Thursday, May 7, 2009

Inilah akibatnya apabila subjek Bahasa Melayu diberikan kepada cikgu Matematik..!!

Mengapakah bangsa Melayu sering dikaitkan dengan najis dadah? Mengapakah bangsa Melayu sering terjebak dengan gejala rempit? Mengapakah bangsa Melayu agak lemah dalam bidang akademik? Kah kah kah juga.

Ini jawabannya...

Kata kuncinya terletak pada perkataan Melayu itu sendiri. Melayu merupakan suatu term yang memberi makna yang sempurna. Imbuhan me dan layu digabungkan. Ia membawa maksud yang kurang menyenangkan. Sebagai contoh. Bunga itu melayu setelah tidak disiram selama beberapa hari.

Anda masih meraguinya? Cuba kita lihat beberapa contoh lain. Emak memasak di dapur bersama kakak. Anda mahu lagi? Adik memakan nasi dengan lahapnya. Kesemuanya mempunyai imbuhan me dan kata dasar masak dan makan. Ianya satu ayat yang lengkap dan memberi maksud yang jelas.

Ini bukan fakta. Tapi bukan juga chutia. Pada perkiraan aku saja. Jadi. Apabila disebut setiap hari. Maka ianya seolah-olah menjadi doa. Basah lidah. Sekiranya disebut secara beramai-ramai. Sekiranya disebut secara pukal. Ianya akan makbul. Menjadi kenyataan.

Sepatutnya. Gunakan istilah yang lebih manis dan cocok maksudnya. Seperti Menyegar. Aku melawak saja. Apa-apa pun. Aku tetap bersyukur. Aku berbangsa Melayu. Jika anda menghadapi sebarang kesulitan dalam memahami intipati isu ini. Sila rujuk ahli falsafah yang berkenaan. Paling tidak. Sila rujuk guru Sejarah berdekatan. Sungguh.

P/s : Ini cuma pendapat gua saja. Lu orang jangan pikir yang bukan-bukan pula. Gua bukan Melayu celup. Pan-Asia jauh sekali. Takkan lu orang nak suruh gua cium keris dulu baru nak percaya. Entri ni pun gua saja buat pendek. Malas nak ulas panjang-panjang. Takut nanti ada yang salah paham. Nanti mula la cari gua nak cedok perut gua pula. Senak beb kalau kena.

16 comments:

Redz da Tsar said...

Huhu...

Analisis yang agak mantap...
haha...

Kenapa Melayu ha? Selamat nama Malaysia dah tukar dari Tanah Melayu... kalau tak?

p/s: Aku rasa ini semua persepsi... Suruh dewan bahasa hapuskan makna layu dalam bahsa Melayu... Tukar maksud layu... haha...

Nizam.Ariff said...

Kenapalah dia orang tak guna nama Melaka?

Bukan ke Melaka dulu dah ada empayar kerajaan Melaka?

addyaholix said...

"me" juga maksudnya "aku". jadi bila jadi melayu, kau faham sendirilah.

tapi hujah kau hebat bro!

1412 said...

aku bukan orang melayu. aku orang malaysia. period.

Anonymous said...

mengikut dari pensejarahan iainya asal dari perkataan Moloyu. Kepulauan Moloyu ini merujuk kepada Tanah Semenanjung.

Lama kelamaan perkataan Moloyu ini menjadi Melayu bagi memudahkan lidah nusantara menyebutnya.

ianya sama saperti Melaka. Nama asalnya ialah Malakat dari perkataan arab yang membawa makna perhimpunan segala dagang.

bagitu juga dengan keadaan di Melaka dahulu. Pedagang2 yang datang dari suatu tenmpat di India bernama kalingga akhirnya orang2 ini dipanggil keling. asal dari perkataan kaling.

jika perasaan sabuah tempat di Maran Pahang bernama Paya Bongor. asal nama tempat ini ialah paya bunga. tetapi apabila tempat ini dibanjiri olih orang dari kelantan ianya berubah mengikut lidah kelantan.

cherita ini juga bukan chutia. ini sejarah.

Sila jangan buat leceh.

Kata Soekarno "Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa."

-anak muda yang baek.

Don Balon said...

Jangan aok tukor jadi Malayalam sudoh..
lain maksudnya tu..kuikui

tapi Melayu suatu bangsa yang hebat suatu masa dahulu.. dan ditambah kehebatannya dengan agamanya, Islam.

Melayus aekarang jadi kurang hebat (habat) sebab jauh dari agamanya. punto.

Did said...

melayu tukar jadi EM-YU (MU)
kahkahkah! baru glory2...
kahkahkah!
sbenarnya bukan salah cikgu matematik apabila timbul perkara ini. ini juga bukan salah ibu mengandung. ini salah mereka! (tunjuk kepada mereka)

Kikuri said...

Perghhh!!! Akademik sungguh entry kali ni... Agaknye, ape akan jadik kalu cekgu BI kene ajor BM...

samiihah said...

huhu..prnah gak tpikir pasal nih..
tp kita x leh la nk salahkn dah...
nk ubah pkataan melayu tue..mmg payah...ahaha..
papep0n kita x leh sempitkan otak kita...cara kita brfikir akan mmpengaruhi prbuatan kita..
s0,,keep it up...chayok2..kita msti jd hebat..buktikan yg bangsa Melayu x da effect ngn nma mcm tue..x kn kite nk stay cm tue smpai bila2??..=)

FarhanaLicious said...

patut tukar kpd org malaysia. atau org segar? erk

Don Balon said...

Banggalah dengan bangsa sendiri..
tapi jangan sampai jadi assobiyah.. :)

BudAk hijAu said...

hihihi...baeklah cikgu!

Suka Bebel said...

apa kena mengena melayu dengan memasak?sukati ko lah sarjono.hehe

tasikmerah said...

kita tukar ke menyegar la br ok... ha ha.


.

Amy Hakim said...

ur attempt utk buat lawak seriously menjadi bro.

me hafta read it few times sbb takot salah "me"mahami. ahahaha

*peace*

kecik said...

tiada kena mengena dengan entry

selamat hari guru! =)