Tuesday, September 16, 2008

Pulanglah

Esok cuti umum. Esok aku gembira. Esok aku balik kampung. Melawat atok dan nenek. Melawat sanak saudara. Melawat kucing dan ayam kampung beserta reban usangnya sekali. Sudah agak lama aku tak balik. Jadi aku teruja. Sangat-sangat teruja. Itu sudah pasti.

Atok dan nenek aku tak berapa sihat. Terutamanya atok. Jadi aku nak sangat berjumpa mereka. Bertanyakan khabar dan menziarahi mereka. Bertanyakan khabar yang sungguh-sungguh. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Sungguh! Aku tak tahu bila lagi aku boleh ketemu dengan mereka. Aku juga nak ambil kesempatan untuk merehatkan jasad dan minda di kampung. Di sini segalanya tenang. Sawah padi dan bendang saja yang kurang.

Sebenarnya atok aku sudah lama menghidap penyakit lelah dan beberapa cebis penyakit yang lain. Keadaannya juga agak kritikal pada masa-masa tertentu. Waktu puncak. Aku sangat simpati dan empati. Aku cuba sedaya upaya membantu yang termampu. Kalau boleh nak tengok atok kembali tersenyum lebar. Seperti dulu-dulu. Membuat jenaka yang bersahaja. Menghambat ayam-ayam ke reban. Mengait rambutan di dusun. Itu sahaja.

Aku sebenarnya dibesarkan oleh mereka. Sedari kecil. Lebih kurang enam tahun lamanya. Jadi tak hairanlah chemistry antara kami sangat kuat. Sehinggakan aku menggelar nenek sebagai 'mok'. Sementelah itu, kepulangan aku kali ini diselitkan dengan niat ingin berbuka bersama. Tak hairanlah. Di sini lauk-pauknya tidak seberapa. Cuma lauk kampung. Cuma ulam kampung. Air batu kekadang tiada. Tapi aku suka. Ntah kenapa. Aku menyeru korang untuk mengambil kesempatan yang sama. Pulanglah...

Selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada semua umat Islam. Hari di mana Quran diturunkan. Jadi marilah sama-sama kita menghayatinya. Memperbanyakkan bacaan Quran. InsyaAllah. Renung-renungkan dan selamat beramal...

P/s : Mok dalam loghat Pekan (iaitu salah sebuah daerah dalam Pahang) membawa maksud mak. Jangan buat pandir. Korang jangan ingat momok pulak. Nanti aku karate tengkuk sorang-sorang. Baru tahu. Aku tengah emosi ni...

20 comments:

kak wa said...

kesian dekat mok, orang sakit lelah atau semput atau asma ni memang teruk kalau berada di 'waktunya'. sungguh meletihkan sebab kak wa pun memang ada penyakit seperti tuuuuuu. moga cepat sembuh

Rock Oi! said...

anda sedang emosi? tapi jgn kadar seperti wanita sedang period ya...selamat melawat ayam2 di kampung..kalaua ada itek,jgn lupa membengkes kakinya,itu tanda gurauan kaseh sayang bagi 2 insan yg sudah lama tidak ketemu!!

rahimin idris said...

aku pun panggil mok juga la. aki ngan wan tak de dah..selamat balik kampong!

ah tok said...

Kim salam atok dan nenek.
Cakap ah tok kirim salam.
Assalamualaikum...

Did said...

Aku sebenarnya ingin pulang tapi apakan daya aku mmg dah terperap kat umah org tuaku. jadi stiap kali aku bgn tidur,aku akan pulang. sbnarnye lauk berbuka tidak penting tapi cara berbuka yg lebih penting jadi ia akan memberikan makna yg begitu sentimental. aku paham...aku paham...

Soot Spirit said...

semoga atuk dan nenek kau cepat sehat~
besh uh, atuk aku da takde lagi :(

btw jgn emo2 oke!

si kachak suparjo said...

oi oi!
Lauk kampong la best.

Best la ko, ade atok & mok lagik.

yoshz said...

Pekan tu kampung sangat ker?
Bukan maju jugak ker?

