Friday, August 7, 2009

Salah konsep


Setiap kali hari Jumaat. Kita sebagai warga yang bertanggungjawab akan menunaikan tuntutan fardhu iaitulah solat Jumaat. Begitu juga saya.

Saya tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama mengimmarahkan masjid. Mengimmarahkan rumah Tuhan. Mengimmarahkan rumah Allah. Pada hari yang cukup mulia. Penghulu segala hari. Kita digalakkan untuk melakukan perkara-perkara sunat sepanjang tempoh tersebut.

Saya akur. Saya juga tidak terlepas untuk sama-sama melaksanakannya. Maklum sajalah. Saya bukannya tekun sangat. Jadi bila ada peluang sebegini pasti akan saya rebut tanpa menoleh ke belakang lagi. Mahukan pahala, begitulah. Saya akui. Bukan susah hendak melakukannya. Yang penting ada keinginan.

Setelah siap sedia. Saya akan terus menuju ke masjid berdekatan bagi mendengar khutbah. Di sini kita boleh berjumpa dengan segala macam orang. Segala macam manusia. Kita pasti akan duduk bersebelahan dengan seseorang. Pasti keadaaannya agak sempit dan sesak. Itulah kebiasaannya.

Namun itu tidak mengapa. Adatlah berjemaah. Kalau tidak boleh bersesak langsung tak payah hidup bermasyarakat! Pergi ke hutan simpan Sepilok sana. Boleh berkawan dengan orang utan saja. Seronok bukan? Kahkahkah. Sebenarnya. Bukan hal yang ini ingin saya perkatakan. Saya ingin menceritakan perihal insan yang ingin melakukan perkara sunat. Tetapi dalam masa yang sama tidak memikirkan hati dan perasaan insan yang lain.

Kerap kali jemaah mengenakan wangi-wangian seperti minyak attar untuk mendapat pahala sunat. Akan tetapi terdapat segelintir yang melaksanakannya secara membuta tuli saja. Habis dicurahkan sebotol minyak attar ke baju Melayu untuk mendapatkan bau yang paling menusuk kalbu. Apa kau ingat ini perfume One Drop kah? Kahkahkah juga. Pemikiran kepala bana apa begini? Siapa yang ajar begini?

Bagi mendapatkan pahala sunat cukuplah sekadar mencalitkan sedikit saja minyak attar ke baju. Tidak perlulah berlebih-lebihan. Islam kan menganjurkan kesederhanaan. Kalau terlebih sehingga melakukan pembaziran boleh jatuh hukum haram pula. Bukankah begitu? Ini baru permulaan saja. Masalah yang sebenar masih belum timbul.

Apabila minyak attar yang digunakan terlalu banyak. Maka bau yang terhasil adalah sangat kuat. Sehingga mencucuk hidung. Sehingga mampu membuatkan orang di sebelah terbersin. Pendek kata ramai yang ting-tong. Saya tidak berbohong saudara. Saya sendiri kerap kali mengalaminya saban minggu. Apabila hendak memulakan sembahyang mulalah tidak keruan jadinya. Boleh hilang kosentrasi. Boleh hilang khusyuk.

Jadi janganlah dek kerana hendak melakukan perkara yang sunat sehingga melakukan perkara yang haram pula. Sehingga mengguris perasaan orang lain. Dalam masa yang sama. Dalam keadaan sedar mahupun tidak. Dalam keadaan sengaja ataupun tidak. Perkara yang sunat jika ditinggalkan tidak mengapa. Fikirlah dahulu sebelum bertindak. Ingatlah orang yang tersayang...

Notakaki : Gua ni cuma nak mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan saja. Tak lebih dari itu. Gua pun bukan hebat sangat bab-bab agama ni brader. Sekadar nak berkongsi apa yang gua tahu saja. Lepas ni janganlah jumpa gua panggil ustaz pula! Malu la gua. Gua ni kan standard kutu berahak saja.

5 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

tergelak membaca N3 kali ni...

sebab

ada seorang perempuan tengah dating ngan pak we dia...

tapi

1 cafe tu terbau minyak atar..

rupa2nya perempuan yg tengah dating tu yg pakai...

mngkin terlalu banyak hingga membuat kami terpaksa menutup hidung

cuma heran mcm mana la pak we dia leh tahan???

hehehe

biskutrajin said...

em em...i can smell dat...

Hanisham Ab Halim said...

Weh, koi penah kena camni. TAPI yang pakai tu org pakistan kot. Rase time tu koi nok lari je keluor masjid. Minyak attar mmg stok maiden punye dia pakai. Makan panadol aku lepas habis sembahyang jumaat.

razuwahanim said...

kurang perfume pon takleh jugak. nanti bau tengik ketiak boleh buat org sebelah kencing manis hahah

kecik said...

haha dia nak test power one drop perfume tu la kot.