Tengah hari tadi. Aku ke kedai runcit. Hajat di hati. Hendak membeli bahan mentah untuk simpanan beberapa hari. Ikan pelaling masak pedas dan sayur sawi masak air. Sebagai hidangan makan tengah hari. Sudah terbayang di kepala.
Sesampainya di sana. Kedai yang diberi nama Malindo. Catchy bukan? Ringkasan bagi Malaysia dan Indonesia. Sebabnya? Pemilik kedai tersebut berasal dari tanah seberang. Tetapi sudah memiliki kad pengenalan biru yang sah.
Di felda aku bermastautin ini. Memang ramai balak Indon. Maklum sajalah ladang-ladang kelapa sawit di sini memang sudah sebati dengan mereka. Bilangannya mencecah ratusan juga. Faktor tambahan yang memungkinkan kedai tersebut diberi nama sedemikain rupa. Di samping ingin meraih populariti di kalangan mereka. Mungkin juga.
Setelah itu. Aku terus menghampiri seorang pemuda. Iaitu anak tauke kedai. Aku terus bertanyakan perihal ikan pelaling. Tiada. Itu jawapannya. Aku beralih arah kepada ikan selar. Terngiang jawapan yang sama.
Secara tidak sengaja. Aku ternampak selonggok ikan yang bersaiz agak besar. Yang diletakkan di dalam besen. Aku tergerak untuk mencuba. Lalu aku minta setengah kilo. Sambil-sambil. Aku minta pendapatnya mengenai ikan tersebut.
"Ni ikan apa?", tanya aku.
"Ikan selayang...", jawabnya ringkas.
"Ok ke ikan ni buat goreng? Tak biasalah masak ikan ni.", tanya aku lagi.
"Ok bang. Mamat-mamat kongsi selalu beli ikan ni buat goreng...", jawabnya tenang tetapi penuh yakin.
"ZzZzZzZzZzZ", aku blur.
Aku rasakan duniaku ini menjadi gelap gulita. Secara tiba-tiba. Apakah muka aku yang handsome ni ada mirip-mirip balak Indon? Atau mungkinkah muka aku ada iras-iras Ariel Peter Pan? Kah kah kah juga...
P/s : Malam ni gua terpaksa sokong The Blues. Gua memang anti Man U brader..!! Liverpool ngan MU mana ngam. Nak sebut MU pun gua dah rasa meluat. Ni gua taip huruf M dan U ni pun dah rasa sengal-sengal lutut. Hahaha. Jangan marah ahh..
Sunday, January 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
xkan x tau ikan selayang?
koknya kapan mao pulang bung?
huhu
p/s: salute dgn org laki pandai masak. aku? jgn mimpi lah!
pandai msk?tabik la chegu!
ikan slayang?
oke.x penah dengar.name laen xde ke?
ikan selayang?
tak pernah dengar, semestinya tak pernah makan...atau nama je lain.
cikgu math ke cikgu KH ni? pandai pulak masak ya? aha~
cikgu dah balik keratong ke?:D
tu la..lain kali pakai ic macam name tag.haha:)
lu memang muka indon..bukan peter pan..dia berat ke kuli-kuli angkat tahi getah tu..hahaha..
Takpelaa muka indon. Yg penting ensem kan?
P/S
Ikan pelaling tu mende? tak penah dengar laaa...
ooo... pandai memasak rupanya.. :)
hahahaha MU menang? ade comment ape2?
kau pun liverpool fan ka?aku memang penyokong setia walaupun kena kutuk selalu.hangin gile dia boleh plak draw ngan team yang tah apa apa ari tu.tambah hangin boleh plak manu tu belasah chelsea.saje je eja manu sebab aku pun memang anti gile ngan manu tu.hehe...
cayalah ngn cikgu neh..pandai masak seyh...
dn raso mka ekau nie macam duta S07 kot..ngeeeh3..
mungkin muka kau iras2 malin kundang kot. tahniah, senanglah nak dapat kewarganegaraan indon.
glory hunter.
lol...chelSICK kalah :D
mamat-mamat kogsi? ahaha sian cekgu
lol...
orang utara suka masak kari ikan pelaling.memang charee...
aduyai..
ikan termenung tu sama ke ngn pelaling?
adehh.. ikan sama panggil lain. tu yg jd byk nama tu..
kiki
takat goreng ikan...pejam mata, goreng pakai lutut pun bleh brader...wat la asam pedas...tak pun masak 3 rasa ke...
gua nak tanya soalan peribadi ni...sepanjang lu jadu gur berapa ramai dah anak buah y menyimpang?hahahahaha
ikan selayang buat kuah laksa yang sedapp..perghh...T_T
ni apa kena cerita bola tetiba masuk kat cerita ikan ni?
ikan pandai main bola ke?
ikan selayang tu rebranding kott. maklumla, kedai pun nama malindo kan.
salam singgah,
sini pun ada kedai malindo; indon kawin ngan melayu mesia, pastu bukak kedai daging kat Sydney.
best x ikn ko boli tu...xponah mkn laie
ko rase ko encem??
ghela bajet.. =P
Peh.
Arial Pete peng.
Dasat lu bro!
ikan selayang lagi best ikan kembung. pada aku ler...
paling sedap digunakan utk wat kuah laksa...huhuhu
tabek ar..rajin pulok memasok.
ikan selayang = ikan sardin...
dat y ramai kate sedap wat kuah laksa...
slm.. ni malindo area ne eh?? sbb kt area2 opis i pon got malindo, haha
Post a Comment