Redzwan Abdullah said...

Pulanglah....
Kome ada sorang wan je lagi...
Wan dan aki sedara tue lain citer la...
Anyway, enjoy la kat kg. tue...
Kampung katne ha?

MJ said...

You are a good grand son!

Dah tak ramai dah cucu2 bertanggungjawab mcm kau nie skang.

Aku dah takde atok dah, tapi atok aku pun best jugak. Baca post kau nie, tetiba buat aku rindu kat nenek and onyang aku kat kampung.

kan dah rasa nak nangis nie!!!
Benci betul la...... Ingat kampung aje nak nangis... ingat kampung aje nak nangis...!!!

l.i.f.e said...

hhhmmm tadi rasa macam dah letak komen sini...mana ke peginya
hambat ayam itik tu elok2, jangan jadi mcm aku tak cukup tanah nak lari kena kejar dek angsa
btw, wish u safe trip. pergi dan pulang dengan selamat

generasi said...

emm kalau boleh lawat lah selalu atok dan nenek yangmasih hidup xmcm sye atok dan nenek dah xde

hajime said...

dem...
aku x rase dah feel balik kg ni...
ari2 aku balik kg!
isk...

Farid Abu Talib said...

pekan tu kampung najib tun razak. kahkahkah bakap PM kita. kahkahkah. sungguh menggiurkan seinggah selama dua hari satu malam di kampung kamu. lauk ikan msk pedas dan gulai ayam sambil menghirup air sirap sayang selasih patut dirayakan setiap tahun. membentes kaki itek dan memangkah kaki ayam satu kenangan yang tidak bisa saya lupakan. ayuh mendobrak dunia.

padelkopak said...

kak wa,
a'ah...mmg teruk bila datang lelah tu!!kesian nengok...tq...

rock,
aku dah bengkes kaki itek....tp x puas!!lalu aku membentes kaki lembu plak...

rahimin,
org pahang standard panggil mok....tq bro...

ah tok,
insyaAllah...mulia sungguh hati kau ye ah tok!!mcm aku juagk...

did,
ya betollllll!!!aku paham jugeeee...

soot spirit,
thanx!!realy apreciate it....aku dah x emo skang.

suparjo,
tau xpe!mmg best lauk kg...walaupun simple.kena plak gulai ayam kg.meleleh beb!!

yoshz,
slow la ko yoshz.pekan tu daerah.jadi kg aku ni jauh dr bandar pekan tuh.hehe...

redzwan,
tq.kg aku kt paloh hinai, pekan.ko tau ke?

mj,
thanx mj.biasa la aku kn baik.hehe.ko teringat?sabar jela k...

life,
xper.aku nak hambat ayam je.itek dan angsa tidak terlibat langsung dlm hal ni.hehe.neway, tenkiu!

generasi,
yup aku akan selalu melawat mereka.lebih kerap drp aku melawat kota A Famosa di melaka...tq...

farid,
sayang selasih juga!!!anda berminat?ptg nanti saya buatkan lg air sirap yg sama...jgn x minum lak.nanti sumbat atas bawah...

t.a.t.a said...

embah aku ada lagi, tapi tak ngam! dia embah tiri, dari aku kecik smp dah besau ni dia masih lagi beza² kan taraf kitorg. skang ni gi rumah dia setahun skali je, itu pun sebab raya and sebab tradisi tu arwah abah aku yg mulakan, even embah aku wat dek je ngan abah dulu.

en_me said...

sonoknyerrr balek kamfongg.. kanns

poyotito's said...

peh..boleh pulak lu cakap lauk kampung tak best.
lauk kampung la terbaik dari ladang wei!!!!

tuantanah said...

saya insaf.

padelkopak said...

tata,
apalah nasib ko kan?sian betul aku...xpe adjust kasi ngam thn ni.

en_me,
sori aku x reti wat suare sengauuu....hehe.

poyotito's
maksud aku lauk die x glamor...tp 4 sure la mantap gileeee!!

tuan tanah,
marilah kite insaf bersama-sama...