Tuesday, October 21, 2008

Buka rumah

Sebelum keluar kelas. Aku mengajak budak-budak untuk beraya ke rumah. Sementelah aku tidak ke mana pada hujung minggu. Budak-budak cuma memberi reaksi yang bersahaja. Lantak. Yang penting aku dah pelawa mereka.

Aku menggunakan teori bahawa setiap pelajar teruja untuk datang ke rumah guru. Mereka berhak. Lebih-lebih lagi guru kesayangan mereka. Jadi peluang ini hanya terbuka setahun sekali. Ketika raya menjelma.

Bagaimana aku boleh menduga? Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku masa muda-muda dulu teringin benar untuk menjejakkan kaki ke rumah guru. Nak pergi pada hari biasa. Takut dilabel sebagai pailang. Iaitu terma yang sering dilemparkan kepada orang yang gila pangkat. Apa cerita? Aku yang tiada niat apa-apa pun jadi goyang beb!

Makanya aku tak mahu budak-budak aku mengalami situasi yang sama. Jadi aku jemput mereka dengan hati yang terbuka. Secara rasmi. Lebih formal. Dengan harapan agar mereka tidak keberatan untuk bertandang. Aku memberi sedikit panduan. Datanglah hari Sabtu. Selepas Zohor. Baru aku bersedia.

Tup tup. Mereka datang hari Jumaat petang. Apa kes? Tidak bertindak mengikut arahan betul lah mereka ni. Bertindak mengikut nafsu. Aku tidak bersedia langsung. Dekat juga sepuluh orang yang datang. Aku tak kisah. Aku layankan. Tapi hidangan cuma ala kadar. Jadi aku menyuruh mereka kembali semula keesokan harinya. Sebagai ganti.

Keesokannya. Mereka serbu rumah aku untuk second round. Sebab aku dah janji nak masak juadah yang enak-enak. Haram. Last-last aku goreng fries dan nugget saja. Pekena plak dengan air gas. Pantang letak. Licin. Memangla budak-budak laki ni. Gelojoh.

P/s : Apa cerita bai Liverpool menang lagi? Macam biasa la buat come back setelah ketinggalan dua kali. Sepanjang tempoh perlawanan. Gua memang kena serangan coronary heart disease. Rasa macam nak meletup je jantung gua!! Takpe. Janji menang...

34 comments:

.filzah. said...

kalo saye la jd murid2 itu...saye akan kate kn.." ape barang naget ngn fries....kurang2 ketupat pulut+rendang+nasi impit+kuah kacang+kuih muih yg bernaneka"

WorkingMama said...

naget ngan fries jamuan raya?
aisehh..
tak raged la cikgu!

Farid Abu Talib said...

kamu mmg cool dan steady la kopak. kahkahkah. woit amr zaki tu hengat dia saja yang boleh gunting-gunting kahkahkah.

pjoe said...

tu dah kira nasib baik kau bagi fries nagn nugget
kalau aku

bagi je biskut gula dengan air suam
haha

btw, liverpool memang suka dangat bagi senak dada kat aku tahun ni
haha

kau perasan tak, 3 game berturut team yg lawan Liv mesti ada yg kena red card.. and sebab depa tackle Xabi Alonso
hahaha.. padan muka depa..

YNWA!

oyett said...

wooo....kencang gak jamu fries ngan naget...berbirat gak la nk kena goreng byk2

Rahimin Idris said...

naget je. cekodok la cikgu!

haha

tapi memang berbakat jadi cikgu aku rasa.

tasekM said...

utk blogga tak nk buka rumah ke cekgu?

ha ha.

Anonymous said...

hikhik
ko kasik derang duit raya tak :P

alif-mikail said...

cikgu asyik busy manjang..

weh! kita kuar nanti makan kat tanjung lumpur.. bukan area bebudak kena sakat tu..

biskutrajin said...

aku tringin g buka umah manager aku ar...tp seganz...kang kne cop ape...pailang?

@tune® said...

baiknye anda menjemput mereka dtg bertandang...siap ade 2nd round...

budak laki mmg gelojoh bab makan...pasal tu kejap da abes..

budak pompuan malu² tp lelame licin gak!

~percayalah..~

kecik said...

ah saye liverpool dhf rupenye!
tapi sy suke xabi alonso.
miauu!

eh sy link blog anda chegu.

ape kes bg naget?
len kali bg je megi!

nabilah said...

haha
cikgu yg jemput anak murid dtg umah
jamu nugget "_"

Redz da Tsar said...

