Tuesday, November 4, 2008

Bahana atau nikmat?

Minggu lepas lepas. Hari Khamis. Bersempena cuti Deepavali. Aku sekeluarga ke KL untuk melawat abang dan adik. Sambil ke sana. Kami mengambil peluang bercuti dan melawat tempat-tempat menarik.

Aku bercadang untuk pergi ke Sunway Lagoon. Memandangkan aku tak pernah jejakkan kaki ke sana. Aku bertambah yakin dan bersemangat setelah mengetahui harga tiket adalah sekitar dua puluh ringgit. Menurut adik aku yang pernah sampai ke sana sekali sebelas tahun yang lalu. Murah dan berbaloi. Pada hemat aku.

Hari Sabtu yang indah. Setelah bersedia dengan kelengkapan mandi. Aku dan adik-adik terus menuju ke Sunway Lagoon. Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar. Terbayang di kepala. Membuat aksi-aksi yang bersahaja ketika meluncur deras dari gelungsur air. Juga ketika terjun ke dalam pantai buatan manusia. Somersault mungkin. Terjun tiruk paling tidak pun. Alangkah indahnya!

Sesampainya di sana. Aku terus ke kaunter. Aku terkejut besar. Harga sekali masuk mengikut pakej. Pakej paling murah pun berharga tiga puluh ringgit lebih. Itu pun hanya boleh main air saja. Apa barang aku datang jauh-jauh nak mandi saja! Jadi terpaksalah aku mengambil pakej sederhana mewah. Pakej B. Harga empat puluh lapan ringgit. Jadilah. Boleh juga aku pekena roller coaster dan berhayun 360 darjah dengan tomahawk dan pirate's revenge.

Aku ada bertanya kepada gadis kaunter. Sama ada boleh berseluar pendek untuk bermain gelungsur air dan permainan air yang lain. Tidak pasti. Itu jawapan dia. Jadi untuk selamat. Terpaksalah aku membeli tied. Ya. Seluar yang ketat itu. Aku rasa akulah jejaka paling seksi. Pada masa itu. Takkan aku nak pakai swimming trunk. Taubat. Aku takkan buat. Di mana nak letakkan maruah pendidik aku nanti. Pasti pelajar-pelajar akan mengejek aku. Jika aku dilihat dalam keadaan sedemikian oleh mereka.

Nak masuk. Kena spot check pula. Makanan luar tak boleh bawa. Jadi habis biskut chipsmore aku terkorban. Ngam-ngam masuk tong sampah. Dah masuk. Aku enjoy katak. Maklumlah. Revenge time! Habis semua permainan aku cuba. Baik yang santai mahupun yang kecut perut akibat gayat yang melampau. Tapi yang malangnya. Aku tak tahu selok belok kat dalam tu. Kot-kot ade sign board ke apa. Haram. Aku sesat memanjang. Dia punya luas kawasan hanya orang yang pernah sampai saja tahu.

Akibatnya. Aku terpaksa merentasi jambatan gantung yang tersangat panjang. Sebanyak dua kali. Untuk sampai dan meninggalkan water park dari amusement park. Aku menghabiskan masa lebih kurang setengah jam juga. Di situ saja. Walhal eskelator disediakan. Damn. Dia punya letih memang tak ingat. Kena memanjat tangga setinggi seratus meter mungkin. Akibatnya juga. Aku terlepas beberapa permainan menarik kerana premis sudah ditutup. Cilakak punya jambatan gantung!

Trip kali ni. Aku tak pasti sama ada ianya bahana atau nikmat. Apa yang pasti. Aku enjoy bersantai di sana.

P/s : Sampai ke hari ni pun gua tak dapat nak bayang. Macam mana kalau gua lepak sana sambil memakai swimming trunk. Memang tak cocok. Walhal boleh je pakai seluar pendek. Gua empat beradik habis dekat tiga ratus juga. Itu belum masuk kos-kos sampingan. Macam ni gua boleh pokai brader!

25 comments:

RY said...

pergh...cuti2 kl. beratus jugak abes. nyway, aku pun x pernah sampai sunway lagoon. xberminat. eheh! tapi masa jadi tukang urus family day office lama hampir jugak nak buat rombongan g sana. mmg mahal.

tapi sekali sekala, ok what!

bg aku, adalah lebih ajak aku gi sg tekam plant. resort tu...haha..curi rambutan!

Rahimin Idris said...

mandi sungai pahang je dah la weh...

WorkingMama said...

aku bayangkan ko pakai swimming trunk..
wah!
wohhooo...!!

pjoe said...

gambar seksi kau mana bai?

