Wednesday, October 15, 2008

Hitamkeluar

Minggu lepas. Hari Khamis. Jam lima petang. Kipas siling berpusing dengan tahap kelajuan tiga. Sedang-sedang molek. Cuaca sikit punya baik. Aku tengah asyik tidur di atas tilam dan bantal yang empuk.

Tiba-tiba kipas siling berhenti. Aku terus terjaga dari lena. Panas agaknya. Aku dah tak sedap hati. Ini mesti blackout. Aku terus bangkit. Dah tak selera nak sambung tidur.

Aku ingat situasi begini akan berlarutan sekejap saja. Seperti sebelum-sebelum ini. Tunggu punya tunggu. Sampai membawa ke malam. Nasib baik ada backup lilin dua batang. Berpanas dan bergelaplah aku. Segala aktiviti rutin terpaksa ditangguhkan.

Jam tangan dah menunjukkan pukul sembilan. Aku dah tak tahan. Makan malam di kedai makanlah nampaknya. Sesampainya di sana. Aku ingat bolehlah makan sambil melihat wajah-wajah penduduk kampung. Apa cerita? Muka sendiri pun tak boleh nampak!! Kot-kot ada generator ke apa ke. Haram. Bergelap jugalah nampaknya. Tak pasal-pasal candle light dinner.

Sepanjang tempoh mencekik. Aku hanya ditemani sebatang lilin. Memang nostalgik lagi tragik. Aku ingat macam tulah keadaannya nenek moyang kita dulu. Bergelap sepanjang masa. Tup tup. Pukul sebelas malam baru pulih. Apa lagi. Akulah orang yang paling gembira ketika itu.

Barulah aku tahu keesokannya. Rupa-rupanya blackout selama lebih enam jam itu melibatkan banyak kawasan. Bukan tempat aku saja. Jadi pengalaman ini dikongsi oleh ribuan penduduk. Bagus juga. Biar ramai yang sedar kepentingan menghargai nikmat.

P/s : Start dari hari tu gua dah mula menunjukkan tanda-tanda untuk insaf. Dah. Gua tak nak membazir elektrik lagi. Barulah gua rasa betapa sengsaranya hidup dalam kegelapan. Barulah gua dapat menyelami penderitaan peserta-peserta rancangan 'Bersamamu'.

39 comments:

CoOkiE MoNSter said...

huhuhu...blackout bole tahan gik, xder air yang paling ak frusttttt skali. Cam xleh nk idup dbueknyo.

denanz said...

salam cikgu. tumpang baca. aku link, ek.

Muntah Hijau? said...

bil air aku bulan ni RM6.30.

ada kena mengena tak?

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. ini sudah lebih. org kampung terputus bekalan. sedarkah kita org kampung itu susah. mengapa ingin disusahkan lagi? kahkahkah rumah menteri ada terputus tak? kahkahkah. kerjaan bebal.

Farid Abu Talib said...

kerjaan dan kerajaan adalah dua perkara berbeza. kerjaan merujuk kepada sesuatu yang dilakukan oleh individu mahupun struktur organisasi. kahkahkah.

Did said...

baru-baru nih pon aku bertemankan lilin sebatang. tp bkn candle lite dinner, aku main bunge api dgn anak buah aku...

Si Kachak Suparjo said...

Alah,
tu insaf 2 minit je tu.


Bukan aku xtau.

Kikuri said...

Aku paling borink kalau takde karen. Hidup aku kosong!!! (Errr... dramatik sekejap). But then again, it's better dari takde air, kan?

jac said...

aku lagi prefer xde karen
dr xde aer.
jenuh beb nk angkat
aer naek tngkat 4..
haisssh..

Jack a.k.a adDam said...

"Aku tengah asyik tidur di atas tilam dan bantal yang empuk."

blackout:

"Segala aktiviti rutin terpaksa ditangguhkan."

Bukan enko memang plan nak tido jek ke?

shahril mohammad said...

kadang-kadang, benda macam ni la yang buat kita tersedar sekejap kan? walaupun hanya sementara.

kikiEy said...

yeke dah insaf??
hee.

masuk bersamamu pn sonok gak neh:]

fARHaNALiCiOus said...

rumah blackout. wah syiok. aritu hampir 1 KB black out. umah saya tingkat atas. so nampak gelita 1 dunia. tibe2 rasa takut. ades.

alif-mikail said...

Blackout? Wah! jimat letrik!
Takde air? wah! tak yah mandi!
ATM out of service? wah! boleh jimat!
Internet takde? WHAT?? WHAT!?? WHAT??

sootsprite said...

bile kamu mau candle light dinner dgn saya?
hikhikhik

Redzwan Abdullah said...

Blackout bile tue?
Zaman 1996 ker?
haha
aku kat s.alam tak penah lagi blackout...
Tapi kalo lackout mase jawaab kuiz penah la...

nununu said...

jgn berinsafi
mari menghayati
erti kegelapan yang kelam
tunggu bidadari dtg menyinari

hajime said...

wah!
ko pun diserang blackout?
(pengaruh transformers movie terhadap rakan sebaye lagi)

Honey Bee said...

