Sunday, September 7, 2008

Sahur yang suram

Sahur pagi tadi merupakan sahur yang paling suram setelah aku berjaya bangkit selama tujuh hari. Sahur ketujuh yang suram. Jam talipon aku berbunyi. Aku terjaga tepat jam lima pagi. Tapi nak buka mata sikit punya susah. Rasa macam dah kena gam gajah. Aku gagahkan diri bangun. Terus kejutkan mak aku. Pastu slumber je aku landing balik atas katil.

Tup...tup...adik aku datang kejut. Jarum jam dan minit sudah menunjukkan angka lima dan tiga. Maknanya aku dah tertidur selama lima belas minit. Apa lagi bingkas aku bangun. Cuci muka dan terus berlari-lari anak ke arah meja makan. Aku pandang nasik. Nasik pandang aku. Memang tak boleh blah. Biasanya aku steady je sumbat empat lima suap nasik. Tapi ntah kenapa aku rasa cam mual gila. Koma gila. Aku ni memang jenis yang tak reti makan nasik masa sahur sebenarnya. Biar lauk mantap macam mana sekalipun. Aku pandang sebelah mata je. Bila dah tintong, selera pun hilang.

Walhal sahur tadi lauk sikit punya baik. Udang masak pedas, terung masak pedas, ikan goreng talapia, tembikai cicah sambal ikan bilis dan milo panas. Tapi tetap tak boleh masuk. Sempat satu dua suap aku dah give up. Tak makan takut lapar. Jadi aku beralih arah. Kentang goreng dan sosej menjadi pilihan. Boleh blah sket. Tapi standard alas perut je la. Aku tak tahu sampai bila boleh bertahan. Tunggu dan lihat apa reaksi perut aku nanti.

P/s : Sebenarnya malam tadi aku tidur jam dua lebih. Ralit sangat surf internet. Aku rasa itulah punca kenapa aku rasa lesu semacam. Tapi sampai jam dua ni perut aku masih steady. Syukur.

12 comments:

Farid Abu Talib said...

mamat yang menulis ini memang cool dan steady.lebih cool kalau sahur ada ikan keli masak pedas.badan lesu hati gundah pun boleh taruk dua pinggan.

normohd said...

walaupun dia cool.
tapi rasaku mamat nie penakut bangat...............hahahaha
selamat berpuasa

kak wa said...

patutnye kena bersyukur dengan apa yang ada, cuba anda bayangkan di luar sana ada yang tak makan, cuba bayangkan............
apa2 pun memang ye kalau dah tak boleh nak dimakan jangan dipaksa.

padelkopak said...

yup...kita memang patut bersyukur dengan apa yang ade. tp ikhlas. memang da tak boleh blah. takpe. sahur yang mendatang akan aku cuba untuk menyantap segala macam juadah. tp kalau dah pekena keli masak pedas memang selera sket...

MJ said...

udang masak pedas kau boleh cakap kau takde selera nak makan??? cuba duduk holland nie hah!!!!!

Eiiii.... tensen nya aku....
Dah duduk europe baru tahu betapa sedapnya udang masak pedas, talipia goreng dan segala sambal2 tuh tau tak!

Sedih... nak makan nasik lemak sambal kerang tak dapat....

padelkopak said...

mj rileks la. aku paham perasaan ko. kita kurang menghargai sesuatu benda tu bile kita tak pernah rasa kehilangannya. rite??

nanti bile ko balik malaysia aku belanja ko nasik lemak sambal kerang. amacam ade berani?? hehe...

aRe You? said...

wow...sume mau pedas...
surrender ah cam ni :P

try ah sahur minum segelas susu + semangkuk coco crunch +3 bijik kurma

hihihi....

shahril mohammad said...

tembikai cicah sambal?
ape tu?

nordee said...

yelah...kalau saya pun makan nasi sahur ada rasa mual2 tu..cam mengandung pulak bunyinye..hehe

padelkopak said...

farid,
kan dah aku cakap awal2 lg kt ko tempoh hari....

normohd,
ye mmg aku takut giler kt cicak!!adusss...

ayu,
ok thanx!!sahur ni aku try...tp aku xde coco crunch....hanya cornflakes, boley??

shahril,
tembikai tu aku cicah ngan sambal ikan bilis...mmg syok!!makan ngan nasik...xkn mkn ngan kurma plak...

nordee,
naseb baek aku x bley mengandung!!! klu x dua kali mual...huhu...

farah aminuddin said...

pyh bangun sahur la ni..wakaka

padelkopak said...

bukan payah.....cuma liat sket jep!! huhu...