Tuesday, June 30, 2009

Apa yang gua dapat...

Seperti sedia maklum. Aku telah menjalani kursus Biro Tatanegara (BTN). Minggu lepas-lepas. Lokasi. Di Kem Integrasi Wawasan Arca Sepang, Selangor. Lebih sinonim dengan Kem KIWA. Tempoh. Lima hari empat malam.

Sebenarnya. Pelbagai desas-desus yang aku dengar mengenai BTN. Sebelum aku menjejakkan kaki ke kem tersebut. Ada yang baik dan ada juga yang kurang enak didengar. Namun aku bukakan minda dan lapangkan dada. Bagi menempuhi kursus yang diwajibkan kepada semua kakitangan awam ini.

Selanjutnya. Aku ditempatkan di sebuah bilik bersama empat lagi teman. Bilik kami dilengkapi dengan sebuah bilik air beserta pedingin hawa berkuasa sederhana. Katilnya dilengkapi dengan tilam dan bantal yang empuk. Cadar dan sarung bantal juga disediakan. Sungguh selesa. Pendek kata. Kami cuma perlu membawa diri dan pakaian sahaja.

Ini belum cerita mengenai makan. Memang first class. Dewan makannya sangat bersih dan kemas. Menu makanannya juga sungguh menggiurkan. Kami menjamu selera sebanyak enam kali sehari. Dari sarapan pagi hinggalan minum malam. Dari breakfast hinggalah supper. Semuanya siap terhidang di atas meja makan. Namun. Kami tidak dibenarkan makan selagi semua ahli meja tiada di tempat masing-masing. Selagi tidak wakil yang membaca doa makan.

Sesungguhnya. Kebajikan kami memang dijaga rapi. Cuma yang ini saja. Sepanjang berkursus. Kami diwajibkan memakai baju kemeja putih dan berseluar slack hitam. Dari pagi hinggalah membawa ke malam. Sudah seperti budak sekolah. Ini bagus juga. Ramai yang merasa seperti kembali ke alam persekolahan. Walaupun masing-masing sudah beranak tiga. Aku yang bujang ini saja yang belum berpunya.

BTN memang tidak boleh lari daripada melibatkan diri dengan pembentangan kertas kerja dan latihan dalam kumpulan (LDK). Namun begitu. Ura-ura menyatakan penerapan agenda politik sesebuah parti politik adalah meleset sama sekali. Memang tidak dapat dinafikan terdapat penyebaran propaganda secara 'ringan-ringan' oleh sesetengah penceramah. Mahupun fasilitator. Namun itu normal. Pada perkiraan aku.

Pokok pangkalnya. Sejauh mana kita sebagai peserta membuka minda dan jiwa dalam mengikuti kursus tersebut. Kalau buruk yang kita fikirkan maka buruklah jadinya. Jika baik yang kita sangkakan maka baiklah jadinya. Insyaallah. Bak kata pepatah. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kerana apa? Kerana setiap kejadian itu ada baik dan ada buruknya. Ada pro dan kontranya. Bukankah begitu? Kah kah kah juga.

Aktiviti kembara bersama ahli kumpulan Keranamu Malaysia

Sejujurnya. Aku semakin mengenal diri sendiri. Asal usul diri ini. Tidak ketinggalan. Sejauh mana. Susah-payah, perit-jerih dan penat-lelah orang-orang terdahulu menegakkan maruah agama dan bangsa. Sekaligus memperjuangkan kemerdekaan. Aku berasa amat bertuah lahir di bumi Malaysia yang aman dan damai ini. Tidak seperti di sesetengah negara di mana saudara-saudara kita tinggal.

Tidak dilupakan. Aku berjaya mengenal orang di sekeliling ku. Sebelum ini aku agak sukar untuk bertegur sapa dengan rakan-rakan semaktab dari kelas yang lain. Namun kini. Aku semakin berani. Tiada lagi perasaan malu-malu kucing terbuku di sudut hati. Aku berpeluang mengenal hati budi rakan-rakan sekumpulan. Juga. Teman dari kumpulan lainnya. Bilang saja. Kelas Sains, Perdagangan dan Matematik. Hatta kelas J-Qaf juga. Aku semakin dikenali dan mengenali.

Konklusinya. Aku semakin sayang dan cinta akan Malaysia. Katakan apa saja tentang Malaysia. Semuanya aku bangga. Jalur Gemilang. Negaraku. Rukunegara. Apa lagi. Semuanya. Tidak kira apa pun sejarahnya. Pendirian ku tetap sama. Tidak akan berubah. Aku semakin menghargai dan empati tentang nasib agama, bangsa dan negara.

Kata kuncinya. Jangan sesekali lupa akan sejarah. Sejarah akan mengajar kita mengenal asal usul. Sejarah akan mengajar kita erti pengorbanan. Sejarah akan mengajar kita erti kebebasan. Sejarah akan mengajar kita segalanya. Jangan jadi bagai kacang lupakan kulit. Jangan jadi seperti kera di hutan disusukan. Anak di rumah mati kelaparan. Sekian...

