Thursday, September 25, 2008

Nyaris maut

Sekali lagi. Sekali lagi aku nyaris maut. Bukan nyaris maut ditimpa balak. Bukan juga nyaris maut digilis keretapi. Tetapi nyaris maut di atas jalan raya.

Aku macam biasa. Pergi terawih dengan kapcai buruk aku. Aku pon keluar simpang dari kuarters tempat aku menetap. Lepas lima puluh meter aku bergerak. Tak semena-mena. Ada dua buah motor meluncur laju. Meluncur secara beriringan. Sebelah menyebelah. Memang tak boleh blah. Sebuah tiada lampu. Sebuah lagi lampu malap. Memang cukup pakej. Pakej membunuh diri sendiri. Pakej menjerut nyawa pengguna lain.

Sebuah motor yang di sebelah kanan aku. Hampir-hampir merempuh aku dari arah bertentangan. Motor dia makan jalan. Nasib baik aku sempat mengelak. Kalau tidak arwah aku malam itu. Nasib baik juga umur aku panjang. Kalau tidak. Sudah tentu aku tak sempat beraya tahun ini. Kalau tidak juga. Sudah tentu kisah aku ini akan terpampang di dada-dada akhbar perdana pada keesokan harinya. Paling tidak masuk akhbar Sinar Harian. Akhbar Nan Yang Siang Pau? Tak mungkin.

Aku tergamam. Tak sempat berfikir panjang. Sebenarnya...

Nak aje aku hambat mat rempit tu. Nasib baik motor aku tak laju. Kalau tak slumber jep aku corner baring cecah side mirror depan dia. Biar koyak kain sembahyang aku. Biar koyak lutut aku. Janji aku puas hati. Memang menyirap.

P/s : Aku bermastautin di salah sabuah felda termahsyur di Pahang. Mahsyur dengan produk semulajadinya itu. Jadi tidak hairanlah mat rempit bermaharajalela. Kepalo hayah dio!! Aku marah ni.

21 comments:

Rahimin Idris said...

aku pun yampah juga mat rempit ni. setakat terjun kat kutub utara tu macam la bagus sangat kan!!!

Anonymous said...

kesiannnnnn, tu la kak wa pun selalu mengingatkan diri kak wa supaya sentiasa berhati2 terutamanya kat simpang2. tapi tak boleh salahkan budak2 rempit aje orang tua 2 pun sama juga, ikut suka hati diorang je, tapi alhamdulillah selamat, dan Allah masih sayangkan fadzil.

Hajime said...

rilek2...
cool...
bulan pose ni...
ayuh kite pei memblasah mat2 rempit tersebut...

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. woit mat rempit ni datang dari mana? papua new guinea ke? atau dari selatan myanmar? kahkahkah. dimana-manapun dalam Malaysia adalah sama. Ini kerja siapa? saya pernah menulis menngenai rempit ini. http://faridabdillah.blogspot.com/2008/06/kelas-pencerahan-professor-kangkung.html

jagoan said...

Kalau ditakdirkan meninggal nescaya dapat syahid.





Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ni.





.

Brader Black said...

Bersyukur la wei ko dipanjangkan usia.


Ni yg rase nak nyanyi lagu Negeri Pahang ni.

Aku said...

Ishk ishk ishk, memang ngeri. Kalau tak tak pasal pasal kena wat majlis tahlil raya nanti.

Buat jer macam bapak aku ngan pak cik aku buat dulu. Zaman aku muda remaj dulu stesen minyak ngan jalan raya kat depan umah aku mmg jadi port mat-mat rempit. Masa tu sebelum kerajaan haramkan penggunaannya senapang tembak cicak mmg berleluasa digunakan di kampung-kampung. Bapak ngan pakcik aku telah menyalahgunakan senapang cicak itu sebagai senapang tembak mat rempit. Bapak aku akan tunggu tepi jalan, baru jer mat rempit tu start tarik enjin nak merempit, bapak aku akan tembak kaki ngan tangan bebudak tu. Sampai bertempiaran la bebudak tu lari.

