Pada 29 Jun. Tahun lepas. Bersamaan hari Ahad. Jam 6 petang. Kira-kira. Aku bersama En. Farid singgah di stesen minyak Petronas. Lokasi. Muadzam Shah.
Kedudukannya amat strategik. Terletak di tepi jalan antara Kuantan ke Segamat. Telah menjadikannya begitu sesak. Saban hari. Namun. Aku dan En. Farid terpaksa berhenti juga. Kerna ingin melaksanakan tanggungjawab yang belum selesai. Menunaikan solat. Secara jamak dan qasar.
Sebenarnya. Kami dalam perjalanan pulang ke Keratong. Dari Kuantan. Sementelah cuti hujung minggu. Di rumah orang tuaku. Hal ini sangat diperlukan. Maklum sajalah. Penat menguasai diri. Penat dek ketekunan mendidik anak bangsa. Saban minggu.
Sesampainya di situ. Langsung sahaja. Kami terus mencari surau. Kedudukan. Terletak di bahagian belakang bangunan tersebut. Tiada sebarang pertumpahan darah. Mahupun jiwa yang terkorban. Dalam mencari surau yang dijanjikan.
Namun begitu. Sebelum melangkah masuk. Ke dalam surau. Maka terlihatlah oleh kami. Satu sign yang dilekatkan di pintu masuk. Bunyinya begini. 'Sila tanggalkan kasut sebelum masuk surau. Terima kasih.' Jadi. Hal ini telah membingungkan kami.
Terdetik suatu persoalan. Apakah kasut sahaja yang tidak boleh dibawa masuk? Apakah terompah, kasut tumit tinggi, selipar Jepun, kasut getah kuning kepunyaan En. Pua Chu Kang mahupun but bola dibenarkan? Kah kah kah juga. Pelik bukan? Sepatutnya. Istilah yang lebih tepat adalah alas kaki. Padat. Tumpat. Bulat. Sendat. Ketat. Selamat. Lebih manis. Lebih sopan. Tiada sebarang keraguan...