Saturday, June 13, 2009

Mendera atau didera?


Sejak akhir-akhir ini. Negara sering digemparkan dengan berita penderaan pembantu rumah. Mereka sering dilayan seperti binatang. Saling tak tumpah. Sehinggakan ada yang dikurung dalam jeriji besi. Majikan mereka sememangnya tidak berhati perut. Tidak berperikemanusiaan. Langsung. Binatang pun ada belas kasihan!

Sering aku perhatikan. Majikan yang berperilaku sebegini kebiasaannya adalah berbangsa Cina. Soalnya. Kenapakah senarionya begitu? Kah kah kah juga. Adakah disebabkan pemakanan mereka? Mungkin juga. Klunya. Wabak H1N1. Mungkin inilah salah satu hikmah kenapa Islam mengharamkan penganutnya memakan. Hatta menyentuh pun tidak boleh.

Namun begitu. Bukan isu itu yang ingin aku utarakan. Sebenarnya. Terdapat isu terpencil yang berlaku saban hari tetapi kurang diberi perhatian. Terdapat segelintir pembantu rumah yang melakukan penderaan terhadap anak majikan. Ini mungkin berlaku dengan disedari atau tidak oleh ibu bapa. Persoalannya. Jika ibu bapa mengetahuinya tidak mengapa. Akan tetapi. Jika mereka tidak mengetahuinya bagaimana? Ini yang menimbulkan tanda tanya.

Maka. Sekiranya anak mengadu sakit sana dan sini. Silalah beri perhatian. Sekiranya terdapat kesan lebam atau luka. Silalah beri perhatian. Sekiranya pembantu rumah menunjukkan tindak-tanduk mencurigakan. Silalah beri perhatian. Jangan sampai anak sudah parah. Jangan sampai anak sudah menjadi arwah. Baru hendak bertindak. Sudah terlambat. Tunggu apa lagi? Silalah ke kedai berdekatan. Dapatkan kamera litar tertutup (CCTV). Kemudian pasang di tempat tersembunyi. Ini akan membantu. Serius.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna." Ingatlah pepatah ini sebelum anak anda dipatah-patah dua. Pepatah yang diajar sejak dibangku sekolah rendah ini mungkin akan menghantui anda seumur hidup. Jika tidak bertindak sekarang. Sedarlah bahawa anak itu adalah permata hati kurniaan Tuhan. Anak-anak tidak bersalah. Yang bersalah itu anda. Andalah yang mungkin mengguris hati pembantu rumah. Lalu apa? Lalu mereka menterjemahkan kemaharan mereka dengan menjadikan anak anda sebagai sasaran.

Anda masih meraguinya? Sila-sila. Jangan malu jangan segan. Cari bucu meja yang sedang-sedang empuk di mata dan hantuk lah kepala anda sepuasnya. Semahunya. Selajunya. Selepas itu apa? Carilah hospital yang berdekatan. Jangan buat leceh. Jangan jadi ngok. Sila rujuk paparan video di bawah.



P/s : Esok petang gua bersama rakan-rakan akan bergerak ke kem KIWA Sepang. Tujuan. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyertai Biro Tatanegara (BTN). Dikhabarkan di sana nanti tidak dibenarkan sama sekali untuk berhubung dengan dunia luar. Pendek kata. Semua alat perhubungan akan disekat. Jadi. Kalau lu orang contact gua tak dapat tu maknanya gua telah berjaya disekat. Bukan sekejap bai. 5 hari 4 malam juga...

21 comments:

Redz star said...

apa kejadah ko kena pergi BTN plak? Cikgu mmg kena pegi ker? Haha..

Serius seronok BTN...
Hha..
Menanam sikap cintakan kerajaan Bn... Huhu

reverie said...

Video yang kau bagu tu memang sentap. Aku tak pernah nak study habis isu ni.
BTN ok apa pergi. haha. Semoga berjaya. Kau maktab mana?

Insyirah said...

BTN? Best tu. Adventure gitu... ;) Menanam semangat cintakan negara. Muehehe...

Letchumi Yang Indah said...

kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.

sila janganbuat leceh brader

BTN - akan sebar propaganda pembangkang jen amerika
BTN - akan kata cina nak kuasai Malaysia.

kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.

sila behati-hati

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

gler ar video tu....

mcm s**l...

sentap.. =(

addyaholix said...

video kau bagi tu memang sedih bro. memang p*****k siapa yang buat budak-budak macam tu. tiap kali tengok aku mesti panas. b**i betul!!

kecik said...

oh video ni. ada tengok kat blog sape tah. tapi kesian gila budak2 tu.

Nizam.Ariff said...

Ingat brader, lu kena keraskan hati. Jangan terpengaruh propaganda dan brainwash. Lu kena tahan walau kena siksa tahap Guantanamo atau viet kong sekalipun!

Kalau lu dah putus harapan, takpe, gua benarkan lu telan cyanide. Lu akan jadi patriot...

Anonymous said...

Bro.,
gua dah 'selamat' BTN.
Dan 'selamat' ponnn bawak/simpan hp.
*laaalaalaa*



S.YanaZ

Basuh Baju said...

BTN?

aku serik dah gi sana.. program macam hampeh..awek pon xcun..haha

Suka Bebel said...

ada orang jadikan dera ni hobi kot. dah tak cukup hobi yang sedia ada, ditambah tambah lah...

A. H said...

terdera mungkin :D

Anonymous said...

bosan aku dengar kes dera-dera ni. dari kecil sampai aku sekarang aku dengar. didera, mendera, dera diri sendiri pun ada.

pada pendapatan saya, sesiapa yang mendera tak kira bangsa agama, patut disebat dengan cemeti cabang tujuh kat pinggang. baru ghaso bak kata awie.

mrblind said...

kalau gua dapat yang dalam movie tu, gua tak teragak-agak letup kepala dia..

haidan said...

gile benci la aku video tu
tak leh tido malam lak aku
sesak dade aku tengok
mual pun ade rase
gile ar tak tenteram jiwe...
tensi!

nuyuljana said...

darah aku auto menyirap tgk video tu.

Unknown said...

huhuuh...
mendera btul...

skati anak malaya said...

tragis sunggoh video tersebot..

Basuh Baju said...

BTN sebab wajib kan? hahaha

dengarlah kau prpaganda paling mengarut yg dicipta..tp best gak BTN..cari awek ka..hehe

rOhock said...

gile ah!!

Don Balon said...

Koi tok sanggup nok klik tengok video tu bila baca komen rodonc2 kat sini..
Koi anok doh 4 oranc ada pembantu rumoh plok tu mintak jauh segala benda tok molek..