
Beberapa minggu lepas. Hari Ahad. Aku bersama seorang sepupu ke Segamat. Sementelah jaraknya yang tidak berapa jauh. Cuma 45 minit perjalanan. Tujuan. Membuat allignment dan balancing tayar kereta kesayangan. Sebagai persiapan terakhir menjelang kepergian ku ke maktab. Kelak.
Dalam pukul 2.30 petang. Selepas Zohor. Selepas makan tengah hari. Selepas menyiap diri. Kami bergerak menuju Segamat. Sebuah bandar yang menjadi pintu gerbang negeri Johor dari arah timur. Pendek kata. Mesti melalui bandar ini sebelum meredah mana-mana daerah yang lain. Terlebih dahulu. Sebuah bandar yang terkenal dengan keluaran durian berkualitinya. Durian Segamat.
Belum pun tiba di bandar Segamat. Anda pasti disambut dengan satu mercu tanda selamat datang ke Segamat. Mercu tanda ini sangat unik. Apa tidaknya. Sebuah replika durian tersergam indah. Namun begitu. Sekarang replika durian tersebut sudah tidak kelihatan lagi. Itu yang sedih. Mungkin telah dikongkang oleh monyet-monyet Segamat yang kelaparan. Pada hemat aku.
Akan tetapi. Bukan hal itu yang membangkitkan amarah ku. Bukan hal itu juga yang menimbulkan amarah pengunjung-pengunjung lain. Belum apa-apa lagi. Kami telah disambut dengan jalan rayanya yang sangat teruk. Berlubang sana. Berlubang sini. Bertampal sana. Bertampal sini. Berbonggol sana dan berbonggol sini. Ini bukan cerita dongeng.
Anda tidak mempercayainya? Silalah berkunjung sendiri ke bandar Segamat. Anda pasti berpuas hati. Aku jamin. Kah kah kah juga.
Itu belum lagi masuk ke bandar Segamat. Setelah memasukinya. Anda pasti terkejut dengan pembangunan yang dialami. Anda juga pasti terkejut dengan kemeriahan penjualan duriannya yang tidak mengikut musim. Anda juga pasti lebih terkejut tatkala tayar kereta anda terperosok ke dalam lubang-lubang dalam. Berkali-kali.
Berbalik ke cerita asal. Setelah selesai segala urusan kereta. Aku diberitahu oleh pekerja kedai itu bahawa rim sport aku bengkok dengan teruk. Kesemuanya. Namun apakan daya. Aku tidak mahu berhabis duit lagi. Selesai semuanya. Aku menuju pulang. Akan tetapi. Perjalanan pulang terasa seperti neraka. Mengapa? Kerna aku perlu mengelak seribu satu macam lubang. Sekali lagi.
Ini kerja ngok. Mana pergi jabatan berwajib? Mana pergi majlis daerah? Mana pergi wakil rakyat? Takkan mahu tunggu sampai tayar kereta Najib yang terperosok ke dalam lubang baru hendak tampal. Ini kerja gila. Apa sebab Najib nak ke Segamat? Sampai kiamat pun beliau takkan ke sana. Beliau mana selera makan durian Segamat. Makan tempoyak mahulah.
P/s : Serius gua tak puas hati dengan condition jalan kat Segamat. Gua rasa baik tukar saja. Segamat bukan lagi bandar durian. Tetapi lebih cocok dan manis dengan jolokan Segamat: Bandar Jalan Macam Haram. Ini betul-betul. Bukan cobaan. Terus terbayang empat rim sport 17 " gua yang bengkok tu.
19 comments:
Kuikui..
tu la..
parti "itu" rasa selamat sangat kat situ..
bior jalan berlubang pun demeh pangkoh jugek.. :)
err.. segamat bandar durian? baru tahu.
jalan2 mengecewakan seperti yang didakwa tuan adalah perkara sinonim sangat (SANGAT) di sabah :)
hai fina.
kau chanteklah.
kahkahkah.
sila jgn buat leceh saudara kopak. sabenarnya jalan ini mcm jalan2 laen di malaysia semuanya chantek2 belaka
jalan rosak disebabkan olih lori durian yang lalu lalang. sambil lalu lalang durian jatoh gedebab ke jalan
ini menyebabkan jalan rosak terok dan sukat untok diperbaiki. kalau baiki pun rosak lagi
jadi wakel rakyat berpikiran (bukan mati pikiran) bahawa duit untok peruntukan itu lebih baek bg rakyat bela kambing atau lembu yang bolih dieksport ke new zealand (sebelah seri jaya di maran).
kata ambil kejuruteraan awam. sila check balik kerja kursus kamu. pasal jalanraya kan? kahkahkah.
ini dah leceh brader.
hahaha..
jangan pakai sport rim besar2..
Salam. Kedai tayar dah pakat dengan PBT. Lagi banyak rim tayar rosak, lagi bagus perniagaan... hahaha
em, buat reportla.
masuk
www.mdsegamat.gov.my
daftar sbg ahli.
then g kat navigation bar sumber >>> e-komuniti >>> forum.
boleh bgtaw kat situ.
:)
aku lagi terkejut tengok warna durian yang merah. serius?
saya mahu pergi segamat!
sini susah cari durian...
Saya hanya nampak durian je. Benda-benda lain saya tak nampak dah.
pssstt: durian isi merah sedap tak? Tak pernah cuba lagi. Muehehe..
oh rim bengkok. patut le marah! hehe
What...?
Jalan area Segamat terukkk...
K, nnt I suruh org2 I turun padang.
Sementera tuh, jgn lupa pangkah kita org lagi.
"Najib".
diaorg malas...
pesal durian segamat warna merah...?
berasa alien klu mkn durian warna merah...
wakakakaka....
doyan merah...hmmm...tenkiu...tak penah tau pun sbelom nih...huhuhu
eh, tak tau mata saya yang bermasalah atau gambar tu. kenapa durian tu kaler merah? memang wujud ke?
kesian lu bro..
btw.
ape kabar empat rim sport 17"? hik hik.
sudah lurus ka??
kenapa durian tu kaler pink :/
itu namanya durian liar ke durian hutan ye?
katanya orang, rasanya sedap hingga menikam sanubari, betul ke?
dah lame aku tak pergi segamat. teringat pulak masa zaman2 duduk kat segamat.
[url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/ganardinero.jpg[/img][/url]
[b]Queres ganar dinero desde tu casa y buscas informacion[/b]
Hemos hallado la mejor pagina web en internet de como ganar dinero desde casa. Como nos ha sido de utilidad a nosotros, tambien les puede ser de interes para ustedes. No son unicamente formas de ganar dinero con su pagina web, hay todo tipo de metodos para ganar dinero en internet...
[b][url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/dinero.jpg[/img][/url]Te recomendamos entrar a [url=http://www.ganar-dinero-ya.com/]Ganar dinero[/url][url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/dinero.jpg[/img][/url][/b]
Post a Comment