Sunday, March 15, 2009

Hari Gumbira


Malam tadi. Apakah aku orang yang paling gumbira di dalam dunia? Kah kah kah juga. Itu sudah pasti.

Mana tidaknya. Pasukan bola sepak kegemaran ku sejak darjah tiga. Sejak Bruce Grobbelaar kental menjaga gawang gol. Sejak Ian Rush tenang menyudahkan umpanan di depan gol. Liverpool telah berjaya mengalahkan sekaligus memalukan pasukan seteru di Old Trafford. Bitter rivals.

Ini memang kenyataan. Ya. Ini bukan chutia. The Reds 4-1 Manchester United. Anda masih meraguinya? Sila hantukkan kepala anda bertubi-tubi ke bucu meja. Tanpa segan-silu. Nampaknya si setan merah ini boleh dikalahkan juga. Biar pun bulan ini bukan bulan puasa.

Lebih manis. Semua rekod telah berjaya dileburkan. Malam tadi juga. MU tidak pernah bolos empat gol sejak tahun 1992 di Old Trafford. MU tidak pernah kalah dalam 49 perlawanan di tempat sendiri jika Pak Do (merujuk kepada Ronaldo) menjaringkan gol. MU juga sudah menang 12 perlawanan berturut-turut sebelum dihenyak dan dihentam semalam.

Akhir kata. Terima kasih semua..!!

P/s : Gua kesian kat Vidic sebenarnya brader! Gua rasa dia ni kalau sir Alex Ferguson ganti dengan Norhafiz Zamani Misbah pun cun juga ni. Sebaliknya. Fernando Torres memang solid malam tadi. Mamat ni kalau fit memang datang dia punya seh. Well. Gua nak kata apa lagi. You'll Never Walk Alone...

12 comments:

Hanggokan said...

aku rasa kalau ganti vidic dgn ali tahar mungkin torres tak berjaya menjaringkan gol! kahkahkah!
adat permainan bolasepak. bola itu bulat...aku tumpang gembira walaupon berduka. professional bro...professional. kahkahkah!

A said...

manchester united!!
hak tuihh!!!!

liverpool??
thumbs up.. :)

FarhanaLicious said...

pak Do? apa punya comel nama tu.

Anonymous said...

aku terima kekalahan seadanya sob sob.

Don Balon said...

kuikui...
koi paling menyampoh MU..
kuikui.. :)

mrblind said...

hahaha..bola ni ada pasang surut brader..

Dari Jalan Kopi said...

kahkahkah. kahkahkah. saya menonton bersama atuk. sambil menonton dia berkesah mengenai gobbelaar, ian rush, kenny daglish dan john barnes.

sambil minum kopi belayar bersama tradisi the reds.

keputusan bagitu mengejutkan. saorang kawan di indera mahkota menangis di depan kaca tv.

kahkahkah. dengar cherita sir alex nak beli pertahanan baru. jalaludin jaafar dari shanzan muda.

kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah. atuk gua kirim salam sama lu padel kopak. kahkahkah.

S.YanaZ said...

Gua juga pastinya gumbiraaaaaa...

kecik said...

maka gembiralah group membenci manchester united di facebook

hahahahaha. boo sama mu!

liversoul said...

gua takleh tido malam tu bro...
we bought this lad from the sunny spain..torres...torres...
he get the ball and then he scores ....torres...torres...
YNWA

poyotito said...

hoh!! gua dah kabor liverpool ni bukan boleh dibuat main

reverie said...

Gelak Besar sahaja. Suka hati!