Friday, May 29, 2009

Inspirasi


Minggu lepas. Aku mengenakan baju kemeja putih berbelang. Seluar hitam berbelang. Juga. Tapi bukan iras-iras kuda belang. Itu sudah pasti. Bertali leher hitam. Seperti kebiasaan.

Jadi. Apa yang peliknya? Aku memakai kasut kulit putih. Ini pertama kali. Aku tidak pernah membuat kerja gila. Sebelum ini. Entah bagaimana aku boleh tergerak hati. Sebenarnya. Kasut putih itu bukan kepunyaan aku. Aku mendapat inspirasi daripada bapa ku. Sementelah kasut itu kepunyaannya.

Akan tetapi. Situasi di sekolah amat berbeza sekali. Bertentangan dengan naluri jantan ku. Tiada siapa berani dan pernah mencuba. Maka. Akulah orang pertama. Pioneer. Mungkin juga. Pengetua tidak pernah walau sekali. Guru penolong kanan juga tidak pernah walau sekali. Tukang kebun jauh sekali.

Walaubagaimanapun. Pelbagai reaksi yang aku terima. Sejak aku menjejakkan kaki ke sekolah. Ada guru yang menyatakan bahawa mereka segan untuk berjalan seiring dengan ku. Gurau mereka saja. Tidak kurang juga yang memuji dan menghargai. Sungguh molek bentuk dan warnanya. Kata mereka. Sungguh cocok dengan ku. Tambah mereka lagi. Aku cuma tersenyum.

Ada juga pelajar yang berani meluahkankan respon spontan mereka. Mereka mengatakan gerak-geri ku persis seperti Michael Jackson. Saling tak tumpah. Serius. Tidak semena-mena. Aku terasa ingin saja membackhand mereka. Tatkala mendengarnya. Aku melawak saja. Mereka kan pelajar ku. Aku mengerti. Mereka kagum dengan cikgu kesayangan mereka. Sebenarnya.

Namun begitu. Aku tetap cool. Biarkan mereka dengan pandangan mereka. Aku tetap aku. Keselesaan diutamakan. Kekemasan didahulukan. Keyakinan ditekankan. Pada perkiraan aku. Itu yang penting. Akhir kata. Selamat bercuti semua.

P/s : Esok cuti sekolah akan bermula. Budak-budak sekolah memang gembira tak ingat. Gua pula akan ke maktab hari Ahad ni. Biasalah. Gua tiap kali cuti sekolah memang kena ke maktab. Gua kan cikgu terbaik. Jadi. Gua yakin yang gua akan sibuk sepanjang tempoh tu. Pendek cerita. Lu orang jangan teringatkan gua sangat. Nanti mak gua marah. Kan susah...

15 comments:

Fina Sophie said...

selamat petang cikgu.. :)

biskutrajin said...

mcm serupa kasut kawen la pulak..tp tetap chanteeekkk

CoOkiE MoNSter said...

kire ok ar tu....lu kan cocok pkai aper2 je kan...

caya la bro!

walopon sedikitt pelik, tp yg penting maintainnnn...ngehngeh..

S.YanaZ said...

Bro.,
kalo kasut putih, pakai kat skolah gua...
Mesti GB ingat Enche NAZIRRR yg dtg buat kejutan.
;P

A. H said...

wahlau bro. wa salute la lu.. hahahahaha.. ape kate lepas nih lu try kasot kaler merah cili pulak... fuhhhhhhhh *kebabommm* punya!

hik hik

*peace* bro

slamats!

kecik said...

eh dulu kat sekolah ada sorang cikgu ni. lelaki.
selalu tunggu dia masuk bukan sebab eksaited nak belajar, tapi sebab nak tengok dia punya fashion.

ngalahkan model, tapi memang smart. waktu sukan dia pakai kasut sukan kaler kuning. muahahah

Hanggokan said...

Cantek. Groovy. Kool.
Lu betul-betul berani melawan ombak.
Ini jiwa anak muda. Tapi awas. Jangan pula terhanyut. Kelak pasti ada gades muda tersangkut. Mentain kool dan lu akan jadi guru lagenda biarpon tidak membawa motor suzuki lagenda ke sekolah.

Cerialah!

Don Balon said...

Kala aok pakey dengan kot hitanc topi hitanc..
machanc mafia weh.. :)

haidan said...

haha!
mak lu marah ke??
isk...
x leh jadi nie...
huahua!

mrblind said...

pergh..macam p.ramlee..respek..

addyaholix said...

aku ada satu. dulu selalu pakai masuk ofis. tapi sekarang tapaknya dah tanggal.

Unknown said...

huhuuh....
selamat bercuti cikgu...
gaya mutu keunggulan...

baby_gagap said...

c0mey pew pka! sh0es 2..
tpy knew than r tel!gge 2..
hahahahahahaha....

FarhanaLicious said...

fuyyo. kasut memang tiptop. ada guna pemutih kasut dok?

cik mutiara said...

kasut putih itu sungguh kool...bravo...