Friday, October 31, 2008

Ju-ma-at

Setiap kali Jumaat. Solat Jumaat. Spesifiknya. Aku akan teringat tentang satu perkara. Perkara yang berlaku di depan mata.

Pada hemat aku. Masalah ini sering berlaku di semua tempat. Tak kira di kota besar mahupun nun ceruk pedalaman sana. Mengapa? Kerna mentaliti orang kita hampir sama. Tidak berubah. Masalah yang aku maksudkan adalah saf yang renggang ketika mendirikan solat jemaah.

Pada perkiraan aku juga. Masalah ini sebenarnya telah menimbulkan suatu bahana yang lebih dasyat. Solat yang didirikan akan menjadi kurang penghayatan atau lebih familiar digelar khusyu'. Tersurat. Lahirnya generasi yang tamak dan mementingkan diri. Tersirat. Bagaimana ia terjadi?

Apabila saf renggang. Merujuk kepada kaki dan bahu yang tidak bersentuhan. Maka setan akan berleluasa membuat onar. Khusyu' tergadai. Apabila saf renggang juga. Dalam konteks sengaja dilakukan. Dengan niat untuk mendapat sedikit ruang apabila berada dalam posisi tahiyyat akhir. Senario ini akan memupuk suatu sifat yang cukup naif lagi daif. Tamak haloba dan selfish.

Sifat tersebut menjadikan kita tidak memikirkan tentang keperluan orang lain. Mungkin dengan merapatkan saf orang lain dapat solat di ruang jemaah utama. Lebih jauh lagi. Hubungan silaturrahim sesama kita akan menjadi utuh. Mungkin juga. Namun dek sifat 'bagai anjing dengan bayang-bayang'. Maka kerukunan masyarakat terabai.

Renung-renungkan dan selamat beramal...*sebut bait-baitnya dalam slanga Terengganu

P/s : Sebenarnya masalah ni berlaku bukan saja pada 'penghulu segala hari'. Setiap kali solat jemaah. Pendek kata. Cuma pada gua benda ni lebih sinonim dengan solat Jumaat. Sebabnya? Gua jarang-jarang solat jemaah kat masjid. Semayang solo memang tabiat gua. Tapi solat Jumaat gua tak miss brader!

40 comments:

mrblind said...

alhamdullilah..ada juga insan yang menegur..dah lama aku nampak situasi macam ni..

Farid Abu Talib said...

ini pengaruh dari barat agaknya. kahkahkah. mana pak imam? pak imam aduhai tolongla bg peringatan sikit. bukan saf sahaja. kepada budak-budak yang bising sekali. pak imam tolong la. tolong la. takkan nak tunggu en mugabe datang membawa seru. kahkahkah

Aku said...

Padel,

Normally diorang sengaja taknak bersentuhan. Kadang2 tu sejadah pon taknak share

Kikuri-hime said...

Maybe sbb tula la ni kita punya ukhwah agak kureng sket kan. This situation needs to be remedied... Thanks for the enlighten this problem...

Rahimin Idris said...

secara saintifik ia adalah untuk mengecas ion-ion di dalam badan manusia kot. aku dengar entah mana hari tu ustaz cakap. bila rapat dalam barisan dan bersentuhan kita macam berkongsi aura kot. bei kekuatan la.

wallahualam.

dzul said...

bersentuhan dalam saf sehinggakan daun2 yang gugur pn tak jatuh ke lantai..menunjukkan saf tu perlu betul2 rapat..

gitu ada gak aku dengar masa blaja dulu..
wallahuaklam jugak..sila cek sendiri..

Anonymous said...

ya.
saya juga amat perasan akan perkara ini. dulu, masa di hostel, tika solat jemaah, selagi ada ruang kosong, mesti depenuhkan. haish.

WorkingMama said...

muslimat pun macam tu jugak.
solat hari raya aidilfitri lepas.
satu baris saf, boleh renggang sampai 6-7 orang. semata-mata nak duk bawah kipas.

I. said...

gua pon jarang pegi surau~
slalu solat kat bilik jek

fadzil hafiz said...

mrblind,
gua cuma bercakap benda yg gua nampak dan lalui.

farid,
siapakah gerangan en mugabe itu?

hanim,
tula selfish namanya!

kikuri,
gua saja cerita bagi celik sket membe2...

rahimin,
gua rase gua pon penah dengar juga.

dzulkarnain,
nanti gua semak semula!

yanhashim,
gua pon dulu kat hostel camtu gak!tambah2 bile girls solat kat saf belakang.

farah sr,
kan gua da cakap!sombong la tu..

sootspirit,
takpe!janji semayang...

yoshz said...

aku seperti biasa sembahyang kat luar. ikut dr mahathir hahaha.

Anonymous said...

wehh, blog yg blogspot lagi satu tu ko jgn link kt site ko tau~
aku tanak membe aku baca
haha~

Redz da Tsar said...

Haha...
Bagus2
Kite kena sentiasa rapatkan saf, walaupun ketika sedang mengerjakan solat...
Kalau tgk kat kampung-kampung atau masjid-masjid,
sering ada je yang renggang...
Mereka ingat bergerak untuk merapatkan saf dalam solat batal sembahyang kot

Denanz ... said...

jumaat minggu lepas, saf depan aku. ada sorang mamat. katek jer. tapi dia punya kangkang ...
bebulu jer aku tengok. peh ... buat sembahyang aku tak khusyuk jer.

kalau kat masjidil haram, jgn harap la nk selesa2 sembahyang.

hafiz said...

bila praktisi ritual hanya pada fiziknya sahaja. ruh ritual itu akan bergentayangan. lalu seribu kali jum'atpun kalau hadir, tanpa ruh ritualnya, makanya ia kosong aja kan?!?

pjoe said...

kalau adik2 aku semayang tk rapat
aku sepak je

Si Penanya (?) said...

dah berapa bulan tak semayang jumaat nih.. nasihat aku skang..

