orang lain. Takut dipukul dan dihenyak oleh orang kampung. Aku kan cikgu. Mana nak letak muka dan maruah pendidik aku nanti. Cuma satu. Sebagai renungan kita bersama. Adalah sunat untuk kita memakai pakaian yang cantik-cantik untuk menunaikan solat Jumaat.

Jadi. Apa kejadahnya aku berkopiah putih, berbaju Melayu baru dan berkain pelikat cap Gajah Duduk tetapi masih berselipar buruk? Ini mesti kesan pengaruh yang kuat daripada lahabau-lahabau bertangan panjang. Syak aku di dalam hati.

P/s : Lu orang jangan pelik pula. Ini cerita benar. Bukan chutia. Gambar yang gua tepek kat atas tu adalah selipar jepun yang akan gua pakai setiap kali Jumaat. Time jalan-jalan memang gua takde feel langsung nak sarung selipar tu. Mana ade makwe nak pandang gua nanti. Tapi asal Jumaat saja, ranking dia terus naik mencanak. Apa cerita bai?

17 comments:

kecik said...

ah, kerana kalau dirembat tak la sadis sangat. betul tak?

HazirahMahadzir said...

takpe wehh..niat nk pegi semayang jemaat tu dh ckup utk buat kau hensem walaupun pkai selipar jepun..kan?
C:

biskutrajin said...

hoho...kalo nek moto berkaki ayam dr masjid tiap jumaat parah gak...kang ada yg kena ekzosss...zsss

Redz da Tsar said...

Alhamdulillah... Sepanjang hidup aku kat Jerantut, tak pernah pon ada orang nak rembat sandal aku... Mungkin sebab tak menyerlah kot... haha...

Tapi ada sekali, masa aku nak sarung sandal aku, aku nampak mamat Indon tengah nak pakai sandal aku... Aku sound jer... padahal aku baru form 2 masa tue... haha...

Kalau aku lambat, berkaki ayam la aku

kojah said...

tol2...ayah aku berape kali g semayang ilang selipar...xphm tol aku...dorg nie g semayang tp jadik pencurik!!

nuyuljana said...

seb baik selipar masjid da dipotong bahagian depannya.

kalau x, aku syak selipar masjid pun dia sapu.

bokbon said...

gua haritu selipar jepun pun kena cilok, lahabau punya pencilok.

Did said...

ini semua terjadi kerana keadaan ekonomi yg mendesak. kapitalis menindas. oh,pjg sungguh jika pengkajian asal usul pencuri ini diterbitkan. solusi yg ada, memakai apa yg tak menarik di ati pencuri. tindakan anda kini adalah satu kemestian, bukan lagi keperluan.

Amy Hakim said...

Agak nya mungkin patut bagi cadangan kat khatib tuh utk bg khutbah pasal issue ini..

hik hik.

1412 said...

lain kali kau mangga lah selipar kau.

Insyirah said...

Tak pe pakai selipar jepun yg dah nak putus dua. Yg penting gi solat Jumaat.

S.YanaZ said...

Bro.,
laen kali p semayang sila pakai wedgesss.

",

Amy Hakim said...

Wedges. idea yg menarik. hahahahaha... confirm takder org curi bro!!

Don Balon said...

Masalah Malaya..
Gi solat pun nok mencuri..
Koi di Madrid dulu walau semua pakei kasut kulit takdok pulok yanc hilanc..
Yanc pegi masjid kompom oranc baik-baik..
Kebanyakannya Maghribi dan Algeria..

Ada sekali koi dalanc perjalanan nok pegi solat jumaat, 45 minit naik metro dari rumoh koi di selatan Madrid..
terserempok 2 orang budok muda maghribi yang tengoh rock lagi..
Demeh tanye koi nok gi solat ke?
Koi cakap ho'oh..
Di Masjid Estrecho..
Demeh cakak " Tolong solat ke kami sekali sambil gelok2.."..
Koi sengih je..
Kesimpulannya yanc baik ke masjid tok mencuri..
yanc kurang baik langsung tok ke masjid tok mencuri jugek..
kuikui

denanz said...

kalo pakai seliar cantek, sembahyang pun tak khusyuk. asyik ingat selipar ja masa sembahyang. dulu, sorang kawan gua, letak kasut agak2 boleh nampak sebelah kanan dia. tengah sembahyang, nampak kelibat mamat nak rembat kasut tu. terus dia berenti sembahyang, selamatkan kasut dia dulu.

CoOkiE MoNSter said...

xperr sipar buruk ponn...
yg penting niat bro... biar selekeh kat mata mnusia..tp jgn la ko pkai kain koyak lak g solat jmaat ek???

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