Monday, November 10, 2008

Layanan istimewa

Tengah hari tadi. Aku dan beberapa rakan sejawatan ke majlis kenduri kahwin. Jemputan pelajar aku. Atas tiket makcik dan pakcik dia menjadi raja sehari. Secara serentak. Dua pasangan pengantin. Memang molek.

Aku sampai agak lewat juga. Dalam pukul dua lebih. Tapi sudah dijemput. Aku tetap memenuhinya.

Sesampainya di rumah pengantin. Felda Keratong 3. Aku disambut dengan senyuman manis. Oleh Athirah. Si empunya pakcik dan makcik. Dia kelihatan sungguh jingga. Mungkin mengikut tema pengantin. Ada lagi beberapa orang pelajar yang menzahirkan perilaku tersebut. Sebenarnya. Kesemuanya perempuan.

Aku terus dipelawa untuk mengambil tempat. Di bawah kanopi. Dengan tujuan santapan tengah hari. Self-service. Sesudah itu. Aku terus duduk. Menghadap sepinggan nasi yang aku ambil tadi. Dari saat itu. Athirah segera memainkan peranan.

Dari sejug air sirap hinggalah kepada sepinggan bubur. Dari air pembasah tekak hinggalah pencuci mulut. Semuanya dihidangkan oleh Athirah. Dengan hati yang terbuka. Sehinggakan air minum pun dituangkannya ke dalam gelas. Aku dilayan seperti seorang tetamu istimewa. Pendek kata.

Sambil makan. Athirah memperkenalkan kami kepada ibunya. Sebagai gurunya. Sungguh sweet. Sebelum pulang. Kami dihadiahkan pula sebeg goodies setiap seorang. Oleh si Athirah juga. Sungguh murni. Aku memang terharu. Terharu dek kesungguhan dan keikhlasannya itu.

Sehingga kini. Aku masih tertanya-tanya. Aku cikgu kesayangannya kah? Kah kah kah. Mungkin juga...

P/s : Gua sibuk gila skang ni. Sampai nak makan minum pun tak sawan. Tak senang hati. Sibuk dengan aktiviti rutin akhir tahun. Iaitu menanda kertas peperiksaan. Ya. Final exam. Jadi lu orang jangan ingat gua menyepikan diri pula.

32 comments:

farhanaLicious said...

wah. kalo macam ni saya pun nak jadi cikgu. athirah ku sayang, meh saya ajar kamu bahasa kucen. ;]

Kikuri said...

Alahaiii.. baeknye athirah! Samala kitaaaa... borink betol menenda paper students. Cam nak juling mata aku! Nasib baek tinggal se'bundle' lagi!

razor said...

wah...seronoknya bergelar guru.

aku pernah jadi cikgu tuition, segan giler bila time raya. tibe2 je penuh ngan budak2. hihi

tapi tabik untuk cikgu padel sbb kerjaya cikgu adalah mulia dipandang saya!

poyotito's said...

gua kalu jadi cikgu cerah atirah tu jadi adik ipar gua

Rajuna said...

dah lama teringin jadi cekgu.
hahaha

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. jejaka budiman mmg dilayan bagaikan hero malaya. kahkahkah

hafiz said...

athirah berbangga cikgunya datang kerumah. ko jgn perasan dia suka kat ko. hahaha

tapi kalau dia suka kat ko pun tak pe.

Did said...

hoho...ape makna tersirat sebenarnya? ingin melihat cikgunye menamatkan zaman bujang agar makan minum terjaga??

mrblind said...

lu perasan ke athirah tu memang baik habis dengan lu ni..gua sedikit confuse..hehehe..moga cepat jodoh lu..

Suka Bebel said...

jangan carik penyakit bro.hehe

rahimin idris said...

woi, sub kat aku je tanda kertas tu. ko relek!

tasikmerah said...

syoknya jadi cekgu... ramai org sayang... he he.

