Sunday, March 1, 2009

Tanda part 2


Yang lebih menyedihkan. Kenapa kah sign tersebut perlu dilekatkan di pintu masuk sebuah surau in the first place? Kah kah kah juga. Apa kah jika tidak dilekatkan, maka akan berlaku suatu malapetaka yang dasyat? Kah kah kah juga.

Sebenarnya. Mungkin juga. Kerna mentaliti orang kita memang mentaliti kelas tiga. Bukan semua. Tetapi ramai juga. Mereka ini memang spesis yang tidak reti bahasa. Seraya berkata. "Woi, kau apa kesah! Mati nanti kubur lain-lain..."

Inilah kata-kata kesat yang mungkin kedengaran. Jika kita menasihati mereka. Jadi. Sekiranya tiada sign tersebut. Maka. Kemungkinan besar mereka akan membawa masuk alas kaki. Sewenang-wenangnya. Sampai ke dalam surau.

Ada yang akan meletakkan alas kaki di hujung sejadah. Ntah-ntah. Walhal. Alas kaki tersebut telah merewang ke segenap pelusuk dunia. Including tandas. Pada perkiraan aku juga. Sadis. Memang sadis.

Setelah itu. Aku pun masuk ke dalam surau. Untuk mengambil wudhuk. Namun begitu. Sekali lagi. Aku dikejutkan oleh suatu sign yang menimbulkan seribu satu persoalan. Yang menusuk kalbu. Aduh. Apa tidaknya. Tertulis. 'Untuk mengambil air sembahyang sahaja'. Di dinding tempat mengambil wudhuk.

Apa kejadah semuanya ini? Apa kah jika tidak ditampal sign sebegitu, warga akan berpesta muda-mudi? Maybe. Pasti ada yang tergamak. Menjadikan tempat tersebut sebagai tempat membuang air besar atau kecil, memuntahkan isi perut, membuat air sirap, membuang kahak hijau pekat mahupun mandi hadas. Pengotor sungguh warga kita ini. Yang mengaku sungguh bertamadun. Kononnya...

P/s : Gua tengah frust menonggeng ni brader..!! Mana taknya. Liverpool kalah lagi. Kali ni di tangan Middlesbrough plak. Memang payah dah skang ni nak hambat si setan merah tu. Sah...

11 comments:

yoshz said...

sungguh sensitif kau ni terhadap isu sekeliling

Anonymous said...

lupakanlah niat nak kejar. buat penat je. hahaha.

Redz da Tsar said...

tidak ada yang lebih menggembirakan aku selain kekalahan Liverpool dan kemenangan United dalam piala Carling...

Gelak sikit...
HAhahahahahahahaha...

Tak yah kejar, Benitez pun da serender...

mrblind said...

prihatin benar lu ni brader..syabas,,

Anonymous said...

Rasa saya setiap signboard yg ditampal ini adalah komplot untuk memberikan kontrek kepada kroni sahaja tidak lebih dari itu.

saya pernah menunaikan solat di surau genting highland. ada sorang mamat pakistan masuk terus sembahyang sambil pakai boot dr marten. macam haramjadah.

rasa saya mamat pakistan ini tidak belajar sains dan math dlm bahasa inggeris. belajar dlm bahasa urdu tu pasal sengal.

kahkahkah.

saya mencadangkan agar kerajaan mewajibkan semua boot berjenama dr marten diharamkan dari masuk ke surau.

kahkahkah.

Hanggokan said...

kahkahkah...
mengapa tidak dilekatkan papan tanda 'Allah melihat apa yang kamu buat'?
bukankah lagi bermakna dan menikam kalbu? kahkahkah...

setan merah makin menjadi2...kahkahkah!

Izzah said...

yeah united menang!terubat kesedihan sebab tak dapat pegi konsert m.nasir.

ish, sign tu memang selalu napak, sebab ada saya pena nampak makcik ni, dia suruh anak dia buang air kat tempat amik wuduk tu

seee????

tak tau nak cakap apa.

A said...

:)

BudAk hijAu said...

hmmm...tngk..kn dh kne tgr ngn cikgu!!

Suka Bebel said...

aku penah terajang sorang bangla kencing kat tempat wudhu ni,ko jangan tak tau.memang ada orang duk berak kencing kat situ sebab takde otak.


p/s:aku dah malas nak mengharap apa apa kat liverpul tu.apa nak jadi, jadi lah.selagi benitez tu tak berambus memang tak aman punya liverpul ni.tapi ari tu boleh plak menang lawan real madrid.madrid tu team nombor satu aku.tunggu minggu depan ni macamana.hehe

FarhanaLicious said...

ini cikgu math ke cikgu bm?