Huh...
Memang ada peluang menang nugerah guru terbaik Pahang... Haha...

Tapi,
kenapa naget jer?
Selamat tue budak2...
Kalo dgn bapak budak sekali datang?
Camne tue?

Redz da Tsar said...

Huh...
Memang ada peluang menang nugerah guru terbaik Pahang... Haha...

Tapi,
kenapa naget jer?
Selamat tue budak2...
Kalo dgn bapak budak sekali datang?
Camne tue?

Lagi se,
Semoga Liverpool menang la kat Stamford Bridge, stadium berhantu...

Kikuri-hime said...

Ahhh... standetlaa bebudak naget ngan fries. Feveret diorang tu. Tak caya? Kalau ade jamuan kelas, itula antara menu waqjib, kan? kan? kan?

Izzah said...

la cikgu,orang rumah xde?

cube kalau salah sorang tu tanye.camne?

:Djoke joke

Brader Black said...

Aku bru nak tnya apa yg kak tasik tanya.

man_helang said...

bro...ko nih tergolong di kalangan guru2 kesayangan anak murid ker??? ha ha ha...salam kenal...

dzul said...

kalau kau letak kuih raya, naget,fries pun deorg pilih naget n fries jugak..hehe

l.i.f.e said...

aku pun nak tanya apa yg tasek dgn suparjo tanya. tapi kalau kasik nugget ngan fries je, aku amuk :))

Winn said...

Aku naget pon ON jer!!!So..biler ni cikgu turn kitorang plak??hehehe

Anonymous said...

anak murid makan fries bersama ketulan naget.

bloggers cekgu blanja makan kfc sama mcd bukan?

Ashiqin Shamsuri said...

encik...

saya rasa bukan 'pailang' la encik... terma yg digunakan ialah 'sugab'. Pailang digunakan untuk budak2 yg fly di waktu malam, atau melawan kata2 guru.

Atau yg mendapat kelakuan 'baik' dlm sijil sekolah (seperti aku) dan bukan sangat baik.

Sekian.

poyotito said...

peh liverpool memang steady beb!!!!
gua dah agak diorang mesti boleh kejor beb!!!
kunyit lagi yang tahan tu...

.::c!kzUrA::. said...

huh..baiknyer cikgu nih yea...hehe

fadzil hafiz said...

filzah,
budak gua baik bai!

farah sr,
pada gua ianya raged.

farid,
kunyit pon boley ape!

pjoe,
gua perasan.mmg da kepakaran die.

oyett,
xpon.derang yg goreng sendiri.

rahimin,
cekodok budak gua mana layan!

tasikmerah,
blogger tegar, gua cuba thn depan!

sootsprite,
gua kan kopak.mana bagi.

alif,
cara gak mkn otak2 kt sana.

biskutrajin,
tau xper!kan gua da cakap.

@tune,
gua caye sbb lu pompuan.

kecik,
len kali gua cuba megi plak!

nur nabil,
standad dah!

redzwan,
liverpool x gentar sama itu stadium!

kikuri,
tu la pasal.derang pon da boring mkn kuih.

izzah,
gua akan tempeleng lelaju!

suparjo,
lu slow la!

man,
mmg gua guru kesayangan derang!

dzulkarnain,
gua tau.sbb tu licin beb!

life,
x baik la amuk di hari raya.

ezwin,
naget pon on?selambe...

pecah kepala,
mana lu tau nih?

mj,
ye ke?gua da lupa la...

poyotito's,
kunyit tu mmg segar dari ladang brader!!

cikzura,
gua mmg cikgu yg budiman!

Hanggokan said...

hahaha...tahniah liverpool. gud luck utk champions league! eh, kenapa western food bg diorg? goreng kopok lekor sudoh!

Unknown said...

bro,

tak ajak ahkak pungg... nak beraya jugak...

Aku said...

Ala cekgu, apa kes naget jer. Tak rock aaa raya camtu

Fiziy said...

liverpool memang saje kasi camtu. tunggu torres baik skit, lagi up la kot. HAHA

fadzil hafiz said...

did,
kopok lekor payah nak dapat stok beb!

kema,
nak ajak tp segan sbb xde juadah yg enak2.

hanim,
gua mmg x rock pon!

fiziy,
torres da sehat nanti, jaga-jaga la lu MU!!muahaha...

Suka Bebel said...

aku pun fanatik liverpool bro!hehe...

http://sukabebel.blogspot.com/2008/10/youll-never-walk-alone.html

fadzil hafiz said...

suka bebel,
itu tandanya, kita boleh berkawan baik!!mari kita menunjal MU....