Hajime said...

oh!
aku x pernah pegi...

kecik said...

sunway memang cekik darah skang..
tapi..jap..imejin lu kat sunway lagoon..pergkh..

kalah rajnikanth

prejudis said...

letak skali gambar seksi.. baru la punk seksi

Suka Bebel said...

hahaha...lenkali mandi sungai atau laut lagi best.

dulu aku keje under sunway, jaga sunway pyramid punya mentenen.dapat gak diskoun klu nak masuk situ tapi aku tak hingin kerana tahu sumber sumber airnya.ha ha ha...memang dah kena bahan ni bro

FarhanaLicious said...

wah. sabtu lepas pun gi sunway. tapi sunway piramid la. aha~~

razuwahanim said...

nikmat : sebab lu mesti seksi dengan swimming trunk

bahana : sebab kena korbankan chipsmore yg sedap ittewww

sekian, terima kasih

Anasir said...

aku nak tengok kau pakai swwimming trunk..

aummmmmmm...

Hanggokan said...

Auw! auw! tetiba aku imagine ko memakai swimming trunk tu...hahaha!!

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. nikmat yang membawa bencana. kahkahkah

Redz da Tsar said...

hoh...
Bagus tue...
Selain berhemah kepada anak didik ko juga seorang yang baik kepada adik kamu...
huhu...
untung ada abang macam kamu...
Dah kawen nanti bleh lagi ke belanja adik?

fadzil hafiz said...

razor,
bukan sekali sekala dah!!gua rase mmg yg terakhir dah.

rahimin,
kalau lah aku tahu jadik begini...

farah,
janganlah buat gua mcm tuh!

pjoe,
gua dah buang jauh-jauh!

hajime,
mmg tak rugi tak pegi.

kecik,
bukan takat cekik dah.lebih dari itu.

prejudis,
gua takut lu tak selera seminggu bai!

suka bebel,
gua mandi laut ni mmg x berapa berkenan!melekit beb.

farhana,
asal gua x jumpa lu?gua beli tied tu kat sana la.

are-name,
ya.yang ittewwwww!auuwwwww!

anasir,
ceh!gua tak rela brader...

did,
ah!lu jangan macam-macam aznil beb.

farid,
patutnya ayat lu tu gua wat tajuk.baru cara!

redzwan,
gua kan jejaka budiman.i tell you!!
pas kawen gua blanja anak la plak...anak mak mertua!

Anonymous said...

mana gambar ko bersama chiks sunway?
haha

Nurul Binti Ibunya said...

huahua...
den nk nengok gmbr kmu pakai swimming trunk..
haha..
mesti sgt cantik..

*meh terjun sg.semeling je..sekupang x kuar*

prejudis said...

megat bgtau aku, dia saje je nak tgk reaksi org,lagu dia byk sgt.. mula2 ingat nak jd gitarist je..nak pakai vokalis pompuan, tp sorg pon dia xminat. biasa ar.. dia tu aku tgk jenis payoh baso(xdgr kata/tegas) so dia nyanyi je la..walau hancur,tp dia puas. nak wat cmane..dari kne baling mic atas kepala..baik biarkan je.

indah-chan said...

whaha.. dulu, 11 thn dulu.. skolah aku nk wat trip lepas UPSR ke Sunway. tp disebabkan JEM, ktorg pegi WATERWOrld. ok la gak. best la dari tak pegi langsung. dan itu mase aku kanak2.

sekarang nk kne pakai baju yang tak rupa baju.. adehh.. Parahh..

whaha.. lagi pulak, aku ni student teacher.. kne jaga reputasi yang belum dibina tuh.

encik padel takpe la, cikgu yang sekssiii.. whuhuuuuu *-* ... :p

tasekM said...

a famosa water world kt melaka ni pun masuk rm 48 satu kepala. hari tu aku pergi 6 orang dekat rm 300 gak la habis. cekik darah sungguh haih~

mrblind said...

gila apa beratus lu habis untuk tiket..nikmat yang membawa bahana..padanlah dengan nama lu padelkopak..kopak jugak lu akhirnya..hahahaha..

.::c!kzUrA::. said...

zura penah g sunwat lagoon tu..mmg beso...

bl naik je jmbtn gntung tu, humang ai..pjg eh!!pehtu kat atas jmbtn tu, kalu tgk bwh..haha gayatnyer!!!

l.i.f.e said...

ohoo! pegi sunway lagoon tak ajak anak murid ye...lain kali buat lah rombongan bas sekolah chegu weihhh...kesian anak murid kamu tinggalkan

fadzil hafiz said...

pecah kepala,
haram!satu chick pon x sudi bergambar dgn gua...

najlah,
gua tak rela bai!

prejudis,
apa pon alasan megat, gua tetap akan ingat acab sebagai pioneer oi!

valsa,
lu ngan gua sama!kite kena jaga maruah...

tasikmerah,
afamosa resort tu gua dah pegi sekali!pakai apa pon boleh...

mrblind,
gua memang raja kopak!

cikzura,
lu tau xpe!dia punya gayat mmg lain macam.

life,
kalau sayang, tinggal-tinggalkan!! peh...

Anonymous said...

Amiable post and this enter helped me alot in my college assignement. Thanks you seeking your information.