Wednesday, February 18, 2009

Penceramah bebas

Maghrib tadi. Aku dijemput untuk menyampaikan tazkirah. Bertempat di surau sekolah. Tajuk. Faedah bersukan. Maklum sajalah. Aku kan guru sukan yang dihormati.

Pada mulanya. Aku rasa cool dan steady. Tapi apabila pengerusi majlis mula berkata-kata. Mula menabur janji manis. Mula memaklumkan kepada hadirin. Aku terus berasa cuak. Kenapa? Apa tidaknya. Aku digembar-gemburkan sebagai seorang yang bukan calang-calang. Seorang penceramah bebas.

Walhal. Hadirin hanyalah pelajar-pelajarku. Walhal lagi. Bilangannya cuma mencecah kurang lebih seratus orang. Tak ramai mana..

Sebaik saja aku memulakan bicara. Perasaan gementar tadi semakin berkurang. Berkurang bersama waktu yang berlalu. Pendek kata. Aku berjaya melangsaikan amanah sehingga ke akhir rancangan. Respon yang aku terima. Sebaik sahaja selesai solat Isyak. Berinformasi. Menghiburkan. Menyeronokkan. Maknanya? Aku memang berbakat...

P/s : Gua terus terang ni brader..!! Ni bukan cobaan lagi. Gua memang busy tahap dewa skang ni. Sibuk dengan urusan duniawi yang dipanggil PRAKTIKUM. Tak tau? Tanyalah kepada encik-encik pendidik yang berhampiran. Jangan bertanya di rumah urut sudah...

13 comments:

Nizam.Ariff said...

Ceramah diakhiri dgn baca talkin beramai-ramai tak? hahaha

Kikuri said...

Tahniah! Kerana anda berjaya menjadi seorang penceramah. Aku memang takleh cakap kat depan, esp time assembly. Rasa nak terkucil aje!

Kalau nganjor tu, lainlaaa...

Suka Bebel said...

tak lama lagi buleh la buat ceramah kat stadium plak.hehe

BudAk hijAu said...

wargghhh!!jd penceramah pulak!

ada perkmbngn..hehehhe.

selamat ber-bz yer...

kecik said...

praktikum. oo tau2!
ps: dtg bg ceramah kat sini. mau ke?

tasikmerah said...

bz kalah pm tau...! he he.


.

tengku_fir21 said...

caya lah beb...!!!

mrblind said...

cikgu merangkap penceramah bebas la lu ni ye..bravo..

tengku_fir21 said...

lepas nie blh ler panggil buat ceramah kt sekolah aku....

FarhanaLicious said...

wah. nanti boleh wat ceramah kat rancangan sukan kat TV1

Izzah Abd Malik said...

nak datang ceramah kat kolej saya tak?haha:D

BLOG GENERASI FELDA said...

Tahniah blog anda telah disenaraikan didalam Blog Generasi Felda, diblog generasi felda, telah dikumpulkan hampir 100 blog dari pelbagai aliran
pemikiran dan umur, diharap anda akan lebih rajin menulis, kerana kini blog anda akan dibaca oleh lebih ramai org.
terima kasih .

dari jalan telawi ke jalan kopi said...

tahniah!! kamu bagaikan ramlang porigi. kahkahkah. cun. cantek. bergertah. bergergar. bergertah. kahkahkah.