Raya kian menghilang. Namun aku masih ingin berbicara soal raya. Apa mau peduli? Raya kan sebulan.
Aku ingin berbicara soal budaya yang telah lama muncul dan berakar umbi dalam masyarakat kita hari ini. Budaya biasa yang bisa mengancam suatu budaya yang lain. Budaya yang aku maksudkan adalah budaya melangok di depan tv dan budaya obsesi terhadap hanpon. Di hari mulia.
Kita sering dihidangkan dengan rancangan-rancangan yang menggiurkan. Tatkala raya menjelma. Raya pertama. Rancangan yang paling mantap disajikan. Raya kedua. Rancangan kedua mantap disediakan. Begitulah seterusnya. Mengikut urutan hierarki kemeriahan raya. Apa kejadah semuanya ini? Apakah kita disogok untuk menyertai rancangan 'Mari mengira bersama cikgu Maimon'? Har har har. Memang menjengkelkan.
Semua stesen tv seolah-olah berebut-rebut menayangkan rancangan terbaik. Baik stesen tv kepunyaan kerajaan, swasta mahupun stesen tv berbayar. Baik RTM, Media Prima mahupun Astro. Baik Shabery Cheek, Farid Ridzwan mahupun Ananda Krishnan. Enough. Manakah perginya tanggungjawab sosial terhadap masyarakat? Yang diutamakan hanyalah profit. Semata-mata.
Budaya songsang yang tidak kurang hebatnya menjerut leher adalah obsesi hanpon. Kini. Anak-anak muda lebih berahi bersms dan bergayut. Daripada bersua muka. Daripada bertentang mata. Tidak kira waktu dan tempat. Di malam raya mahupun di pagi raya. Di masjid mahupun di rumah. Pada hemat mereka. Cara ini lebih urban dan cool. Cool kepala hanggok dia. Budaya inilah yang menjadikan kita semakin sombong dan mementingkan diri.
Kedua-dua budaya ini telah mengkakis suatu budaya yang sangat mulia lagi dituntut. Budaya kunjung-mengunjung. Budaya beramah mesra bersama kaum keluarga. Budaya interaksi langsung antara manusia dengan manusia. Semuanya. Kian dipinggirkan oleh anak-anak muda. Dasar budaya malaun.
Footnote : Gua hanpon memang tak berapa nak layan. Tak kira musim raya atau hari-hari biasa. Takde feel. Tapi tv tu kadang-kadang gua tak boleh tahan gak beb. Gua selalu je goyang bila ada rancangan-rancangan yang mantap dan molek!! Ishk.
Footnote lagi : Gua memang dah ke bulan nih! Punyalah gembira. Rasa dah tak berpijak di bumi nyata. Akhirnya ego Chelsea berkubur. Lebur bersama rekod tanpa kalah sebanyak 86 kali di Stamford Bridge. Siapa punya angkara? Liverpool bai. Gua cakap sama lu...
Wednesday, October 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
32 comments:
gua x berapa nak salahkan tv..yang penting sikap individu tuh sendiri..kalau tak ada kesedaran sivik macam tuh la jadinya..
Setuju ngan Mr Blind. It all depends on the individu
kahkahkah. gua tak salahkan berhala berpetak empat ini. yang gua salahkan pemilek stesen berhala berpetak empat ini. kahkahkah. jgn menyembah berhala yang mengeluarkan cahaya ini. jangan menyembah berhala berpetak empat ini. kahkahkah. jgn jadi bebal. hari raya hari utk kita sama-sama raikan. hari raya hari kemenangan anak semua bangsa. dunia ini milek kita semua bukan milik pemilek stesen berhala berpetak empat ini. kahkahkah. khalas.
TV sekarang macam pengatur jadual waktu kita pulak kan?
Tapi, TV ni hanya alat. Manusia yg sebenarnya tentukan segalanya...
P/S-
Waaa... semangat btol entry kali ni!
cerita yg ditayang pun bukannya best sangat. aku bukan gemar sgt rancangan tv skrg. hiburan je lebih.
kat tempat aku hari raya pertama penuh dengan sesi kunjung mengunjung. raya kedua pun sama. tv pn tak tengok sgt pn. semua bergantung pada individu.
Aku pon tak berapa nak layan sangat HP dengan TV nie kalo tym raya... Takde kerja... Baik aku pergi beraya kat umah member aku, lagi bagus...
