Thursday, September 11, 2008

Antara dua hati...

En. Ahmad Khariri namanya. Aku pun tak pasti macam mana mamat ni boleh terbuka hati untuk memberi ceramah kat sekolah aku. Ceramah pasal penyakit bengkak hati. Memang bengkak hati aku dengar. Nak datang ceramah hari Sabtu. Tak pasal-pasal kena dengar orang membebel pada hari Sabtu. Rupa-rupanya mamat ni salah seorang penderma hati. Baru aku tahu.

Rupa-rupanya juga. Beliau adalah penderma hati ketiga di Malaysia. Beliaulah yang bermurah hati telah menderma secebis hatinya kepada Allahyarham adik Ahmad Yohitt pada tahun 2004. Wah..!!! Kecur liur aku mendengarnya. Rasa kagum mula menghantuiku. Begitu tinggi nilai budinya, begitu luhur pengorbanannya sehingga sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri. Untuk apa? Untuk menyelamatkan satu jiwa. Jiwa yang beliau sendiri tidak pernah kenal. Tiada hubungan persaudaraan mahupun kepentingan.

Mula-mula beliau berdiri untuk memulakan ceramah aku terus buat andaian. Nampak macam orang yang serius. Mesti boring ni. Beliau memulakan ceramah dengan memasang video mengenai adik Yohitt. Sedutan dari edisi siasat. Apa kejadah semuanya ini? Kena background lagu Pelangi Petang. Sudirman nyanyi. Memang syahdu. Apa lagi ramai yang tewas. Berjejesan air mata. Aku masih bertahan. Tapi hampir-hampir. Memang besar penderitaan yang ditanggung oleh mereka.

Lepas tu beliau mulakan cerita. Dari sindrom mata kuning dan perut buncit hinggalah kepada kos pembedahan RM 275,000. Semuanya dicerakinkan satu-satu. Penceritaan turut disulami dengan lawak jenaka. Memang sungguh jenaka. Memang sempoi. Mengalahkan Cek Mat Poi (CMP yo...!!). Rupanya beliau ni sangat kelakar. Dari situlah aku tahu bahawa beliaulah empunya suara bagi watak kartun Sunyo (bespren Giant dalam siri Doraemon), atok (Dragon Ball), kapten (Ultraman) dan suara budak kecik dan Donald Duck yang disiarkan dalam radio Era. Amacam? Siap bagi dengar live lagi.

Tapi yang kesiannya sampai ke hari ini beliau masih menanggung penderitaan. Komplikasi sampingan kesan pemindahan hati. Bulan-bulan kena spare RM 800 plus minus untuk rawatan susulan. Tanggung sendiri lagi. Siap tak boleh ke hospital kerajaan lagi. Sudah menjadi akta katanya. Akta untuk melindungi Kementerian Kesihatan daripada menanggung risiko sebelum, semasa dan selepas pembedahan. Akta sengal siapa yang ajar begini? Kalau begini, habis bertempiaran lari penderma hati. Siapa yang merana? Lu pikir la sendiri....

P/s : Aku menggunakan kata ganti diri beliau untuk En. Khariri sebab aku sangat mengagumi dan menghormatinya. Suspek gila. Aku tak sangka ada orang macam ni kat Malaysia. Sungguh berhati mulia. Ditambah pula dengan bakat terpendam beliau itu. Suara Sunyo paling aku suka. Serius. Bikin aku ketagih.

11 comments:

l.i.f.e said...

owhhh..syahdu nya

tapi aku pun mmg lagi suka pada sunyo nerd tu :))

semoga beliau dirahmati dan pintu rezekinya diluaskan Allah

Anonymous said...

huh.
kenapa ramai orang yang pernah menyumbangkan sesuatu mesti end up macam ni? dulu diangkat sebagai ikon, sebagai wira. at last, jadi macam ni. *sigh*

Unknown said...

so kesimpulan nye...mari lah kite tuka kerajaan..
hahaha...lari jauh dr topic :))

Anonymous said...

moga2 ada lebih ramai lagi yang akan mendermakan organ mereka untuk mereka2 yang memerlukan...... mudah2an. tapi bila cerita kat mak dan ayah tentang sunyo tu, tak pasal2 petang sabtu tu kami sekeluarga yang tua2 ni tengok doraemon hehehehe

Brader Black said...

Standard la KERAjaan, amek kesah pasal benda yg bleh bg diorang buncit perot je.


Respek ntuk Ahmad Khariri.

Biar Jasa Jadi Kenangan.

so0tspirit said...

uihhh baru tau ada akta cmtu
patot uh kat mesia ni tak ramai mo derma2 compared to overseas
btw it's always my niat
bile da nak mati, i want to dermakan anything yang berguna utk org lain
insyaAllah
tapi kat mesia ni slalu waris si mati tak kasik derma kan
huhu

Farid Abu Talib said...

menteri kesihatan paling ngok dalam dunia. sepatutnya mamat ni dihargai lebih dari lee chong wei atau nassier wahab. kalau tak silap zaman ni chua jui meng jd menteri. bulan november ni nak bertanding presiden MCA. kahkahkah hakkptuihhh empat kali untuk chua jui meng

S.YanaZ said...

Enche' Padel,
ada dua org dlm M'sia yg berhati mulia.
1) Enche' Ahmad Khariri.






2) GUA...
Next taim jemput gua lak kasik ceramah. Tapi hari Isnin laa,beb.Hari Sabtu gua p SogoK.
:]]

fadzil hafiz said...

life,
tau xpe...nyares2 mengalir air mataku ini!!huhu..

shahril,
tu la org cakap...lembu punya susu sapi dpt nama!!ada kaitan ke?

nur,
ayuh...mari....aku on jep!!

kak wa,
eh okla tuh!!bkn setakat bdk2 je ske nengok...org tua pon apa salahnya...

suparjo,
mmg sah!!asal boley wat duit utk poket sendiri je...tu je yg dieorg pk!!

soot spirit,
wah...baik sungguh hati kau!!aku pon nk join sekaki gak la...

farid,
nak hakkk ptuihhhh tu make sure kumpul segala mcm kahak ijau pekat tau!!baru ngam...

s.yanaz,
ok set!!nanti gua halo lu bg ceramah kat bebudak gua...sure bermotivasi bdk gua...

Anonymous said...

Ada contact no Encik Ahmad Khariri tak?

Errr... saya bukan nak menderma hati, tapi nak tanya macam mana nak menceburi bidang alih suara.

fadzil hafiz said...

tuan tanah,
boleh aja dong!!ni email die...
lupklasendiri@yahoo.com
muahahaha...