Thursday, December 11, 2008

Sepetang bersama brader car wash

Tengah aku khusyuk membaca paper. Sambil menunggu kereta aku siap dibasuh. Tiba-tiba terdengar suatu perbualan yang sungguh common dan bersahaja tetapi amat menusuk di kalbu.

"Nak basuh kereta luar dan dalam ye...", kata seorang pelanggan yang sudah level pakcik-pakcik sambil memaparkan riak muka yang begitu mengharap.
"Sori bang, sabun habis...!!", balas brader car wash kepada pelanggan tersebut.

Apa kejadah semuanya ini? Kau nak berniaga atau tidak? Aku betul-betul tak faham. Tak faham dengan sikap dan mentaliti orang kita. Melayu kita. Memang asal boleh saja. Tak pernah bersungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tak profesional langsung. Pendek kata.

Aku yang terdengar perbualan tu pun terasa nak marah. Tidak semena-mena. Pakcik yang menerima jawapan bersifat foolish itu. Aku rasa lagilah berganda-ganda rasa amarah yang terbuku di hati. Tapi pakcik tu dengan bersahaja meninggalkan tempat kejadian. Cool habis. Memang brader car wash tu bernasib baik.

Apa mungkin pakcik itu sudah tidak mempunyai perasaan lagi? Atau mungkin beliau sudah memang lali dengan jawapan sebegitu? Mungkin juga. Aku membuat tekaan secara serkap jarang. Tapi aku pasti. Kerna aku sendiri sering mendengar ungkapan yang serupa.

Bukan takat tu saja. Tertera di banner. Waktu perniagaan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang. Tapi masalahnya setiap kali aku datang menjengah jam sepuluh pagi tak pernah buka. Datang bertandang belum pukul enam petang. Apatah lagi. Premis dah tutup. Apa cerita?

Korang rasa dengan attitude sebegini. Boleh kah bangsa Melayu berjaya dalam bidang perniagaan? Kah kah kah juga...

P/s : Lu orang jangan pelik plak. Apahal tetiba gua boleh post entri ni. Ni pun gua cilok-cilok masa terluang je brader! Kebetulan kelas gua batal. Kalau tak jangan haraplah...

32 comments:

razor said...

kalau semua pelanggan mcm ko, x lama lg bankrup terus...

teddi said...

btol2 aku sokong razor
emm kalau semua kedai macam mane
xde tempat lah jawapnya

FarhanaLicious said...

waaaaaaa...
rindu betul gua pada lu.
HA HA HA
oke,
orang zaman sekarang, biasalah.
asalkan tiap tiap bulan ada duit masuk poket.

Don Balon said...

Padel..
koi pulok deme gelokkan keta koi yang kotor all-out bila koi hantor ke deme suruh basuh..
akibatnya..
kirim salanc je la koi nok basuh situ lagi..
takkan koi nok cuci bersih-bersih baru hantor ke kede deme?

ah tok said...

customer is always right

yoshz said...

haha. pastu kompelin taknak tolong bangsa sendiri. pidaaahh

John Doe said...

caitt..

hajime said...

racist siut...
cina pun ade jack...
serius...
aku dtg...
kuar makan...
3 jam aku tunggu!
apekah?

penanya (?) said...

itu namanya me-limit-kan pendapatan-badjet. antara sebab mngkin brader car wash ckp mcm tu,

1) dia bkn boss

2) belum bersedia untuk upkan badjet.

3) penat orang siapa tahu brader~~~

kojah said...

tue la melayu xpenah serius dgn pe yg dorg wat...

Dzulkarnain Mohamad said...

sebab kita melayu..kita berani komen peniaga melayu jek..

peniaga cina? hah cekik darah!!..rasis ke?

Anasir said...

aku rasa baik dia buat MLM...amway ker CNI ker uptrend ker

boleh buat ikut suka ati dia masa mana pon..

pastu cari 2 kaki letak kat bawah..

haha

Did said...

mungkinkah dia tidak mempunyai dana modal yg mencukupi utk membeli sabun?? mungkinkah kegawatan ekonomi dunia membuatkan mereka menghadkan pengambilan pelanggan? apekah itu strategi utk menekel lebih byk kereta utk dibasuh di masa hadapan sekaligus menjana ekonomi poket mereka?? apekah??!!

sarloamd said...

lain kali basuh kereta sendiri.

artsoul said...

mmg mcm tu punn...dah jadi tradisi..

ehem,salam kenal..

kotak-katik said...

mungkin dia menyahut seruan kerajaan tu.

masa untuk berubah!

hahaha.

*nek beskal*

zairi said...

kelas batal? tu pun punca nak melemah kan kepal hotak kaum melayu. baru nak belajar,kelas tutup cikgu nak pi update blog.kahkahkah jugak.

Izzah Abd Malik said...

oho..patutlah, kelas batal...=)

l.i.f.e said...

aik...dah lama tak de entry, tau2 kluar entry marah2. isks isks isks

hafiz said...

tak kesah apa2 jenis bangsa atau jenis tak berbangsa. kalau nak meniaga kena ada attitude.

Suka Bebel said...

adat orang kita meniaga mmg begitu, sgt menyedihkan.aku tak leh lupa sorang penghantar roti berbangsa cina menghamun tuan punya kedai yg dah tengahari lum bukak bukak lagik. dia tanya dengan penuh geram "mau meniaga ka tak mau meniaga??!!"

Goldfish Syndrome said...

hahaha
aku pun benci kedai bukak lambat pastu tutup cepat
lagi bengang klu service/barang asek takde
haihhh

~soot~

cik bulan said...

mmg dah tipikal melayu aku rasa. byk kali aku terkena case cam gini. tp ade satu case yg aku tak pernah lupa. masa breakfast, aku dan keluarga aku nk order nasi lemak telur mata. pastu die jwp, "telur ade 2 bijik je"
aku mmg x leh terima, dah nama kedai makanan. x kan ada 2 biji je kot telur? haih.. dah la waktu pagi, klo waktu lewat mlm le terima lg kot-kot laku sgt telur kedai ni kan sampai abis stok.

nway, aku dan abg aku agak terbahak la mase tu (c leh cover) bile makcik tu jwp ade 2 biji je.

poyotito's said...

orang jual abc kampung gua ni pun sama. datang je air batu takda.
apa kes datang minum sirap?

tasikmerah said...

datang bulan kot dia nih....



errkkk!!!..



he he.

Pecah Kepala said...

mana lu menghilang? gua lama tak baca entri lu.

sabun habis? dem. macam mana dia nak mandikan kereta lu?

denanz said...

banyak sangat guna sabun tu. tu pasal cepat habis. har har har.

so0tspirit said...

wei, hapdet! haha

biskutrajin said...

dlm bilek gru ade pc sorg satu+tenet eh?

BudAk hijAu said...

emosi ah lu...kui3...

kojah said...

ble nk hapdet nie??

tengku_fir21 said...

huh...tk boleh berjaya klu malas..