Monday, March 9, 2009

Tanda finale


Setelah selesai berwudhuk. Langsung sahaja. Aku menunaikan solat asar. Secara qasar. Kerana jaraknya melebihi 2 marhalah. Iaitu 3 hari 3 malam perjalanan. Jika menunggang unta. Kurang lebih. Aku melawak saja.

Selesai semuanya. Aku meninggalkan surau tersebut. Dengan sign-signnya yang sungguh pelik itu. Baru tidak sampai 10 langkah. Aku berjalan dari surau itu. Terlihat pula. Suatu sign yang dilekatkan pada pintu sebuah bilik. Bilik misteri. Sungguh misteri semisteri Misteri Nusantara. Kedudukan. Bersebelahan surau tersebut.

Terpampang. 'Dilarang masuk. Bahaya.' Pada sign tersebut. Siap dengan simbol kilat. Petir sabung-menyabung. Pada perkiraan aku. Bilik tersebut dijadikan pusat latihan. Bagi melahirkan ‘orang letrik’ yang mampu menahan sebarang jenis renjatan elektrik. Pada kadar voltan yang tinggi. Mungkin tidak.

Sekali lagi. Suatu persoalan telah menusuk di benak pikiran ku. Apakah jika tiada sign tersebut maka orang ramai akan berpusu-pusu masuk ke bilik itu untuk bergurau senda? Atau sebagai port untuk melepaskan gian merokok? Atau mungkin sebagai lokasi yang sangat strategik untuk bertemu gadis jombang? Mahupun sebagai tempat untuk mengasingkan diri dari hiruk-pikuk kota? Kah kah kah juga. Ntah. Dunia nak kiamat agaknya.

Golongan yang segelintir ini. Boleh tahan juga sengalnya..

Setelah melepaskan hela nafas yang panjang. Aku terus mendapatkan kereta. Aku dapati kereta ku tiada apa-apa. Aku mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kejadian. Bersama-sama dengan En. Farid. Hasrat kami. Menuju terus ke Felda Keratong yang tercinta.

Apa pula kejutan-kejutan yang akan ku terima selepas ini? Aku pun tidak tahu. Renung-renungkan dan selamat beramal..!!

P/s : Amacam? Lu orang rasa gua ada chemistry tak dengan sign-sign ni? Dalam satu petang saja gua dapat kesan tiga sign yang mantap. Bikin hati gua dikocok-kocok saja. Siap boleh buat trilogy lagi. Dah serupa itu Lord of The Ring pula...

11 comments:

mrblind said...

ni kalau masuk juga memang cari pasal..

Hanggokan said...

tanda itu sangat muhibbah. semua bahasa ada. bahasa jiwa bangsa.

Anonymous said...

kalo masuk jugak alamatnya tempah maut la..korg ni takde kerja lain ke asyik kaji signboard. baik la kaji sejarah melayu ke. tulisla entry yg mantap2 sikit..boring uolls ni.bz sgt ke kat keratong tu? anyway, i'm moving to nilai end of this march. jgn lupa dtg tolong angkat barang.

A said...

hah, tu namanya sign board pakatan rakyat.. semua ada.. semua kompelit..

Nizam.Ariff said...

Tanda tiga anak panah menjurus kebawah... ada 3 ekor setan???

Anonymous said...

ada satu lagi signboard. tp signboard bangang. 'MERBAHAYA'.
dalam bahasa melayu mana ada imbuhan mer.

mermakan. merminum. merlari. merronggi. merponggi.

yang ada meriam belina. pelakon indonesia. kahkahkah.

jadi marilah kita belajar math dan sains dlm bahasa inggeris.

baru mantop. kahkahkah.

Anonymous said...

kau tak nak kaji pasal signage 'dilarang memotong'?

Suka Bebel said...

banyaklah hang punya trilogy. lebih kepada imaginasi tahap kucing beranak.ko tak try masuk dalam ke? mana tahu ada yang dah masuk sebelum ko dan sedang lakukan aktiviti sengal?hehe

kecik said...

haha. cikgu,
komen inche ahmad azrin tu memang xleh blah

Anonymous said...

tolong ganti gua meeting ptg ni brader. gua sibuk ni brader. pohon bantuan

Don Balon said...

cikgu padel..
satu cetusan idea yang menarik... :)