Tapi kalo tym tak raya, Tv memangg antara faveret aku tym tengah hari... HP memang jarang aku pandang, sekadar bawak merata jer...
nasib baik wa tak layan tivi..wa layan game x-box
glory glory man utd!!!!!!!!!!!!~~
hahaha...
tetibe je...
baik gua layan open hse. belambak wey. drp layan tv yg dok asik tayang cite ulang ulang, yg 2-3 tahun lepas punye pun ada lagi.
aha. saya x risau pasal rancangan2 tu sume. pasai saya bukan suka tengok tv pun. tengok pun pasai nak makan nasi je. makan nasi sambil tengok tv. bes~
umah aku tv rosak 3 bulan.
dah tak heran kalu tak tengok tv.
begitula tv wahai padel,begitula juga bola wahai padel, chelsea begitu menguasi pelawanan tapi jumlah gol jd penyudah citenye. Malaysia lwn vietnam ko tgk x? ermm.. sama je nasib mcm chelsea P/s gol sendiri ye. Aku masih bersama chelsea
Salah kan individu.
Manusia ada akal,
tivi ada cite Atashinchi.
mrblind,
gua mana penah blaja sivik beb mase sekolah dulu!
hanim,
ah, lu pon sama.
farid,
gua mmg x bernafsu lgsg nk sembah berhala kotak 4 segi tuh!
rahimin,
lu pon perasan ek?
kikuri,
maklumla semangat hujung tahun.
dzulkarnain,
bagusla budaya tempat lu!kekalkan brader..
redzwan,
apa cite MU bai?
oyett,
lu mmg advance lah!
filzah,
alah x ke mana MU tuh!
fiziy,
betol la cakap lu!bley gak kumpul duit raya.
farhana,
tp mmg syokla makan nasik sambil melangok.
farah,
lu bley tahan ek x tgk tv?
shampd,
baik lu tukar team la brader!
suparjo,
x kira!gua nak salahkan stesen tv gak..
haha
Aku dah tak layan Man Utd sekarang
Aku dah nak exam...
Tue la sebab seri dgn Everton tue...
haha
Oh oh jgn gejala itu mmg menular di kalangan anak2 muda.Semasa hari raya hari tu aku baru saja bercadang utk merebus hp adik aku bersama2 dgn ketupat yg telah siap diisi dgn beras.
mulanya aku nak komen pasal perenggan yg kedua tu, tapi aku tertarik dengan statement last ko tu sebab aku peminat liverpool yang sejati.hehe...
budak2 sekolah zaman sekarang memang melebih dah henpon.dah tu tak reti nak beraya sebab duk layan tb je manjang
a'ah...tv n hp bykkkk mempengaruhi kita semua...
btol2...tp pape hal aku dh x sod ba ro HEROES SEASON 3 nk muncul 6 nov ni...i wonder la if its HEROES SEASON 2 PART 2 YG tlh diSEASON kn mejadi SEASON 3...HMMMM
tatkala wisel penamat, gua dah separa pengsan. macam tak percaya liverpool menang.
chara la bai!
gua nak berkunjung ke rumah lu minggu ni... boleh tidak?
:)
apa2 pun semuanya terpulang kepada diri sendiri. nak ikut atau tidak je. budaya mana2 pun begitu la konsepnya
redzwan,
alasan lu tu bley pakai ke brader?
ezwin,
idea yg solid!apa kata lu rebus hp lu sekali.amacam ade berani?
suka bebel,
tau xpe!bukan budak je, bapak budak pon skali join...
kojah,
tu yg gua maksudkan!
biskutrajin,
bawak bersabar biskut.nanti gua gigit kang!
pecah kepala,
gua ngan lu mmg sekepala!
tasikmerah,
boleh takda hal!tp sempena apa ye?
life,
konsep 'rempuh dan menang' yek?
ha ha ha...ko sekali berucap aku ingat Paklah td...ha ha ha
ynwa
stuju ngan mr blind gak.
tapi gua nak tny.
ape kes skali msukkan hal chelsea kalah???
gua da xmo sokong chelsea.
benci tau!
man helang,
lu rase gua ade tokoh x jd pemimpin besar?
pjoe,
lu ngan gua mmg totok liverpool bai!!
kecik,
gua dgn rasminya mengajak lu menyertai liverpool fan club!!amacam?
entah!
takde handphone tetap boleh hidup ape?.. tapi user dkt company koi hidup tenggelam la hahahhaa
alif-mikail,
lu tau xpe!gua serius hanpon mmg x berapa berkenan sgt dalam konteks bersms dan bergayut...
wahahaha..
bagus isunya TV dan Henpon..
kedua-duanya hasil dari teknologi perang..
sekarang penduduk manusia berperang dengan saraf sendiri..
*Chelsea kembali di atas.. Sapa yang leburkan rekod tanpa kalah Liverpool? Sebuah kelab yang baru bertukar pengurus.. Kita jumpa di perlawanan kedua! :)
anasir,
isu yg sering kita pinggirkan!
*liverpool x gentar la brader!*
Post a Comment