Tuesday, April 28, 2009

Keranamu...


Petang semalam. Seperti biasa. Aku ke sekolah. Tujuan. Tidak lain dan tidak bukan. Bermain bola sepak bersama pelajar.

Tepat jam 5.50 petang. Perlawanan dimulakan. Seperti biasa juga. Aku mengambil posisi centre back. Ya. Posisi yang sering aku mainkan sejak akhir-akhir ini.

Perlawanan agak seimbang. Kedua-dua pasukan melakukan serangan demi serangan. Kedua-dua belah pertahanan bekerja keras. Namun begitu. Di suatu ketika. Bola tepat jatuh ke kaki ku. Apa lagi. Aku dapat melihat pasukan lawan out of position. Ketika itu. Jadi. Aku ingin melancarkan counter attack.

Untuk pengetahuan kalian yang buta bola. Counter attack adalah sejenis serangan balas secara mengejut kepada pihak lawan. Ianya sangat berkesan dan berbisa. Lebih-lebih lagi. Apabila ianya dimulakan oleh pemain yang licik dan pantas. Seperti aku. Itulah yang ingin aku lakukan. Namun ianya tiada kena-mengena langsung dengan permainan komputer Counter Strike.

Aku terus mara. Tanpa menoleh ke belakang lagi. Aku menggelecek. Seorang demi seorang pemain lawan. Persis seperti Babel. Siapakah itu Babel? Kah kah kah juga.

Kini aku berhadapan dengan beberapa orang pemain lawan. Aku dikepung tiga pemain. Namun dengan skil dan kepantasan. Aku berjaya melepasi semuanya. Sangkaan ku saja. Tidak semena-mena. Aku tersungkur menyembah bumi. Rupa-rupanya. Salah seorang dari mereka telah membentes kaki ku. Hikmat membentes kaki lembu katanya.

Aku terjatuh. Kepala ku terhentak di atas tanah. Semuanya berlaku begitu pantas. Aku tidak mampu berbuat apa-apa. Sedar tidak sedar. Bahu ku terasa amat sakit. Aku tidak mampu menggerakkan tanganku sebelah kanan. Aku dikerumuni. Sah. Aku tidak dapat meneruskan permainan. Aku terus duduk di tepi padang. Permainan diteruskan.

Setelah selesai. Aku didatangi seorang pelajar. Akmal namanya. Tapi mereka memanggilnya Siput. Entah mengapa. Dialah yang membentes aku. Sebentar tadi. Dia meminta maaf. Aku mengerti. Darah muda. Semangat muda. Tindakan gila. Aku maafkan. Sambil menasihatinya agar lebih berhati-hati. Di lain hari.

Apapun. Aku bersyukur. Bersyukur kerna tidak patah. Cuma terseliuh. Bersyukur juga kerna aku telah sedar betapa besarnya nikmat kedua-dua belah tangan. Yang dikurniakan Ilahi. Kini. Segalanya berubah. Aku memerlukan bantuan untuk melakukan sekecil-kecil pekerjaan. Tidak mengapa. Inikan ujian...

P/s : Buat pengetahuan lu orang, gua post entri ni pun dalam keadaan tertekan. Apa taknya. Sambil gua menaip, sambil tu juga gua menahan kesakitan. Dia punya perit tuhan saja yang tahu. Lagi satu. Bukan main susah nak gosok gigi skang. Asyik cedera gusi gua bila mana memberus guna tangan kiri. Aduhai.

19 comments:

mrblind said...

peh..kena bentes..hahaha..tu je gua mampu..kah kah juga..

biskutrajin said...

kasihan..

Did said...

hikmat bentesean lembu hanya mampu ditumbangkan dgn hikmat ikatan simpul kasih tali tambat lembu. kahkahkah! mungkin anda perlu belajar dari ali tahar hikmat ini. jika berjodohan, satu hari nnt benitez akan tertambat hati dgn aksimu. bagus,bersyukur dan nikmatilah kurniaan ilahi ini.

Redz da Tsar said...

Kesian...

Takpe2...

Adt la main bola...

Orang yang star mmg selalu dibentes... Tgk la Torres atau Ronaldo...

Tapi, aku tak kata ko star... haha....

1412 said...

itu baru lawan budak-budak. kalau lawan team orang dewasa entah patah riuk.

moralnya, bermainlah secara berpasukan.

kecik said...

cikgu, gila kesian ah.

by the way, tak boleh panggil budak akmal tu siput la. tak mcm siput pun

Fiziy said...

mane aci, lawan ngan budak kecik.haha

.::c!kzUrA::. said...

huhu...
moga cikgu cpt sembuh!

IS said...

Sungguh tak siput, si siput itu!!

farah sr said...

sah gosok gigi tak berapa nak bersih, kan?

Anonymous said...

sila jangan buat leceh.
kerana kamu cedera gua tak dapat jadi striker.
gua kena ganti lu main bek persis ali tahar. kahkahkah.

dari jalan kopi yang baek!!

Ahmad Azrin Aziz said...

kesian lu..

Suka Bebel said...

babel tu laju ke?lembab ada la, torres memang ye.lenkali ko tebas kaki siput tu plak pastu tunggu je mak bapak dia datang rumah.siapkan kopi dan biskut seadanya buat mereka.hehe

poyotito's said...

baler..
buas betul siput zaman skang..!!

Don Balon said...

Padel..
kira kujor lagi la aok kena tangan kanan..
kala kena tangan kiri..
sanggup ke basuh b**** tangan kanan..
baler..
koi tok sanggup lalu...kuikui

jangan maraa aaa..
rodonc2 bagi semangat.. :)

Don Balon said...

silak taip pulok..
kujor=mujor..

tengku_fir21 said...

huhu..sabor ler ckigu....
saya doakan yang terbaik utk cikgu...moge cepat sembuh!!!!

rOhock said...

padelkopak semakin melayu tetapi jitu...hahaha

baby_gagap said...

ptut r senjak 2 menjak n!e kung jew g!g!....
hahahahah.....
len kly jgn gelojoh..
huhuu....