Tuesday, June 30, 2009

Apa yang gua dapat...

Seperti sedia maklum. Aku telah menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN). Minggu lepas-lepas. Lokasi. Di Kem Integrasi Wawasan Arca Sepang, Selangor. Lebih sinonim dengan Kem KIWA. Tempoh. Lima hari empat malam.

Sebenarnya. Pelbagai desas-desus yang aku dengar mengenai BTN. Sebelum aku menjejakkan kaki ke kem tersebut. Ada yang baik dan ada juga yang kurang enak didengar. Namun aku bukakan minda dan lapangkan dada. Bagi menempuhi kursus yang diwajibkan kepada semua kakitangan awam ini.

Selanjutnya. Aku ditempatkan di sebuah bilik bersama empat lagi teman. Bilik kami dilengkapi dengan sebuah bilik air beserta pedingin hawa berkuasa sederhana. Katilnya dilengkapi dengan tilam dan bantal yang empuk. Cadar dan sarung bantal juga disediakan. Sungguh selesa. Pendek kata. Kami cuma perlu membawa diri dan pakaian sahaja.

Ini belum cerita mengenai makan. Memang first class. Dewan makannya sangat bersih dan kemas. Menu makanannya juga sungguh menggiurkan. Kami menjamu selera sebanyak enam kali sehari. Dari sarapan pagi hinggalan minum malam. Dari breakfast hinggalah supper. Semuanya siap terhidang di atas meja makan. Namun. Kami tidak dibenarkan makan selagi semua ahli meja tiada di tempat masing-masing. Selagi tidak wakil yang membaca doa makan.

Sesungguhnya. Kebajikan kami memang dijaga rapi. Cuma yang ini saja. Sepanjang berkursus. Kami diwajibkan memakai baju kemeja putih dan berseluar slack hitam. Dari pagi hinggalah membawa ke malam. Sudah seperti budak sekolah. Ini bagus juga. Ramai yang merasa seperti kembali ke alam persekolahan. Walaupun masing-masing sudah beranak tiga. Aku yang bujang ini saja yang belum berpunya.

BTN memang tidak boleh lari daripada melibatkan diri dengan pembentangan kertas kerja dan latihan dalam kumpulan (LDK). Namun begitu. Ura-ura menyatakan penerapan agenda politik sesebuah parti politik adalah meleset sama sekali. Memang tidak dapat dinafikan terdapat penyebaran propaganda secara 'ringan-ringan' oleh sesetengah penceramah. Mahupun fasilitator. Namun itu normal. Pada perkiraan aku.

Pokok pangkalnya. Sejauh mana kita sebagai peserta membuka minda dan jiwa dalam mengikuti kursus tersebut. Kalau buruk yang kita fikirkan maka buruklah jadinya. Jika baik yang kita sangkakan maka baiklah jadinya. Insyaallah. Bak kata pepatah. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kerana apa? Kerana setiap kejadian itu ada baik dan ada buruknya. Ada pro dan kontranya. Bukankah begitu? Kah kah kah juga.

Aktiviti kembara bersama ahli kumpulan Keranamu Malaysia

Sejujurnya. Aku semakin mengenal diri sendiri. Asal usul diri ini. Tidak ketinggalan. Sejauh mana. Susah-payah, perit-jerih dan penat-lelah orang-orang terdahulu menegakkan maruah agama dan bangsa. Sekaligus memperjuangkan kemerdekaan. Aku berasa amat bertuah lahir di bumi Malaysia yang aman dan damai ini. Tidak seperti di sesetengah negara di mana saudara-saudara kita tinggal.

Tidak dilupakan. Aku berjaya mengenal orang di sekeliling ku. Sebelum ini aku agak sukar untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan semaktab dari kelas yang lain. Namun kini. Aku semakin berani. Tiada lagi perasaan malu-malu kucing terbuku di sudut hati. Aku berpeluang mengenal hati budi rakan-rakan sekumpulan. Juga. Teman dari kumpulan lainnya. Bilang saja. Kelas Sains, Perdagangan dan Matematik. Hatta kelas J-Qaf juga. Aku semakin dikenali dan mengenali.

Konklusinya. Aku semakin sayang dan cinta akan Malaysia. Katakan apa saja tentang Malaysia. Semuanya aku bangga. Jalur Gemilang. Negaraku. Rukunegara. Apa lagi. Semuanya. Tidak kira apa pun sejarahnya. Pendirian ku tetap sama. Tidak akan berubah. Aku semakin menghargai dan empati tentang nasib agama, bangsa dan negara.

Kata kuncinya. Jangan sesekali lupa akan sejarah. Sejarah akan mengajar kita mengenal asal usul. Sejarah akan mengajar kita erti pengorbanan. Sejarah akan mengajar kita erti kebebasan. Sejarah akan mengajar kita segalanya. Jangan jadi bagai kacang lupakan kulit. Jangan jadi seperti kera di hutan disusukan. Anak di rumah mati kelaparan. Sekian...

P/s : Gua frust juga dengan aktiviti kembara ni brader! Apa taknya. Tak mencabar jiwa dan raga gua langsung. Semua halangan gua lalui dengan sambil lewa saja. Kata orang jangan sampai tak buat. Nanti apa pula kata jurulatih. Mau kena 'al-kuyup' dengan Pak Husin nanti. Tak mau gua. Dia punya pedih lain macam beb...

9 comments:

Redz da Tsar said...

Hoho...
Tahniah...
Soalan Pasca-BTN:
1.siapakah Melayu dalam Perlembagaan...
2.bilakah UMNO ditubuhkan
3.Apakah yang berlaku pada 1 April 1946?

hehe... Pas BTN aku dapat jawab soklan nie... huhu... Bangga giler

Don Balon said...

Padel..
memang kita patut bangga dengan negara kita..
sejarah kita..
dan melayu bukan malas seperti yang digembar-gemburkan Inggeris..
kalau bukan melayu sapa yang berdagang sampai pedagang arab, barat datang zaman kegemilangan kerajaan2 melayu melaka, kedah, patani dulu?

cuma jangan aok masuk UMNO sudohla..heheh

biskutrajin said...

member2 aku balik BTN flat tross...x mencabar lg ko kate?uhu

mrblind said...

ada macam PLKn ke rasa dia?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wah bagus2...

sudah berubah banyak ni..

insaf sudeyh...

=)

rOhock said...

lu ada dapat awek x?wak bini masa akan datang?berapa helai lu bawak baju putih n berapa kali lu pakai seluar hitam sama?hahaha

S.YanaZ said...

Benar.
Selain drpd makan...

BTN byk membuka minda.

bangunberdiri said...

tapi BTN terlalu racist bro.
kemelayuan yang melampau...
aku percaya pada konsep 1bangsa manusia.. kalau nk sedarkn warga tentang semangat cintakan tanah air mesti buat untuk semua..bukan hanya untuk satu golongan shj..
sorry.. itu pendapat aku....

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