Monday, July 27, 2009

Gua yakin, inilah keputusan gua yang muktamad!

Laluan utama ke Sitiawan, Perak.

Sejujurnya. Saya tidak bersetuju pengkhianat Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air. Kembali ke Sitiawan. Kembali ke Perak. Hatta ke mana-mana ceruk negara sekalipun. Orang sebegini tiada tempat langsung di hati saya. Biarlah dia terus bermastautin di selatan Thai sana. Di situ lebih cocok buat manusia sepertinya.

Untuk apa dia kembali? Atas alasan kemanusiaan. Kemanusiaan kepala bana apa. Jangan buat saya ketawa besar sehingga terasa ingin berguling-guling seperti tenggiling di atas Jalan Makbar!Kahkahkah. Masih adakah kosa kata kemanusiaan dalam kamus hidup seorang keparat yang berhatikan binatang?

Atas alasan kemanusiaan kah dia membakar kampung-kampung? Atas alasan kemanusiaan kah dia membunuh orang-orang yang tidak berdosa? Atas alasan kemanusiaan kah juga keparat ini membuat huru-hara di Tanah Melayu? Kahkahkah juga. Kebinatangan? Apa? Ini bukan Sg. Kinabatangan di Sabah sana. Sila jangan buat-buat sengal.

Memang benar. Umurnya sudah menjangkau 80-an. Betul. Mana mungkin dia boleh membunuh orang sesuka hatinya lagi. Tetapi ideologi dan semangat komunisme yang dibawanya itu boleh mengancam keamanan sejagat. Pasti nanti ideologi komunisme berkembang biak seperti biaknya berudu di kala musim hujan. Anda kurang percaya? Janganlah begitu. Cuba bayangkan jika Pele dan Maradona masih solid dan boleh beraksi seperti zaman kegemilangannya tatkala ini.

Pasti ramai anak muda dan gadis cun bergetah yang ghairah dan memiliki semangat menggunung ingin mengikut jejak langkahnya. Sekaligus memujanya. Hatta di Argentina sana terdapat agama Maradona! Siapakah yang berkepala batu dan dungu yang menciptanya? Saya kurang periksa. Maafkanlah kekanda. Itulah analoginya. Sekarang bagaimana? Anda semakin jelas tentang situasi dan senarionya bukan? Mengaku sajalah.

Hakikatnya. Lahanat inilah yang membunuh orang Melayu dan orang Cina yang tidak menyokong perjuangannya. Ketika zaman darurat dahulu. Pendek kata sesiapa sahaja yang menghalang perjuangannya. Bagaimana saya mengenalinya? Saya mengenali orang ini melalui sejarah. Sejarah apa? Sejarah hitam negara umumnya. Sejarah hitam anak bangsa khususnya.

Saya bukan orang 'keris'. Tapi saya orang Melayu. Saya orang Islam. Jadi saya sedar betapa sengsaranya anak bangsa nenek moyang kita ketika zaman sebelum merdeka. Bagaimana? Sudah tentu melalui sejarah. Tanpa sejarah mana mungkin kita mengenali diri kita. Tanpa sejarah mana mungkin kita mengetahui asal-usul kita. Tanpa sejarah juga mana mungkin kita memiliki sebuah negara. Ya. Sebuah negara yang berdaulat!

P/s : Gua nak taruk gambar lahanat ni pun gua tak sanggup brader..!! Gua memang tak boleh nak bayang bagaimana sengsaranya anak bangsa ketika itu. Sejujurnya gua mana minat politik. Bola gua minat lah. Ini cuma rintihan seorang anak muda yang sayangkan negara, agama dan bangsanya. Itu saja.

15 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Yeahhhhh.... koi sokong. Jangan benarkan haramjadah ni balik walaupun hanya jasad tanpa roh dan dengan apa jua alasan sekalipun wajar kita tolak. koi benci kominis.....

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

keputusan yg muktsmsd utk semua...

**air nira tu sedap minum sejuk2...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

**muktamad

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

**muktamad

Anonymous said...

tak muktamad.

Zainab Si Gades Cun said...

bukan org keris. kahkahkah. sinikal macam lahanat.

Chin Peng bukan nak balek sgt cuma pun . itu gimik.

dia nak datang singgah sahaja. untok merasa ayer nira.

kahkahkah.

Unknown said...

kami adr di belakang sokong kamu

balqissy said...

waayh~ bersepadu! bagus3.

biskutrajin said...

peghh...aku suka la baca entree ko neh...kalo chekgu krangan aku masa drjah 6 dlu bca ni,mmg dia kasi A+++...heehehhh...

p/s: it is a compliment, bukan 'perli'ment oke.eheh

razuwahanim said...

wahhh itu air menyelerakan!

man_helang said...

kahkahkah...juga...tp...

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s said...

salam,
sangat patriotik. anyway, nice blog.

CoOkiE MoNSter said...

iyaaaaaa! semangat patriotik yg berkobar2 dan terbakar!! ~~~

err..gerai air nira nh ape kaitannyer ngn entry?? lalala~

BudAk hijAu said...

sangat jelas cikgu!setuju!

ngeee~

Anonymous said...

mmg otw nk gy sitiawan byk jual air nira kan...