Dzulkarnain Mohamad said...

dia menjemput ko cikgunya..jadi dia akan rasa bersalah kalau tak melayan ko sebaiknya..itu saja, tak lebih dr itu..haha

biskutrajin said...

minat kat ko la 2...x pon die nk jadikan ko abg ipor die..huhuhu

kojah said...

cikgu kne bg marks lbh2 ckit kt athirah tuh...haha

shahril mohammad said...

dah dah.
siapkan kerja-kerja filing tu semua.

eh, athirah ade kakak tak?

padelkopak said...

farhana,
dia kata dia tak sudi nak blaja bahasa kucing!

kikuri,
gua dah lega gila ni!!baru siap tanda.tp mmg nak julinglah!

razor,
mmg suatu kerjaya yg mulia!tp bukanlah semudah yg disangka.

poyotito's,
buat apa adik ipar brader!buat calon terus...

rajuna,
kalau begitu, mohonlah beb!

farid,
gua hero malaya kah?kah kah kah...

hafiz,
gua mmg syak dia suka kat gua.

did,
ah lu, pikir jauh sangat!

mrblind,
dia mmg baik bab2 melayan cikgu nih!gua mmg tgh mencari ni...

suka bebel,
apa yg sakit?gua ok je ni.

rahimin,
boleh juga!tp lu matematik solid ke?

tasikmerah,
bab ni mmg gua setuju!sejak bergelar guru mmg gua rasa diri gua semakin disayangi.ceh!!

dzulkarnain,
alah lu jeles la tu!

biskutrajin,
dia akak mana ade!tu yg potong line tu.

kojah,
gua nak adjust juga.tp malangya dah tak boleh nak up lagi!

shahril,
klu ade dah lama gua rembat dulu barder!!!

Pecah Kepala said...

kesayangan je. mana ciumannya?

haha gua nak lebih je

Anasir said...

mungkin ko penuh dengan sifat keguruan..

sebab tu sifat ke anak muridan nyer terserlah! :)

alif-mikail said...

eh! tak.. kitaorg tengah lepak2 tengok doraemon dkt CERIA.... hehehe

are-name said...

ok, maybe kamu chekgu febret dia. tapi yang palin penting, adakah athirah masih mempunyai pak cik yang tidak mempunyai chenta hatinya?? ehehehe

Kak Long said...

kahkahkah...tak lama lagi emak athirah tu dapat le menantu cikgu.

rOhock said...

lu ada hati dengan atirah kannn....mengaku je la...wkakakakaka...semua bangunnn!!!selamat pagi cikgu!!!!hahahahaha

pjoe said...

umur berapa athirah tu?

man_helang said...

ahhh...alasan...aku pun sibuk gak...pehal ko gelak bila ckp ko guru kesayangan atirah??? kenapaaaaaa???

padelkopak said...

pecah kepala,
gua kena jaga juga martabat guru ni!kalau tidak...

anasir,
itu sudah pasti!

alif-mikail,
gua mana layan saluran ceria ni!selalu je gua marah adik gua yg dah ting. 4 tu.

are-name,
lu nak adjust eh?nanti gua tanya dia.

kak long,
gua dengar mak dia x berapa berkenan dgn cikgu2 ni!

rohock,
bukan gua!tp dia yg berkenan kat gua.apa kes?

pjoe,
tingkatan 2 al-farabi...

man helang,
biasalah hero!kena gelak jahat sikit.

o-y-e-t-t said...

wa rase athirah tu nk bodek markah extra laaaa kt lu

padelkopak said...

o-y-e-t-t,
ah, gua tak goyang lah kena bodek camtu!

shampd said...

berapa ko salam kukut ari tu? ada kah RM10 @ mengikut harga kdai mamak RM5.50

padelkopak said...

shampd,
gua kan cikgu brader!mana boleh bg kurang dr rm10.klu nak kena baling selipar kat muka cubalah...haks...

dakchomey said...

huhuhu..tu yg sonok jadik cekgu nie.. mesti ade yg syg..

padelkopak said...

dakchomey,
ada yg sayang klu kite menjadi pendidik yg baik!xnak jadi cikgu ke?