Friday, September 5, 2008

Sweet September...

Semalam adalah hari keramat bagi aku. Semalam yang hangat. Tepat jam 12 tengah malam 4 September 2008. Genap aku berumur 25 tahun. Maknanya sudah 25 tahun aku melata di bumi Tuhan ini. Alhamdulillah. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan oleh Al-Khaliq untuk terus hidup sebagai khalifah muka bumi.

Tiada apa yang menarik berlaku sepanjang hari. Melainkan menerima mesej-mesej hari jadi di talipon, mengapprove komen-komen bergambar yang turut berbaur hari jadi di friendster dan sekeping kad hari jadi buatan sendiri oleh pelajar. Tiada kek coklat berkrim disukai ramai, lilin usia membakar diri dan hadiah berbalut kertas licin berkilat mahupun nyanyian lagu Selamat Hari Jadi kedengaran berkumandang. Namun aku tetap gembira seadanya. Kerana masih diingati dan dihargai oleh sanak saudara, rakan taulan dan orang sekelilingku.

Apa yang menarik perhatianku adalah kad hari jadi buatan sendiri yang telah dihadiahkan oleh pelajar. Ianya kecil, mantap dan lebih terampil. Walaupun ia dibuat hanya daripada sekeping kertas A4. Kesungguhan dan keikhlasan jelas terpancul pada kad tersebut. Juga pada riak wajah mereka ketika menghulurkannya kepada aku selepas waktu sekolah. Siap kaler pink dan beropol-ropol lagi. Aku ingin berkongsi mengenai isi kandungan kad tersebut. Yang pasti tiada prakata di dalamnya. Begini bunyinya...

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke-25.
Kami ingin memohon maaf jikalau ada salah silap, terkasar bahasa dan tingkah laku kami selama ini.

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Semoga bahagia di samping keluarga yang tersayang.

Semoga berjumpa dengan gadis Melayu terakhir.

Kalau dah kahwin, moga-moga dapat baby yang comel macam kami.

Ikhlas dari anak muridmu...

Kah kah kah. Aku tergelak besar membacanya. Manakan tidak. Pelajar ku ini sudah pandai menyindir sinis cikgu mereka. Menyelam sambil minum air kata mereka lagi. Sah aku terkena. Aku dihimpit rasa bingung yang amat. Bagaimana mereka ini sudah pandai membuat lawak A R Tompel di era Islam Hadhari ini? Tidak pernah pula aku mengajar teknik-teknik membuat lawak spontan di dalam kelas. Seingat aku. Dasar lawak siapa yang ajar begini? Aku redha. Baik buruk mereka tetap anak muridku.

Di sini aku ingin merakamkan terima kasih yang tak terhingga kepada kalian berempat dan orang persendirian yang sudi menghamburkan kata-kata keramat 'Selamat Hari Jadi'. Akan aku kenang sampai mati. Aku doakan kalian beroleh kejayaan dunia akhirat. Amin. Asal tetiba aku emosi plak ni? Sentimental betul.

P/s : Tapi sudah ada teman seperjuangan yang sudi dan berkenan mencemar duli untuk belanja aku di maktab kelak. Tak sabar rasanya. Siapakah gerangan berhati mulia itu? Lu pikir la sendiri...

10 comments:

kak wa said...

dah jumpa ke perempuan melayu terakhir? tapi kenapa la budak2 zaman sekarang ni kan jauhnye berpandangan kan

kak wa said...

macam dah tau je sape yang nak belanja kat maktab tu

padelkopak said...

kalau dah tau tu....diam-diam jela kan!!!hehe...nanti tak grand la...

Farid Abu Talib said...

kah kah kah.apa punya turr.sila tanya murid itu sama ada mereka mempunyai kakak yang cun lagi bergetah.kalau ada boleh kita berkenalan.Saya juga masih solo dik.kalau tak percaya tanya chenta hati saya.

untuk gurunya : selamat menyambut kemerdekaan ramadhan dan hari lahir.

normohd said...

25 tahun dah ek.......

walhal aku yang dah berumur 25 tahunjgk tahun nie,,,

perjuangan kita masih panjang di sma al hasanah

padelkopak said...

sekali lagi en pared...ingin saya tegaskan di sini...'gadis yang cun dan bergetah itu sudah mengenali ibu saya'...kenyataan siapa ini? lu pikir la sendiri!! hahaha...

neway, thanx 4 all da wishes...

yoshz said...

weh...apsal ko nye entri bday sama mcm entri 'hari jadi hadi' aku?

tiru kite eh.....

p/s; happy belated bday!

aRe You? said...

hepi belated bday...

dah tua..meh sini kasik address umah..
nak dtg mintak duwit raya..

:D

CoOkiE MoNSter said...

hepi belated birthday!...nak gak wish walopon baru 1st time enter this blog. heheheh!

padelkopak said...

normohd,
ye mmg kite sebaya!!tp ko da kawen aku blom??so aku maseh bebas....

yoshz,
tq...hahaha...ape barang tiru2 nih!! anggap je kebetulan...

ayu,
makacih daun keladi!!maaf aku xde alamat...maklumla duk dlm hutan...

cookie monster,
sama gak...time kaceh....2nd time, 3rd time sume boley!!silakan...