Monday, September 29, 2008

Segalanya sempurna?

Di suatu malam Ramadhan. Macam biasa. Aku ke surau untuk menunaikan solat Isyak berjemaah. Beserta solat sunat terawih. Lokasi. Surau Sg. Isap Perdana.

Sesampainya aku di sana. Aku kagum melihatkan kesungguhan ahli jemaah surau. Terutama kaum hawa. Walaupun ketika tok bilal sudah melafazkan iqamah. Mereka masih tekun membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga, cawan gelas dan sudu garpu. Aku hairan. Mengapa mereka begitu bersahaja. Seolah-olah tidak mengendahkan solat Isyak yang bakal didirikan. Tidak takutkah mereka dipanah petir kelak?

Aku cuba mengerti. Pasti mereka 'cuti'. Aku bersangka baik. Aku mengandaikan surau itu telah mengadakan majlis berbuka puasa. Setelah aku amati. Aku pasti. Jadi tidak hairanlah mereka bertungkus-lumus mengemas segala peralatan.

Di suatu sudut. Terdapat selonggok pakaian terpakai yang telah dikumpulkan. Untuk didermakan kepada insan yang memerlukan. Insan yang menginginkan. Insan yang mengharapkan. Sungguh prihatin. Aku mengagumi usaha dan semangat mereka.

Malam itu. Segalanya sempurna. Aku dapat melihat kesungguhan manusia membantu manusia. Kesungguhan manusia menyelesaikan tugasan mereka. Juga kehadiran jemaah yang ramai dalam menghayati bulan mulia. Aku gembira.

Tetapi kemeriahan malam itu sedikit tercemar. Tercemar dek peristiwa bakal kehilangan selipar. Tercemar dek kekecohan suara kanak-kanak yang terbiar. Tercemar dek bunyi pekik lolong mercun yang liar. Apakah patut dibiar...?

P/s : Tapi aku tak sempat terawih pon. Lepas Isyak aku terus balik. Nak tengok bola punya pasal. Hampeh!!

8 comments:

Si Kachak Suparjo said...

Ah, ko pon sm gak!

cHreT!

Selamat Hari raya wey!

aRe You? said...

tu name nye x sempurna....hahaha

ibrahim_n said...

kita memang boleh berkawan baik...
selamat hari raya

generasi said...

hampeh tgk bola..
mesti team ko sokong kalah sbb balasan xsembayang terawih

l.i.f.e said...

hahahaha
harap2 anak murid tidak ikut perangai chegu padel yang nakal!

hafiz said...

bro padel! Aku ucapkan Salam Idulfitri Maaf Zahir dan Bathin! hati-hati di jalanan dan teruslah merayakan hidop dan kehidopan!

penanya (?) said...

benci sial sfera bodoh yang dikejar2 oleh lelaki2 sasa! huh~

salam aidilfitri dari aku dan isteri2...

padelkopak said...

suparjo,
apa yg samanya??selamat hari raya..

ayu,
ek??okla bolehla...

ibrahim_n,
ayuh kita berkawan!!!hahaha...

generasi,
nak wat cmne bro...dah mmg gila bola!!!tp team aku mng tuuu...

life,
saya nakal ke??xlah...sayalah cikgu yg plg budiman...

hafiz,
tq bro!!selamat hari raya jugeee...

penanya,
jgn la benci2...x baik!!ni kan hari baik bulan baik...