P/s : Gua frust juga dengan aktiviti kembara ni brader! Apa taknya. Tak mencabar jiwa dan raga gua langsung. Semua halangan gua lalui dengan sambil lewa saja. Kata orang jangan sampai tak buat. Nanti apa pula kata jurulatih. Mau kena 'al-kuyup' dengan Pak Husin nanti. Tak mau gua. Dia punya pedih lain macam beb...

Saturday, June 13, 2009

Mendera atau didera?


Sejak akhir-akhir ini. Negara sering digemparkan dengan berita penderaan pembantu rumah. Mereka sering dilayan seperti binatang. Saling tak tumpah. Sehinggakan ada yang dikurung dalam jeriji besi. Majikan mereka sememangnya tidak berhati perut. Tidak berperikemanusiaan. Langsung. Binatang pun ada belas kasihan!

Sering aku perhatikan. Majikan yang berperilaku sebegini kebiasaannya adalah berbangsa Cina. Soalnya. Kenapakah senarionya begitu? Kah kah kah juga. Adakah disebabkan pemakanan mereka? Mungkin juga. Klunya. Wabak H1N1. Mungkin inilah salah satu hikmah kenapa Islam mengharamkan penganutnya memakan. Hatta menyentuh pun tidak boleh.

Namun begitu. Bukan isu itu yang ingin aku utarakan. Sebenarnya. Terdapat isu terpencil yang berlaku saban hari tetapi kurang diberi perhatian. Terdapat segelintir pembantu rumah yang melakukan penderaan terhadap anak majikan. Ini mungkin berlaku dengan disedari atau tidak oleh ibu bapa. Persoalannya. Jika ibu bapa mengetahuinya tidak mengapa. Akan tetapi. Jika mereka tidak mengetahuinya bagaimana? Ini yang menimbulkan tanda tanya.

Maka. Sekiranya anak mengadu sakit sana dan sini. Silalah beri perhatian. Sekiranya terdapat kesan lebam atau luka. Silalah beri perhatian. Sekiranya pembantu rumah menunjukkan tindak-tanduk mencurigakan. Silalah beri perhatian. Jangan sampai anak sudah parah. Jangan sampai anak sudah menjadi arwah. Baru hendak bertindak. Sudah terlambat. Tunggu apa lagi? Silalah ke kedai berdekatan. Dapatkan kamera litar tertutup (CCTV). Kemudian pasang di tempat tersembunyi. Ini akan membantu. Serius.

"Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna." Ingatlah pepatah ini sebelum anak anda dipatah-patah dua. Pepatah yang diajar sejak dibangku sekolah rendah ini mungkin akan menghantui anda seumur hidup. Jika tidak bertindak sekarang. Sedarlah bahawa anak itu adalah permata hati kurniaan Tuhan. Anak-anak tidak bersalah. Yang bersalah itu anda. Andalah yang mungkin mengguris hati pembantu rumah. Lalu apa? Lalu mereka menterjemahkan kemaharan mereka dengan menjadikan anak anda sebagai sasaran.

Anda masih meraguinya? Sila-sila. Jangan malu jangan segan. Cari bucu meja yang sedang-sedang empuk di mata dan hantuk lah kepala anda sepuasnya. Semahunya. Selajunya. Selepas itu apa? Carilah hospital yang berdekatan. Jangan buat leceh. Jangan jadi ngok. Sila rujuk paparan video di bawah.



P/s : Esok petang gua bersama rakan-rakan akan bergerak ke kem KIWA Sepang. Tujuan. Tidak lain dan tidak bukan untuk menyertai Biro Tatanegara (BTN). Dikhabarkan di sana nanti tidak dibenarkan sama sekali untuk berhubung dengan dunia luar. Pendek kata. Semua alat perhubungan akan disekat. Jadi. Kalau lu orang contact gua tak dapat tu maknanya gua telah berjaya disekat. Bukan sekejap bai. 5 hari 4 malam juga...

Monday, June 8, 2009

Selamat pecah kepala


Hari esok. Hari bahagia. Hari esok. Hari bermuram durja. Hari esok. Hari pecah kepala. Hati yang berkecamuk. Perasaan yang bercampur-baur. Itulah aku. Pada waktu ini.

Sebenarnya. Hari esok adalah hari peperiksaan. Bermulanya Selasa dan berakhirnya Khamis. Bermulanya 8.30 pagi dan berakhirnya 11.00 pagi. Bermulanya subjek Ilmu Pendidikan dan berakhirnya subjek Matematik. Tiga hari. Tiga paper. Nampak simple tapi sebenarnya trouble.

Sebenarnya juga. Aku sudah lama meninggalkan alam peperiksaan ini. Sementelah sudah tiga tahun aku meninggalkan alam universiti. Ini bermakna. Aku tidak menduduki sebarang peperiksaan mahupun ujian. Dalam tempoh itu. Pendek kata. Aku perlu masa untuk menyesuaikan diri.

