Friday, September 5, 2008

Merdeka dan Salam Ramadhan

Sudah agak terlewat untuk menyampaikan Salam Merdeka dan Salam Ramadhan. Aku tahu. Tapi aku tak peduli apa orang cakap. Aku tetap nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-51 dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh rakyat Malaysia.

It's better late than never right? Pergh. Memang solid.

Diharapkan agar Hari Kemerdekaan tahun ini akan menjadi lebih bermakna. Sekaligus dapat membenihkan semangat patriotik terhadap negara. Aku sayang Malaysia. Bumi tanah tumpah darahku. Darah nenek moyangku. Aku bangga jadi anak Malaysia.

Aku juga berharap agar Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buatku. Semoga kita dapat meningkatkan amal ibadat dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Bulan di mana 'syaitonirrajim' dibelenggu. Bulan di mana pahala dilipatgandakan bagi setiap amalan. Bulan di mana KFC dan McD tiada berguna lagi. Jadi marilah sama-sama kita berusaha mendapatkannya. Yang bulat tak datang bergolek. Yang pipih tak datang melayang. Pergh. Mantap. Sekali lagi.

P/s : Tahun ni aku tak sambut merdeka pun. Rugi tak dapat tengok bunga api. Walhal aku berada di KL malam 31 Ogos. Kenapa ek? Tak terbuka hati. Lagipun aku lebih suka menyelami erti kemerdekaan yang sebenar daripada berpesta ke pagi buta tanpa mengetahui apa-apa.

6 comments:

Rock Oi! said...

ha ah, ekau mmg hebak... wah sume da main blog ni...aku bile lagi ek..korang keje halfday ari2 best ar,...

Farid Abu Talib said...

Masa aku 5 tahun, cita-cita aku mahu jadi Faizal Hussein dalam filem Gila-Gila Remaja. Seorang biker yang cool, pandai main snooker, pandai breakdance dan bermurah hati menderma darah pada bapa teman wanitanya. 20 tahun selepas itu, aku tak cool, aku tak pandai main snooker, aku tak pandai breakdance dan aku takut untuk derma darah.aku anak abu talib.sudah tidak mahu lagi menjadi faizal hussein.ingin menjadi rockstar sampai mati tapi terjoblos dalam kancah politik.selamat menjadi blogger.

fadzil hafiz said...

tu sebab aku suruh ko jadik cekgu alam dan manusia kat sekolah aku!!!baru bley jadi blogger sepenuh masa....

fadzil hafiz said...

en pared...saya redha....anda pula bagaimana?? abang ghisa...

p/s : ghisa = risau

Ayu Hasman said...

merdaka 2008 :

tido sampai ke pagi

cool kan?

bwahaha :))

fadzil hafiz said...

yup...mmg cool!!!bwahaha jugeeee....
akupon tido smpi ke pg gak...jarang sampai ke ptg!!ahaks...