Sunday, March 29, 2009

Hei lahabau, sudah-sudah lah bersahabat dengan binatang..!!


Aku geli. Aku benci. Aku tak mengerti. Baik secara melata. Baik yang terbang. Baik yang terkulai. Semuanya sama. Pada pandangan ku. Itulah lipas.

Namun tidak pula Papa Roach. Muziknya rancak. Lagunya aku layan. Dress-up boleh tahan. Sudah. Aku melawak saja.

Ngerinya sukar digambarkan. Serius. Apakah seperti dikejar polong? Mungkin juga. Apakah seperti dihambat anjing gila? Mungkin juga. Apakah seperti terjatuh dari bangunan tingkat empat puluh lima? Kah kah kah juga.

Kelakian aku sering diuji. Apabila terserempak dengan makhluk berwarna coklat-hitam ini. Manakan tidak. Aku sering menjerit. Aku sering melompat. Aku sering berlari ketakutan. Apabila disapa oleh haiwan berkaki enam yang berbulu itu. Maruah jantan ku sering terkorban begitu saja.

Apapun. Satu yang pasti. Hasil pengamatan ku. Perilaku lipas. Apabila disembur Ridsect. Pasti menggelupur mencari udara. Kemudian terbalik seluruh badan. Kaki menggelupur semuanya. Sehingga tiada berdaya.

Kalaulah aku seorang pak menteri. Kalaulah aku seorang datuk bandar. Kalaulah aku seorang Mawi. Aku teringin benar nak melancarkan kempen 'Belia Benci Lipas'. Tempoh kempen? Sepanjang tahun. Ini betul-betul. Bukan cobaan.

P/s : Ni pun gua buat-buat berani saja letak gambar makhluk tu kat atas brader! Walhal. Dah abes kembang tekak gua ni. Bulu roma gua pun dah naik mencanak. Gua paling benci lipas terbang. Sumpah. Dia punya susah nak elak tuhan saja yang tahu...

21 comments:

Anonymous said...

kau kena belajar martial art.
baru boleh mengelak dihinggap lipas terbang.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hahaha...

pelik tapi benar...

tak dapat disangkal bahawa lelaki paling geli+takut akan lipas....

Hanggokan said...

kahkahkah!
aku paham perasaan ko.
aku rasa ko kena atasi perasaan ko ni dengan 'fear factor'. cube berkawan dengan lipas. kahkahkah!

kecik said...

setuju!!benci lipas!

mrblind said...

weh..untuk pengetahuan lu..anak gua pijak lipas pakai kaki je..

Dari Jalan Kopi said...

saya suka hayun lipas dengan memegang sesungut dan campak ke luar tingkap. guna jari pun bolih.

kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.

H said...

oke, entri ni comel!

Don Balon said...

Padel..ye ke geli?

Bukan ke aok yanc perabih semmer kicap lipas udanc di kedei pokleh simpanc tiap2 bulan??

reverie said...

Standard la.

Nizam.Ariff said...

Aku pun benci lipas yang terbang malam pastu hinggap kat badan masa tidur... nightmare tu! Aku tak geli kat lipas, cuma geli kat kekotoran yang dia bawak...

Izzah said...

dah 2 orang lelaki takut lipas yang saye jumpe.

ni yang nak bangge pnah main lumba-lumba lipas lagi time kecik2 dulu.:D

addyaholix said...

aku bengkak gusi.
kawan aku cakap mungkin sebab kencing lipas.
apa kes lipas masuk mulut aku dan kencing betul-betul kat gusi belah atas.
cilakak!

FarhanaLicious said...

hisy. jangan la taruk gambar tu. geli betul lah. bukak bukak aje dah terpampang gambar menda alah tuh. erk. geli! ngeri! geli! ngeri!

shampd said...

ari 2 cicak yang lipas plak, cbe ko bertapa ambik ilmu pawana sakti, ilmu ini bgus kite xkan nmpak serangga. hahaha gurau je.

biskutrajin said...

Ckp pasl lpas neh,ak br tau ghupenye lpas blh ketit gak.fuh.lbm 2

Unknown said...

aku t ksuke lipas...sebab suke menjilat....

alif-mikail said...

lipas? ke lepaS?

mana lebih ngeri..

harimau ke hari hari mau?

S.YanaZ said...

Enche...

Kalo itu lipas ada kaler2...
Musti Enche ada sikit hepiii...

Aduyai.

plastik sampah said...

tengku_fir21:ader ka lipas menjilat???kali pertama dngar..

aper2 pown takut pergh nga lipas...
ak tangkap nga tngan jer..
pas tuh bg kat anak buah...
bukan maen menjerik dieorg...
hahahahaha
lucu..lucu...

baby_gagap said...

hahaha..
tah apew2 tah..
tkuwt l!pas..
ce tkuwt buaye kew?
s!nge kew??
huu..anyway...
ct!ap manusy dew klemahannyew kn??
huhu.

Ruvist said...

Hi banyak nya comments.famous lah blog engkau.selamat berjaya.