RY said...

kat masjid jamek kl, saf rapat sbb jemaah packed! tapi kalau blk kg, pakcik2 semayang mak aih..boleh gelecek bola..imam dah pesan kat depan nu pun, buat x dengau je.

sedarlah wahai ummah

heh!

Suka Bebel said...

aku setuju tu.tapi kadang kadang geram gak saf dah penuh tapi kena himpit gak.tapi mat arab yang biasa himpit2 ni.hehe

kecik said...

btol2.nak tgk waktu saf rapat sampai bahu temu bahu,
semayang raye,ngan semayang trawih minggu pertama!
pergkh kat nilai tu,kalo boleh sampai kat jalan tar nak semayang.penuh!

cube tgk minggu ke3..haha.

bungaditepijalan said...

semayang setakat semayang.
bukan kira khusyuk ke tak.
janji semayang.
tue bg diri dia,bg org lain yg jemaah sama?
mengganggu btl.

l.i.f.e said...

alhamdulillah, ingat mengingatkan sesama insan.

tasekM said...

aku terperasan masa terawikh itu hari. sebetulnya aku pun ada perasaan nak bg renggang sikit supaya mudah utk tahiyat akhir. lemah sungguh haih iman aku...



.

Unknown said...

kat masjid KJ ada sediakan sup bihun dan pisang free lepas jumaat..best tu ;(p

Don Balon said...

Koi maser zaman bersaudara (le ni pun masih..) dengan abang adik Maghribi dulu, memang best.. saf rapat-serapatnya..bukan setakat bahu bersentuhan, lutut-lutut sebeloh pun bersentuhan..
ini kadanc2 tahiyyat akhir sempit pun dia nok turun "lap" jugek..hehe

Paling best..10 bulan koi semyang jumaat dengan deme..tak penoh kasut koi atau kasut sapa-sapa hilang..
kita?
koi pun tiga pat kali kena.. :)

FarhanaLicious said...

alhamdulillah~

Anonymous said...

alhamdulilah....
emm hemtahlah...
asa2 aku lagi lah aku dah stay dok kat saf adalah sorang mamat nie tolak aku sampai keluar emm aku pun dengan rendah diri aku p belakang sekali 2

saodah said...

kat hostel je kot org reti rapat2 kan saf~

fadzil hafiz said...

yoshz,
ah, lu memang!!

redzwan,
ramai antara kita jahil!bukan begitu?

denanz,
klu gua pon berbulu gak beb!

hafiz,
lu klu berbicara mmg penuh dgn falsafah.

pjoe,
disertakan dengan jurus-jurusnya sekali!

penanya,
insaf la!!ok x nasihat gua?

razor,
lu punya perumpamaan 'gelecek bola' tu mmg mencuit hati!

suka bebel,
pak arab mmg begitu!

kecik,
mula-mula je semangat.

bunga,
tu yang gua katakan sbg selfish tu.

life,
ni yg gua rase nk sendawa nih!

tasikmerah,
bagusla lu dah sedar kesilapan.

ilovebudu,
KJ?ni yg gua rase nak join ni.

don balon,
sipar gua pon slalu kena rembat masa jumaat!

farhana,
lu mmg simple!

utopia,
lu memang kuat mengalah.

sabrina,
gua pon perasan camtu jugak!

biskutrajin said...

sori nk kate la..tp masalh ni amat berleluasa tehadap glongan veteran...stiap kali aku g masjid kt kg aku, saf perempuannye, siap pkai sejadah sorg 1 beb mase SOLAT JEMAAH ni..punye la buleh letak dua budak kecik kt tgh...tp ape kan daye...aku baru budak hingusan time 2..tp skrg aku tataw la ape jdik.

fadzil hafiz said...

biskutrajin,
gua pon ade perasan gak.bile kena jemaah veteran, ni yg payah sket nak tegur!klu budak gua tarik je...

Anonymous said...

minggu lepas.

aku sembahyang. body guard paklah tolak aku semata mata nak kasi orang tua tu laluan.

. . .

fadzil hafiz said...

pecah kepala,
padanla, dia kan pemimpin agung! agung?

poyotito said...

lu memang steady!
ada anak pompuan memang gua dah suruh ngorat lu

Anonymous said...

aku bukanlah religious tapi pada pendapat aku, itu semua mentaliti masyarakat yang acuh tak acuh, tak ambik port dengan benda yg penting.

fadzil hafiz said...

poyotito's,
lu serius ke?gua pon mmg berkenan nak bermentuakan lu...

shahril,
lu memang pickup la brader!itulah yg gua maksudkan.

prejudis said...

wah..alhamdulillah

fadzil hafiz said...

prejudis,
gua macam ni lah!gua bukan religious sangat...

Anasir said...

betulkan saf..rapatkan saf!

saf itu simbolik perpaduan dan kekuatan!

fadzil hafiz said...

anasir,
ya betol!tanda dan makna itu menjadi lebih bermakna jika ianya dihayati...