Kenapakah tidak yang ringan-ringan saja? Kah kah kah juga. 'Selipar jepun ku dibibir mu' atau 'Hendak message kredit tiada'. Lebih telus dan tulus. Aku melawak saja. Sementelah. Semuanya indah. Semuanya molek. Semuanya berjalan lancar...
Seperti kebiasaannya. Setiap kelas membuat persembahan. Bermula dari pelajar tingkatan 1. Sehinggalah pelajar tingkatan 5. Setiap kelas memberikan persembahan yang bertenaga. Namun begitu. Persembahan daripada pelajar tingkatan 5 paling menambat hati.
Bob dan Aminah mendendangkan lagu yang belum pernah terdengar dek halua telinga kami. Lagunya sungguh comel. Secomel tuan empunya diri. Tetapi cukup bermakna. Suara mereka juga lunak merdu. Memang terhibur. Tidak kurang juga rasa tersentuh.
Kami pula. Para guru. Seperti biasa menyanyikan lagu keramat. Saban tahun. Kami Guru Malaysia. Memang berkecamuk hati. Bercampur-baur. Rasa bangga. Rasa terharu. Rasa tidak percaya juga ada. Kerna aku tidak pernah meletakkan cita-cita ku sebagai seorang guru. Tetapi aku redha.
Aku pula. Seperti biasa. Membuat persembahan bersama En. Farid. Maklum sajalah. Kami sudah mempunyai peminat. Mana boleh tidak menyanyi. Nanti merusuh pula mereka. Nama kumpulan. The Sibling Chef. Sudah dua tahun kami bertapak. Kami menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu. Memang itu sahaja yang kami mampu. Serius.
SELAMAT HARI GURU...
Pagiku cerah ku matahari bersinar
Ku gendong tas merah ku di pundak
'Selamat pagi semua', ku nantikan dirimu
Di depan kelas ku menantikan kami
Guruku tersayang, guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal
Guruku, terima kasih ku
Nakalnya diriku kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan...
Ku gendong tas merah ku di pundak
'Selamat pagi semua', ku nantikan dirimu
Di depan kelas ku menantikan kami
Guruku tersayang, guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis, mengerti banyak hal
Guruku, terima kasih ku
Nakalnya diriku kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan...
P/s : Sebenarnya, sekolah gua buat sambutan Hari Guru Jumaat lepas. Kira awal sehari la. Sekolah lain semuanya buat hari ni. Lu tengok. Hebatkan sekolah gua? Mana taknya. Cikgu dia pun hebat. Sama naik saja. Lagi satu. Lagu ni lah yang Bob dan Aminah nyanyi. Lu dengar pastu baru lu tau...
15 comments:
lau OST ni.. lena cari filem dia ni cam best jek
Cekgu memang terbaik..
Huhu...
Selamat Hari Guru...
Mesti seronok jadi cekgu kan?
Nak jugak jadi cekgu dulu...
Tapi, apakan daya, permohonan ditolak... Ishk3x
lupa nak ucap..Selamat hari guru..
kahkahkah...
kisah hanya kau yang mampu telah diceritakan kepadaku smlm.
betul2 kool. tidak disangka kalian berdua punya peminat dikalangan pelajar. tp letchumi paling kool.
ehehhh Selamat Hari Chekgu jugak yerrr. boleh dedicate lagu Sinchan tak? :D
Bagus jadi cikgu =)
alamak tak leh nak denga lak..
tensi2...
"Guru Pembina Negara Bangsa"
selamat membina negara bangsa cikgu! :)
guru bukan sekadar guru tapi juga sahabat.. huish susah nak carik! :D
selamat hari guru, fazil. :-)
Tema sepatutnya;
"Guru pergi ke Jesko sewaktu hari kad Jesko"
BTW *Selamat Untuk Guru*
selamat hari selasa cikgu!
koi penoh jugek jadi DG41 selama dua tahun..
koi berenti walau sudah kompom...heheh :)
selamat hari guru...
laskar pelangi...citer dier best kn..
huhu,,jd cgku yg hebat..
slamat hari guru
terharu tul..
tpy,jgn r sbut2 nmew...
sgan taw ark?
huhuhu......
Post a Comment