Friday, September 19, 2008

Gembira kuasa dua

Aku gembira. Gembira kuasa dua. Apakan tidak. Baru saja pulang dari kampung tercinta.

Misi aku berjaya. Keinginan berbuka bersama ayah dan ibu kepada mak aku kini tertunai jua. Sempat aku berterawih di sana. Sempat aku bermalam di sana. Sempat aku bersahur di sana.

Menu berbuka. Seperti yang dijangka. Masih bersahaja. Tapi tetap berselera.

Gulai ayam, petai jeruk, jering dan sambal budu lada tumbuk. Gua cakap lu. Meleleh beb. Memang makruh (merujuk kepada petai dan jering). Tapi sedap. Air soya. Air tebu. Biasa saja. Kena air sirap selasih. Luar biasa. Sungguh menggiurkan. Kuih tepung pelita pelengkap hidangan jua.

Semuanya home made. Buatan sendiri.

Aku gembira. Gembira kuasa dua. Manakan tidak. Pasukan yang aku puja sejak darjah tiga telah berjaya.

Berjaya menewaskan Marseille di peringkat Eropah. Berjaya menewaskan MU di peringkat liga tempatan. Alasan demi alasan dilemparkan. Tiada setan untuk membantu di bulan Ramadhan. Dasar setan merah!!

Terngiang-ngiang tempikan 'You'll Never Walk Alone' berkumandang. Sungguh merdu alunannya...

P/s : Selasih adalah sejenis bahan yang dimasukkan ke dalam air minuman. Ianya kecil, mantap dan kenyal. Rupanya saling tak tumpah seperti telur katak. Sumpah. Air yang sering menjadi mangsa keadaan adalah sirap dan cikang. Aku suka.

17 comments:

hajime said...

ya...
lauk masakan ibu mmg heaven...
homemade!
walaupun bukan seperti di hotel...
ianya cukup untuk kite makan sambil bercucuran airmate...

rahimin idris said...

hahaha memang sirap selasih tu macam telur katak. masa kecik dulu aku pernah cakap telur katak masa buka puasa. mujur tak kena lempang dengan mak!

t.a.t.a said...

err ada jumpa yang terchenta tak?

aRe You? said...

yuuu buat perut i kruk2 d kala tgh ari!!

kalau i buka puasa jap lg..yu yg salah..

hahaha

yoshz said...

gembira kuasa dua sama ngan berapa?

l.i.f.e said...

iskss..apa pasal ada cerita pasal telur katak plak ni. nasib takde air yg ada menda kat dalam tu serupa berudu.

yoshz, ni aku tolong jawabkan!
gembira kuasa dua = to the infinity and beyondddddddd

Redzwan Abdullah said...

hallamak...
kasar kutuk Man Utd nampak...
hahaha...
betol gak cakap ko, setan takde nak tolong...
Tak terpikir plak aku alasan tue...

Soot Spirit said...

oke, sirap dan cikang slalu jadi mangsa kan?
pasni campo selasih dlm milo ke, teh ke :P

btw kesian MU
hahaa
haritu kalah, pastu seri
heheehe :P

farah sr said...

rindu singgang mak..
huhu..

poyotito's said...

semua buatan sendiri?
peh..memang melantun2 dia punya pergi woi!! ni yang gua rasa nak pecut balik berbuka kat rumah ni.

woi redz, dah kalah buat cara kalah!

HAHAHAHAHAHAHA

FiNa SoPHie said...

gembira datang bertimpa2 ye.. hehhe.. hadapi segalanya dengan senyuman :)

Princess Liyana said...

waaaa...
nak balik kg jgak...
waaaaaa....takpe..next week dah balik..nak melantak puas3;p

Si Kachak Suparjo said...

Semua home-made.

Soalan Kefahaman:
Ko tolong mak ko x buat bende alah tu sume?

generasi said...

emm kirim salam kat semua orang yg ko jumpa tau...

emm bila balik nie mesti makan2 yg sedab tol x air tangan ibu katakan

kikiEy said...

aduh,

rndu nk makan mskn ibu:[

Farid Abu Talib said...

steven gerard @ sidek ghani itu betul-betul menggiurkan

padelkopak said...

hajime,
mmg....mata aku ni dah abes bengkak!!

rahimin,
klu aku dah bukan takat kene lempang...kene penerajang maut g!!

tata,
sori aku blom berpunya!!hehe

ayu,
okla...i yg tanggung!!

yoshz,
ko ni mesti fail ek mate kt skul dulu??haha

life,
klu ade yg serupa berudu, aku pon x sudi nak minum!!geliiiii....

redzwan,
dah jgn bagi alasan lg!!!terimalah hakikat...hehe

soot spirit,
balik ni aku cube!!!klu x sedap siap ko.....

farah sr,
yup!!singgang mmg syok....kuah die...wallah...

poyotito's,
ape lg bro!!!pecut skang...nnt x sempat wooo...

fina sophie,
yah..tenkiu...tgh senyumla ni...

princess liyana,
melantakla puas2!!jgn smpi tercekik suda...

suparjo,
mestilah tolong!!!tolong makannnn...

generasi,
aku klu ibu yg masak...air kaki die pon aku sanggup!!

kikiey,
xper...nnt blk raya kamu bedal la!!

farid,
yah itu sudah pasti!!!steven g jauh lebih menggiurkan drp drogba itu walaupn dielah jejaka ivory coast yg plg kacak!!!