Syukur semuanya berjalan sempurna..
Air cukup...
xde le sampai banjir dan kemarau
Letrik pun cukup...
xde le black out..
selalunya time black out nie baru teringat nak beli lilin kan..
kalu x..mimpi aje..

prejudis said...

insaf kepada tuhan atau sape?

Don Balon said...

6 jam?
nak kono saman LLN ni.. :)

Anasir said...

hahaha...

saya suka..

saya rasa anda seorang yang nostalgik dan mempunyai passion yang tinggi dengan sesuatu benda...

dan paling penting, saya rasa anda seorang yang ada sifat sedar diri yang tinggi!

betulkan saya jika salah!

:)

*tertarik dengan blog kamu sebab ada gambar rancid!
Terbaikk!!!

lindosh said...

tu la

slalu typo kalo kalo menaip.. hmm

Muntah Hijau? said...

anda di mana?
kuantan?

tasikmerah said...

nasib baik masa gelap tu tak de ular masuk rumah kan? he he...







.

Rajuna said...

ok jugak sesekali takde karen.
lampu takde jadi gelap.
takde cahaya keimanan lagi gelap.

peh!

Izzah Malik said...

kat area situ memang salu begelap tau.lagi ngan xde air.

kan kan?

pjoe said...

dok dalam gelap bisa bikin manusia horny
atau paranoia

pilih je yang rasa best tu

Pecah Kepala said...

oo rupa rupanya nenek moyang kita tiap tiap malam candle light dinner.

zaman romantis tanpa bekalan elektrik. haha

twinkle_star said...

saje singgah blog awk..
;p

Dzulkarnain Mohamad said...

best jugak sekali sekala black out.. tambah2 tgh buat kerja dah 30 m/s sambil terlupa nak save..

o-y-e-t-t said...

baru nk kutuk...igt hang gagal membayar bil letrik...nasib baik silap target...ampunnn

prejudis said...

punk..jadi bole je xnak ikot peraturan.

Fiziy said...

betul jugak tu. klau takde internet, mcmane nk kasi komen ni. tp klau xde lektrik pulak, dah confirm server pun down. haii kene bersama2 kempen bumi hijau ni.

poyotito's said...

takde api ok lagi bai!
takde air kalu..peh!

farah sr said...

blackout aku bleh tahan lagi.
takde air kalu, haishhh..
rasa susah ati yg mendalam..

padelkopak said...

cookie monster,
betol...gua setuju!

denanz,
silakan...

muntah hijau?,
ade, maknanya lu x membazir karen.

farid,
umah2 dato' ni gua syak ade pencawang letrik sendirik kot!

did,
hampeh la lu!

suparjo,
mana lu tau nih?

kikuri,
boring + jiwa kosong....mmg solid!!

jac,
gua pon duk tingkat 4 la nih...

jack,
mmg gua nak tido....tp x la sehari suntuk!

shahril,
better late than never?

kikiey,
mmg gua da insap!

farhanalicious,
biar gua teman lu...

alif-mikail,
dasar blogger tegar!

sootsprite,
anytime darling!muahaha...

redzwan,
lu ni macam2 la...

nununu,
akan gua tunggu bidadari...

hajime,
transformer mmg care beb!!

honey bee,
lilin sering dipinggirkan.

prejudis,
lu ske bg soklan maut ek?

don balon,
LLN?

anasir,
rancid mmg terbaik!!!

lindosh,
wut??

muntah hijau?,
kuantan...kt cenderawasih.lu tau ke?

tasikmerah,
rumah gua tingkat 4.

rajuna,
peh!!ayat lu menusuk kalbu!

izzah,
tau xper...

pjoe,
beb...gua blom kawen beb!

pecah kepala,
zaman dulu = zaman romantis

twinkle star,
jemputlah masuk...

dzulkarnain,
klu gua kena, mmg frust beb!

o-y-e-t-t,
gua ampunkan!

prejudis,
gua mithali beb.

fiziy,
ayuh kite berkempen!

poyotito's,
xde air x mandi la jawabnye brader!

farah sr,
memang dalam kan?

l.i.f.e said...

ahhh ni mesti kecik2 dulu tak pernah merasa tak ada letrik. pakai pelita minyak tanah, pelita kabaid, lampu gasoline, lampu kalimantang pasang kat bateri kereta kena cas 3 hari sekali...perghhhh...solid molid nya kenangan betul lah
aku first time petik suis lampu kat rumah mak tu masa dah darjah 6. selama sekolah rendah ko bayang lah macam mana ulang kaji kat rumah tu malam2. mmg rabun ler jawabnya

padelkopak said...

life,
yg tu sume gua penah rase...tp yg lampu kalimantang kena cas bateri kete 3 hari tu memang tidak syak lagi gua haram tak pernah alami!!!