WorkingMama said...

saje je dorang tunjuk kebal kat ko ek..
sian ko..

Anonymous said...

sabar sabar...
emm aku pun marah kat mat rempit nie sebab ade ke patut langar kawan aku sampai msk hospital

Hanggokan said...

ya, mat rempit sangat kurang pendidikan moral dan pendidikan islam. lu kalau nampak lagik mat rempit 2 lagi, jgn segan silu cabut kain semayang tuh buat bendera final lap. nnt diorg benti la..insyaallah!

hafiz said...

syukurlah ko selamat bro! moga kita semua dijauhkan dari perkara yang tak diingini!!!

dzul said...

kompem mat rempit tu buat hal lagi..dia tak peduli punye.
tp benda ni bukan kat felda je wehh

Anonymous said...

ko mengajar ape ye kat sekolah?
kenapa ramai blogger aku jumpa kerja jadi cikgu? haha

Izzah said...

felda mane la kamu duduk?
saya pun sama.
derang ni suke buat macam superman tu depan rumha.memekak lagi kalau petang dekat nak maghrib.satu hari tu,saya dah tunggu siap-siap tepi rumah dengan batu.
yelah nak baling budak-budak ni.

tapi kecewa,sebab hari tu derang x merempit,sebab polis masuk.




yang lalu,lembu.

l.i.f.e said...

urghhh mat rempit memang tak ada kesedaran sivik. alhamdulillah kamu tak apa2.
tapi doakan je lah semoga mereka tu sedar dan insaf cepat. tak menyusahkan orang lain lagi

Redz da Tsar said...

Huh...
memalukan institusi dan insdustri rempit jer...

Kalaulah aku jadi ko, dah lame aku bace yassin kuat-kuat... Haha

Diorang ada ,asuk berita tak keesokan harinya? Mati ke, eksiden ke?

Anonymous said...

mat rempit: mari kita bakar jalan!
saya: mari kita bakar jalan dgn mat-mat rempitnye skali!
*lantas membeli 8 liter petrol*

Anonymous said...

bw2 la bersabar bulan pose ni taw... slamat ari raya..nk duit raya..

yoshz said...

Alah...ko tak mati ker??
Ciss...saspen betul la!

Si Penanya (?) said...

lu rempit ke?! (genggam senapang)

fadzil hafiz said...

rahimin,
tau xper!!itu baru kutub utara, belom kutub selatan dan beruang kutub lagi...

kak wa,
radio IKIM sayangkn saya x? muahahaha...

hajime,
ayuh kita ramai-ramai...smbl mengetap bibir!!

farid,
kg kerinchi kot?x pon naratiwat selatan thai...

ah tok,
klu dpt syahid....sudah dikira baik!!dapat ke?

suparjo,
selamba!!nyanyi je...
ya Allah yg Maha Kuasa...
Lanjutkan Usia....
bla...bla...bla...

hanim,
best gak idea ko tuh!!tp aku tetap nak guna lastik...berpelurukan batu..

farah sr,
tu lah psl!!!da blaja ilmu kebal tu pi la men jauh2...

generasi,
msk sepital tahan lagi...klu arwah lg naya wooo!!

did,
klu aku cabut kain aku...apa yg tinggal cmni??huhu

hafiz,
thanx bro!!

dzulkarnain,
mmg....sume tempat dlm dunia nih ade mat rempit!!tp felda punya mmg hardcore...

shahril,
aku ngaja ilmu hisab beb!!mudah nnt nak menghisab diri...

izzah,
felda keratong.tahu x?xpe, lembu pon lembu lah....

life,
mereka ni x belaja pendidikan sivik agaknya kt skul!!

redzwan,
x sempat dah gua nk baca beb!!!cuak gilerrr...

dakchomey,
nak duit raya sila dtg umah!!

yoshz,
sampai hati ko yek!!!huh...

penanya,
gua rempit sket2 jep...amacam??