Namun begitu. Mahu tidak mahu aku perlu menghadapinya. Pada kali ini. Inilah cabaran yang perlu aku hadapi. Inilah dugaan yang perlu aku tempuhi. Inilah ranjau yang perlu aku renangi. Dalam memenuhi impian ku untuk menjadi seorang guru. Lagi pula. Inilah pertemuan terakhir aku di maktab. Setelah bergelumang selama setahun setengah. Suatu tempoh yang singkat. Tetapi cukup bermakna.

Jadi. Aku mahukan pengakhiran yang baik. Sepertimana baiknya permulaan. Itu saja. Akhir kata. Selamat pecah kepala. Buat aku.

P/s : Gua tengah serabut kepala skang ni. Mana taknya. Esok nak pekse malam ni gua tengah struggle lagi nak habiskan study. Lu orang jangan tiru lak aksi dan gaya gua yang bersahaja ni. Gua ngan study last minute ni memang kacip. Dah berkurun lamanya gua praktikkan gaya hidup sihat ni. Gua nak request satu je. Lu orang doakan kejayaan gua. Kalau gua kena repeat paper memang sah lu orang tak buat keje.

Thursday, June 4, 2009

Segamat: Bandar Durian kah?


Beberapa minggu lepas. Hari Ahad. Aku bersama seorang sepupu ke Segamat. Sementelah jaraknya yang tidak berapa jauh. Cuma 45 minit perjalanan. Tujuan. Membuat allignment dan balancing tayar kereta kesayangan. Sebagai persiapan terakhir menjelang kepergian ku ke maktab. Kelak.

Dalam pukul 2.30 petang. Selepas Zohor. Selepas makan tengah hari. Selepas menyiap diri. Kami bergerak menuju Segamat. Sebuah bandar yang menjadi pintu gerbang negeri Johor dari arah timur. Pendek kata. Mesti melalui bandar ini sebelum meredah mana-mana daerah yang lain. Terlebih dahulu. Sebuah bandar yang terkenal dengan keluaran durian berkualitinya. Durian Segamat.

Belum pun tiba di bandar Segamat. Anda pasti disambut dengan satu mercu tanda selamat datang ke Segamat. Mercu tanda ini sangat unik. Apa tidaknya. Sebuah replika durian tersergam indah. Namun begitu. Sekarang replika durian tersebut sudah tidak kelihatan lagi. Itu yang sedih. Mungkin telah dikongkang oleh monyet-monyet Segamat yang kelaparan. Pada hemat aku.

Akan tetapi. Bukan hal itu yang membangkitkan amarah ku. Bukan hal itu juga yang menimbulkan amarah pengunjung-pengunjung lain. Belum apa-apa lagi. Kami telah disambut dengan jalan rayanya yang sangat teruk. Berlubang sana. Berlubang sini. Bertampal sana. Bertampal sini. Berbonggol sana dan berbonggol sini. Ini bukan cerita dongeng.

Anda tidak mempercayainya? Silalah berkunjung sendiri ke bandar Segamat. Anda pasti berpuas hati. Aku jamin. Kah kah kah juga.

Itu belum lagi masuk ke bandar Segamat. Setelah memasukinya. Anda pasti terkejut dengan pembangunan yang dialami. Anda juga pasti terkejut dengan kemeriahan penjualan duriannya yang tidak mengikut musim. Anda juga pasti lebih terkejut tatkala tayar kereta anda terperosok ke dalam lubang-lubang dalam. Berkali-kali.

Berbalik ke cerita asal. Setelah selesai segala urusan kereta. Aku diberitahu oleh pekerja kedai itu bahawa rim sport aku bengkok dengan teruk. Kesemuanya. Namun apakan daya. Aku tidak mahu berhabis duit lagi. Selesai semuanya. Aku menuju pulang. Akan tetapi. Perjalanan pulang terasa seperti neraka. Mengapa? Kerna aku perlu mengelak seribu satu macam lubang. Sekali lagi.

Ini kerja ngok. Mana pergi jabatan berwajib? Mana pergi majlis daerah? Mana pergi wakil rakyat? Takkan mahu tunggu sampai tayar kereta Najib yang terperosok ke dalam lubang baru hendak tampal. Ini kerja gila. Apa sebab Najib nak ke Segamat? Sampai kiamat pun beliau takkan ke sana. Beliau mana selera makan durian Segamat. Makan tempoyak mahulah.

P/s : Serius gua tak puas hati dengan condition jalan kat Segamat. Gua rasa baik tukar saja. Segamat bukan lagi bandar durian. Tetapi lebih cocok dan manis dengan jolokan Segamat: Bandar Jalan Macam Haram. Ini betul-betul. Bukan cobaan. Terus terbayang empat rim sport 17 " gua yang bengkok tu.