Monday, April 20, 2009

Nasi minyak yang berminyak


Sejak akhir-akhir ini. Ramai sekali rakan dan taulanku yang tewas. Apakan tidak. Saban minggu aku sering sibuk. Sibuk meluangkan masa membuka sampul surat yang mengandungi kad jemputan kahwin mereka. Makanya. Mereka tidak lagi membujang seperti diriku.

Aku melawak saja. Ini bukan urusan main-main. Ini urusan dunia dan akhirat. Ini urusan sekali seumur hidup. Ini urusan antara hidup dan mati. Yang pasti. Ini bukan urusan antara dua darjat. Apapun. Aku ingin merakamkan ucapan tahniah. Seru mereka sudah sampai agaknya. Baguslah begitu.

Aku terus begini. Keinginan sudah ada. Namun calon juga yang tiada. Apakan daya. Apakah seru aku tak sampai-sampai lagi? Kah kah kah juga...

Pada hakikatnya. Aku sedikit kecewa. Bukan kecewa seperti Hang Jebat kepada sultannya. Bukan juga kecewa seperti Alex Ferguson terhadap anak buahnya. Jauh sekali. Tetapi kecewa yang sungguh-sungguh. Ini kerna setiap jemputan masih belum berjaya aku tunaikan. Maklum sajalah. Sibuk dengan urusan duniawi. Praktikum. Ya. Alasan yang aku sendiri sudah loya menyebutnya.

Seperkara. Berkaitan kenduri kahwin. Aku sering naik minyak. Manakan tidak. Sajian wajib adalah nasi minyak. Mengapa mesti nasi minyak? Kenapakah tidak digantikan saja dengan nasi paprik? Kenapakah tidak dihidangkan dengan nasi kerabu? Kenapakah nasi putih berlaukkan ikan keli masak cili api sering dipinggirkan? Kah kah kah juga.

Sayang seribu kali sayang. Aku dengan nasi minyak memang tak berapa nak serasi. Sudahlah berminyak. Naik kembang tekak dibuatnya. Andai kata. Tersedia nasi putih dan nasi minyak dalam satu majlis kahwin. Pasti nasi putih menjadi pilihan hati. Andai kata juga. Terhidang ayam KFC dan nasi minyak dalam satu kenduri kahwin. Pasti ayam yang berasal dari Kentucky mendapat tempat di hati. Itu sudah pasti.

Tapi ada baiknya. Nasi minyak tetap nasi minyak. Tradisi tetap tradisi. Biarkan nasi minyak dengan kenduri kahwinnya. Jangan kenduri arwah sudah...

P/s : Minggu ni minggu last gua berpraktikum ya kawan-kawan..!! Lepas ni, sapa-sapa nak jemput gua menghadiri majlis walimatul urus dengan segala hormatnya dipersilakan. Gua pasti datang menjelma. Kena plak menu sajian nasi ayam. Memang favourite gua. Amacam?

13 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

Tak ada calon ke???

ke memilih???

nasi minyak tradisi yg xmungkin boleh diubah....

selamat berkenduri

hihi..

pjoe said...

try la nasi kerabu
hehe

Did said...

kenduri member aku kat johor 2 mggu lepas dia hidang nasi ayam. jgn terkejut kerana kini sudah ada pelbagai jenis nasi terhidang di kenduri kawin. jika tidak percaya, sila tanya saya. kahkahkah!
padel,ko takde calon ke? ramai jek yg nak masuk meminang ko nih...

biskutrajin said...

kenduri ko la buat nasik paprik 2..

mrblind said...

takkan nak bakar satay pulak..hahaha

FarhanaLicious said...

cepat cepat lagi cari. tak pun bukak satu pertandingan kat blog ni, cari jodoh. eheh!

tak kesah la nasi minyak ke nasi lemak. janji ada dalca umbut nyior, mesti sedap. haih! lapar.. lapar..

shampd said...

nasi minyak dan air sirap memang menu wajib.terpaksa la makan x kan nak salam kokot x makan ape2.

kecik said...

eh.selalu gua pergi kenduri kahwin dia sediakan 2 pilihan. nasi putih atau nasi minyak

Don Balon said...

padel..
tok semestinya weh..
tempat koi kadanc2 bila doh cuti sekoloh muok makan guley daging ada oranc buat guley ikan patin.. ikan tamban ape semmer..

koi sendiri kenduri dulu siap buat daging rebus cicoh air asam..
nok mengilancke loya org macam aok la.. kuikui

tengku_fir21 said...

huhuhh...
kena mandi bunga kot!!!huhuh
rileks ler...kawen blm tentu bahagia...bercinta blm tentu berkahwin...

i k a said...

cam best jugak idea kenduri kahwin ade kfc.hahha

=))

Kak Long said...

orang dah bagi makan free banyak soal pulak..bersyukur aje la. apa la, patut pun takde org nak..memilih sgt. huahuah!! (gurau je ngah!)

IS said...

Harap? jemputan lepas ni ada 2 pilihan nasi... amin.